TIPS BERCUTI KE CAMERON HIGHLANDS



1) Yg mana dr KL boleh ikut Tapah, dr Penang ikut Simpang Pulai.

Terengganu boleh lkut   kuala berang - felda aring - gua musang. Atau Raub - sungai koyan pon boleh


2) Bertolak awal okey! Sesudah subuh harap dah start enjin Lambat confem jem oi

3) Merancang itu penting. Kena tahu info tempat2 menarik CH

-Ladang Teh Boh di Ringlet @ Bharat Teh Garden 9.30am-4.30pm (isnin cuti)

-KEA Farm 8.30am-6pm
-KHM Strawberry Farm Taman Sedia 8.30am-6pm
-Ladang anggur bertam valley 9am-5pm (Bulan 12 baru musim anggur)

-Taman Abang steamboat & grill
Harga Dewasa RM39 Kanak2 RM29

-Pasar malam Sg. Ruil dekat Golden Hills (waktu operasi lewat petang sampai malam untuk hari jumaat, sabtu & hari2 dibuka untuk cuti sekolah)

-Penginapan: Salah satunya GOLDEN HILL RESORT CAMERON HIGHLANDS (jalan kaki je pergi pasar malam)

4) Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?

+ harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
+ sukar untuk dapat parking kereta.
+ kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
+ kurang privasi.

5) Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S corner. Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.


Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis.harga murah berbanding jika anda beli di kawasan lain


Anda boleh beli teh uncang dengan harga murah sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat.


6) Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.


7) Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta, jalan kaki untuk buat survey. Biasa backpackers suka menginap di hotel seperti itu.

Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.

Ladang teh.
1. Bharat Valley Tea House
2. Bharat Valley Tea House 2 ( lagi besar)
3. Ladang Teh Boh Sungai Palas.

➡⛰( Mossy Forest )

4. Boh Tea Garden
✅ Masuk Percuma
✅ Buka 9.00am- 4.30pm
✅ Nikmati tea, cake dll desert

Tempat menarik yang FREE.

๐ŸŒผ YZ Agro Farm (Kebun strawberry Melayu)
(8.30 pagi - 6 ptg)

๐ŸŒผKHM Strawberry and Jem
(8.30 pagi - 6 ptg)

๐ŸŒผ Cactus point
(9 pagi - 6 ptg)

๐ŸŒผ Big Red Strawberry Farm
(8 pagi - 6 ptg)

๐ŸŒผ Ladang Lebah
(8 pagi - 7 mlm)

๐ŸŒผ Ladang Anggur Bertam Valley
(9 pagi - 5 ptg)

๐ŸŒผ Kea Farm
(8.30 pagi - 6 ptg)

๐ŸŒผ Pasar Malam Brinchang (Jumaat dan Sabtu)

TEMPAT MENARIK & BERBAYAR

๐Ÿ“Œ Taman Agroteknologi MARDI
Dewasa RM5, Kids bawah 12 tahun free
(8.45 pagi - 5 ptg)
Kalau kesini, try aiskrim stoberi tau. Sedap gilerrr


๐Ÿ“Œ Lavender Garden
Dewasa RM10, Kids RM7
(9 pagi - 6 ptg)


๐Ÿ“Œ Butterfly Garden
Dewasa RM7, Kids RM5
(9 pagi - 6 ptg)

๐Ÿ“Œ Orkid and Rose Garden
Dewasa RM8, Kids RM6
(9 pagi - 6 ptg)


Makanan yang wajib cuba.
๐Ÿง Aiskrim Malaysia Strawberry
๐Ÿง Aiskrim Strawberry
๐Ÿง Scone
๐Ÿง Strawberry coklat
๐Ÿง Nasi Lemak Sambal strawberry
๐Ÿง Sayuran goreng
๐Ÿง Steamboat cheese highlands
๐Ÿง Jagung mutiara rebus
๐Ÿง Ubi rebus

Ole-oleh wajib beli.
๐Ÿ“ Strawberry
๐Ÿ“ Jambu epal (merah dan hijau)
๐Ÿ“ Sayuran segar (10 sayur RM10)
๐Ÿ“ Buah-buahan Kering
๐Ÿ“ Coklat buah-buahan
๐Ÿ“ Kordial buah-buahan

๐Ÿ“Œ
Extra info Suhu di Cameron Highlands.
๐ŸŒ‡Pagi - 17*C
๐ŸŒSiang - 24-26*C
๐ŸŒƒMalam - 18*C
highland steamboat cheese
dewasa-RM 35
kanak2- RM 20
(5 ptg - 12 mlm)

the stone valley steamboat
dewasa - RM 35
kanak2- RM 18
(5 ptg - 12 mlm)


NOMBOR TELEFON PENTING IN CASE EMERGENCY

๐Ÿš–POMEN/WOKSYOP
Cameron Auto Repair & Services (Towing kereta & hantar ke bengkel - 24 hours- 019-3992888

๐Ÿš–Cameron Fastline Sdn Bhd. (24 hours towing & Bengkel).
Lot Atri B10-76 (Bengkel Atas), Jalan Sultan Abu Bakar, Brinchang.
Tel : 05-4915679; Tel : 019-3921166 (YH Liu)/016-3877710 (Roy)/012-2176368 (Roy)

๐Ÿš–Cameron Highlands Tyre Auto Centre.
Jalan Royal Lily 5, Tmn Royal Lily. Tanah Rata. - 05-491 5669 (GPS : 4.468576 , 101.371582)

๐Ÿš–Cameron Highlands Tyre & Car Centre.
A-G-1 Tmn Royal Lily 5, Tanah Rata. - 05-4915669/012-6511005 (SF.Phoon)

๐Ÿš–Cameron Highlands Tyre & Car Centre.
No.9 (Ground floor), Jalan Angsana 3, Brinchang Point, Brinchang - 019-5295151

๐Ÿš–Ah Boy Bengkel  - 016-5058738
๐Ÿš–Kedai Tayar (Tringkap) - 05-4961430
 ๐Ÿš–Awie (Kg Raja) - 019-9086694
๐Ÿš–Liu Pomen – 019 392 1166
๐Ÿš–Lenchai Pomen – 016 505 8735
๐Ÿš–Kama Koi Pomen – 012 542 4201
๐Ÿš–Rosli Pomen – 017 5777047

FARMASI.
Tigas Cameron Pharmacy;
 58-a Persiaran Camellia 3, Tanah Rata - 05-491 4791

Watson.
L ot 7,8, Grd. Floor, Marigolds Square, Tanah Rata.
KLINIK/HOSPITAL
Hospital  Tanah Rata - 05-491 1966 (GPS : 4.466836, 101.390448)

Klinik Dr Ayob Tanah Rata - 05-4911654

Klinik Wong, Brinchang. (Sebelah Pasaraya Jimat One Stop) - 05-491 1478
Brinchang. (GPS : 4.492137, 101.389074)

BALAI POLIS / PONDOK POLIS.
Tanah Rata – 05 491 5443
Brinchang – 05 491 1222
Kg. Raja – 05 498 1222
Ringlet – 05 495 6222
PP Tringkap - 05-496 2222
PP Lembah Bertam - 05-4956373


Comments

Popular Posts