SPAGHETTI AGLIO OLIO MUDAH DAN SEDAP


Hari ni teringin nak makan Spaghetti Aglio olio. Kebetulan nak abeskan stok udang kat dalam freezer sama.

So let cekidout, spaghetti Aglio olio cara fazlina.


BAHAN-BAHAN

1 peket spaghetti
1 labu bawang putih
1 biji bawang holland
Udang ( nak masukkan seafood lain pun boleh)
Garam
Kiub ayam/stok ayam
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan oregano
3 sudu makan parsley
1 sudu makan chilli flakes ( kalau suka pedas boleh letak lebih)
1 sudu serbuk black pepper
Tomato ceri
Brokoli
Minyak zaitun untuk menumis


CARA MASAK

1. Rebus mee spaghetti ( 12 minit, tunggu air didih baru masukkan mee. Buh skit minyak nak bagi mee nampak cantik)


2. Tumid bawang putih dan bawang holland yang dah diricik.

3.Masukkan udang dan seafood, seafood ni akan keluarkan air bila di masak. Api jangan kuat sangat tau. Agak2 udang dah merah, angkat ketepi

4.Masukkan herbs oregano, parsley, black pepper, sos tiram, garam dan kiub ayam atau stok ayam


5.Masukkan mee spaghetti yang dah direbus tadi ke dalam pan, gaulkan sebati.

6. Rebus brocoli.. Jangan sampai over cook

Hidangkan dengan udang dan brokoli serta tomato ceri. Nak tabur paramessan cheese pun boleh


Selamat mencuba! 😍



Comments

Popular Posts