SKINNY JEANS BOLEH MEMUDARATKAN MISS V?




Mungkin ramai yang dah tahu pemakaian seluar jeans ketat atau "skinny jeans" merupakan trend masa kini.

Tapi tahukah anda bahawa pemakaian seluar jeans ketat ni boleh memudaratkan miss V?


Ini antara kesan bahayanya:

1. Menurut pakar ginekologi Tami Rowen seperti yang dinyatakan dalam portal Self, memakai jeans ketat akan menyebabkan kemaluan anda terdedah kepada risiko jangkitan akibat luka daripada pergeseran yang kasar antara celana dan kulit.


2. Bukan itu sahaja, menurut Ketua Unit Fisioterapi,  Zunaidah Abu Samah, wanita yang kerap mengenakan jean ketat  terdedah kepada risiko masalah saraf dan sendi terutama di bahagian pinggul dan pinggang.


3. Kesan jangka panjang pula akan menyebabkan peha dan kaki kebas dan penyakit ini dipanggil sebagai meralgia paresthetica.

4. Tekanan yang tinggi akan berlaku pada saraf yang terletak di pelvis secara tetap sehingga mengakibatkan seseorang individu itu berasa kebas, terbakar, kesejukan, sakit mencucuk, sangat sensitif apabila tersentuh, selain rasa tidak selesa pada bahagian tepi paha.

5. Lebih menakutkan pemakaian seluar ketat mendatangkan rangkaian masalah muskuloskeletal (tulang dan otot) yang serius pada diri seseorang.


Seram kan?

Tak salah nak bergaya tapi jangan sampai memudaratkan badan sendiri. Cantik nya sekejap sahaja tapi badan pula terpaksa menanggung derita.

Nak cantik tak semestinya kene ketat-ketat. Yang longgar tak semestinya tak cantik. Kan lebih manis, anggun dan sopan? 😍



Comments

Popular Posts