Rupanya nak ubah rumahtangga jadi syurga dunia perlukan dua benda ni


                      

Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan rumah tangga yang bahagia selamanya. Cabaran besar dalam alam rumah tangga ni ialah mengekalkan keharmonian dan mencari kesefahaman antara suami dan isteri.


Tak dapat di nafikan, racun yang memusnahkan kebahagiaan alam rumah tangga ialah sifat ego yang menebal. Rasa mahukan pasangan yang serba sempurna. Si suami mengharapkan Mrs Perfectionist si isteri pula mengharapkan suami Super Perfect 10!



Pencetus umah Akram memberi tips bagaimana beliau yang lahir dari keluarga yang berdisplin tinggi mengubah rumahtangga menjadi binaan syurga dunia.


"Perkara yang saya sebagai suami kena ubah..."




                         Gambar sekadar hiasan



Setiap kali balik rumah, yang saya nampak baju dah basuh tak lipat, lantai rumah tak sapu, jubah nak pakai kuliah maghrib tak gosok lagi, itu dan ini. Semua saya nampak dengan jelas! Semua kelemahan isteri, saya nampak satu persatu. Itulah cerita mula-mula tahun pertama perkahwinan. Kesannya ? Stress! Ya memang stress!.




                         Gambar sekadar hiasan



Kebetulan pulak saya dibesarkan dalam keluarga yang memang tegas bab sistem dan disiplin dalam rumah ni. Orang putih kata, “Perfectionist”. Ya mama abah kami memang nak semuanya sempurna. Saiz lipatan baju mesti sama. Kalau letak dalam almari, mesti sebaris baju, sebaris seluar, sebaris kain pelekat. Bayangkan sekecil-kecil kopiah mesti letak tempat kopiah. Kalau letak kopiah bukan tempatnya, gegak gempita la rumah! Memang bersistem.


Tiba-tiba kahwin, semua sistem tu dilanggar oleh isteri saya. Fuhh, macam meletus gunung berapi ni. Haha


Sampailah Allah SWT tentukan saya dapat sesuatu daripada ceramah sahabat saya, Khairul Nadzir ni. Berkenaan ayat Allah dalam Al-Quran, dalam Surah ar-Ra’du, ayat 11:


إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ


‏ Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.


Alhamdulillah, dengan ayat ni saya faham 2 perkara:



1. Saya nak isteri saya berubah buat itu ini, jadi gitu gini. Sedangkan saya sendiri belum berubah. Ubah apa ?



Ubah sudut PANDANGAN saya pada isteri.



Kenapa saya pandang tiga empat kelemahan dia sedangkan saya boleh sangat memandang kelebihan dia yang tak terkira banyaknya!



Saya lupa yang makanan dah siap terhidang atas meja, bilik tidur semuanya dah kemas, tandas dah dibasuh, pinggan cawan semua dah basuh tersusun rapi, hiasan decoration rumah cantik kehijauan berbau harum wangi. Dan yang paling saya saya terkesan soalan yang tak lepas daripada mulut dia, “Abang dah baca al-Quran hari ni ?”.


Allah, kenapa saya tak nampak semua kelebihan isteri saya ? Belum dikira lagi kelemahan dan kekurangan diri saya yang lagi tak terkira. Boleh jadi rosak kalkulator kalau nak kira! Huh, ego kan kita ni. Astgahfirullah.


2. Saya kena ubah KEFAHAMAN saya tentang perkahwinan. Saya tak boleh berterusan anggap semua manusia ni sama sistem hidupnya. Saya tak boleh anggap kuasa yang ada sebagai ketua keluarga ni, sama macam bos syarikat. No! Ini bukan organisasi koprat, kita bos bayar gaji staf. Boleh arah tentukan itu ini sebab kita bayar. Salah!


Perkahwinan bukan hanya pertemuan dua hati, jauh lebih besar adalah pertemuan dua sistem keluarga. Kita akan terus berbalah, berselisih faham, tarik muka dan stress jika salah satu pihak nak pasangannya ikut keseluruhan sistem keluarganya.


Jalan yang terbaik dan menenangkan adalah, mencari titik tengah dengan:



 (1) Saya sedar segala kelebihan isteri saya itu rupanya adalah kelemahan saya. Segala kekurangan isteri adalah kelebihan saya.


 (2) Saya terlalu memandang perkara kecil itu sebagai terlalu besar, sedangkan saya boleh korbankan pejam mata (adapt) dengan menerima cara dan sistem isteri saya. Alhamdulillah itulah yang mendamaikan.


"Perkahwinan ni bukan mencari persamaan. Perkahwinan sebenarnya mencari pelengkap kehidupan"






Kini, Allah dah pinjamkan 2 orang cahaya mata penyeri kehidupan kami. Syukur padaMu ya Allah. Kami tenang dengan rezeki yang Kau kurniakan pada kami.



Selamat Ulang Tahun Pernikahan ke-4 Bidadari Syurgaku Nurul Hanisah Ahmad.(30 Ogos 2015 - 30 Ogos 2019)


Pencetus Ummah Akram
Yang terus mencintai ❤️



Sumber FB Pencetus Ummah Akram

Comments

Popular Posts