KENAPA NAK BELI KALAU BOLEH BUAT SENDIRI JE KIMCHI ALA KOREA DI RUMAH



Skang tak perlu tunggu pergi ke Korea kalau teringin nak makan KIMCHI. Apa kata kita buat sendiri je, boleh makan puas-puas kan? Puan Xandria Mika berkongsi cara mudah untuk hasilkan kimchi yang sedap dan mudah disediakan. 



LANGKAH 1 : KOBIS DIBELAH 4, SEJAT AIR KEMUDIAN TABUR GARAM DI SETIAP LAPISAN DAUN.BIARKAN DALAM DUA SEHINGGA TIGA JAM. KEMUDIAN KALIH KALIHKAN YANG ATAS KE BAWAH SUPAYA SEKATA ELOK. 




LANGKAH 2 : LEPAS 3 JAM KOBIS PUN JADI LAYU DAN LEMBUT. BASUH DAN PERAH AIR. SEELOKNYA SEJAT SEMALAMAN SUPAYA KERING. OH YA, LEPAS BASUH TADI, POTONG KOBIS JADI 8 SUPAYA SENANG NAK MAKAN 


LANGKAH 3 : JOM BUAT PASTE! 

1. 2 CAWAN AIR & 2 SUDU TEPUNG PULUT DI RENEHKAN DI ATAS DAPUR. KACAU SENTIASA SUPAYA TIDAK BERKETUL-KETUL. BILA START BUBBLE, TAMBAHKAN 2 SUDU BESAR GULA PERANG. KACAU SEKEJAP, TUTUP API BIAR SEJUK. 

2. BAWANG HOLLAND,BAWANG PUTIH 1 LABU, HALIA 2 INCI DI BLEND HALUS, TAMBAH 1 BIJI BUAH PEAR SEKALI. 

3. KOREAN CHILLI FLAKES 2 CAWAN, 1/2 SOS IKAN. 

Bahan 1,2 dan 3 digaulkan sekali. 

4. 1 BIJI LOBAK PUTIH, 2 BIJI CARROT DI POTONG SEBESAR MANCIS, 7 POKOK DAUN BAWANG, DAUN KUCAI, GAUL SEMUA SEKALI. 


LANGKAH 4 : LUMURKAN PASTE KIMCHI KAT SETIAP HELAIAN DAUN KOBIS TADI. SELAK SEHELAI SEHELAI BIARKAN SEBATI. BIARKAN KAT SUHU BILIK 2 HINGGA KE 3 HARI UNTUK PROSES "FERMENTATION". KEMUDIAN BOLEHLA SIMPAN KAT DALAM PETI AIS



Comments

Popular Posts