BARU KAHWIN 4 MINGGU TAPI KANDUNGAN DAH 6 MINGGU? IKUTI PENJELASANNYA DI SINI


Izah dan Azmi (bukan nama sebenar) baru saja berkahwin tak sampai sebulan.

Suatu hari, Izah merasakan badan nya tak sedap dan sering merasa mual dan loya di waktu pagi. Setelah buat pemeriksaan, rupanya "ada isi" Kandungan Izah dah berusia 6 minggu.


Ramai yang terkejut terutama sekali wartawan yang tak berbayar, yang mulut lebih laju dari unifi. Berbagai tuduhan yang dilemparkan.


BUNTING PELAMIN


Gambar sekadar hiasan

Mungkin ramai yang pernah dengar tapi tak berapa faham kiraan hari dikira usia kehamilan tu.






Katakan lah seminggu sebelum kawen pengantin perempuan datang period. Seminggu lebih lepas tu plak kawen. Jadi time kawen tu, pengantin mungkin berada dalam waktu subur.


Pastu lekat terus mengandung, due date baby pulak dikire dari tarikh hari pertama dia period tu.


Jadi tak pelik lah kalau time tu baru kawen 4 minggu tapi usia kandungan dalam perut dah 6 minggu. Sebab dia kira dari hari pertama last period. Biasanya waktu check up doktor akan tanya bila tarikh pertama last period.


Due date biasanya doktor bagi 40 minggu. Tapi paling awal boleh lahirkan baby 37 minggu. Kalau kurang dari tu, makna nya premature baby.


Contoh camni
Tarikh period hari pertama (first day of last mentrual period) - 1 jan
Tarikh kawen - 15 jan
Tarikh check upt - 12 feb


So pada 12 feb tu.
Usia kandungan dah 6 minggu.


Padahal kalau ikutkan kawen baru 4 minggu. Due date plak bila 40 minggu, 7 oktober. Gittu la lebih kurang sebab mmg doktor akan kira usia kandungan start dari hari 1st kita period.
Bukan hari first bersetubuh. Itu cara kira dia.


So clear ye?


Berhati-hati buat sangkaan, bimbang  jatuh fitnah pula


Semoga bermanfaat



WWW.FAZLINA.COM


Comments

Popular Posts