NORMAL KE DARAH BEKU SEMASA HAIDH?


Hampir kesemua wanita pernah mengalami darah beku ketika haidh. Ada yang disusuli dengan rasa sakit atau dikenali juga dengan nama "senggugut"

Persoalanya, adakah normal kalau keluar darah beku ketika haidh?

Normal..

Tetapi aliran darah yang banyak dan pekat boleh menyebabkan anda mengalami anemia. Anemia ialah keadaan di mana anda akan kehilangan darah yang banyak seperti cepat letih, mudah rasa mual dan pitam. Namun hati-hati bila anda kerap mengalami darah berketul, ia boleh terdedah kepada risiko endometriosis dan fibroid.

Darah beku ada banyak saiz, kadang-kadang sebesar duit syiling 20 sen. Darah beku terjadi sebab lapisan di uterus terhakis sekali banyak dan keluar seketul, bukannya mengalir keluar seperti cecair biasa.

PUNCA DARAH HAIDH BERKETUL?

Darah yang berketul biasanya terjadi pada hari pertama dan aliran darah yang banyak. Ketulan darah keluar dalam pelbagai saiz, warna dan adakalanya seperti cebisan daging, seperti isi perut ikan.

Lapisan darah yang tebal dibahagian uterus memerlukan antikoagulan (sel pemecah darah) yang banyak untuk memecahkan lapisan tersebut.

 Jika anda mengalami heavy flow yakni pengeluaran darah yang cepat dan banyak, antikoagulan tidak mempunyai masa untuk memecahkan darah. Begitulah terjadi ketulan yang ‘menyakitkan’.


Yang bagusnya kalau darah beku terjadi, darah dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa dan tempoh haid akan jadi sekejap sahaja, tidak terlalu lama


Tapi kalau darah beku yang keluar saiznya lebih besar dari saiz duit syiling 20 sen dan anda rasa tak sedap badan, terus pergi berjumpa dengan pakar kesihatan. Kalau darah beku keluar terlalu banyak, itu tanda anda kena cepat-cepat berjumpa dengan doktor.

Silakan share post ini jika rasa ia bermanfaat untuk semua pembaca.


Terima kasih

WWW.FAZLINA.COM

Comments

Popular Posts