SERIUS MENAKUTKAN!!



Serius menakutkan. Ni pasal kajian dari University of Oslo tahun 2014. Pengkaji scan otak 147 orang. Lepas 3.5 tahun mereka scan lagi otak 147 orang ni.


Apa yang pengkaji nak tahu? Soalan mudahnya ialah apa impak gangguan kualiti tidur pada otak.


Setelah bandingkan gambar scan otak sebelum kajian dan selepas 3.5 tahun, hasilnya menakutkan. Mahu tak takut, saiz otak mengecil pada yang tidak cukup kualiti tidur.


Antara fakta menarik ialah mereka ini tidur secara purata 7 jam semalam. Lama tu 7 jam. Walaupun kuantiti penting, kualiti tidur lebih penting lagi.


Apa maksud tiada kualiti tidur. Contoh mudahnya ialah tidur terjaga-jaga, tidur dengan mulut ternganga, ada lampu terpasang, bangun ke tandas, signal dari telefon bimbit dan suasana bilik yang panas.


Lebih merisaukan ialah bahagian otak yang kecil ialah bahagian Prefrontal Cortex - belakang dahi manusia. Impak buruknya ialah pada bahagian libatkan pertimbangan, perancangan, memori dan penyelesaian masalah.


Bayangkan impak ini pada manusia. Bayangkan kalau tidur kurang dari 7 jam dengan kualiti tidur yang buruk. Apa akan jadi?


Agak-agak siapa yang selalu kurang kualiti tidurnya? Cuba semak diri sendiri dulu sebelum orang lain.


Ada tak cara nak dapat tidur berkualiti? Ada. Rahsianya pada tryptophan dan magnesium.


Cara mudah nak dapat tidur nyenyak ialah ambil makanan tinggi tryptophan seperti pisang, telur, dark chocolate 70% ke atas, kuaci labu, ikan tuna, lamb, oat, dhal dan ayam.

Alternatif lain ialah ambil makanan tinggi magnesium. Mudah lagi suplemen magnesium pada dos 100-350mg sehari.


Supplemen Kalsium yang lengkap dengan magnesium, boron, copper dan Vitamin D untuk penyerapan yang lebih efektif. 


Bolehlah cuba.

ORDER DI SINI


#DrRizal

Comments

Popular Posts