Sunday, 5 September 2021

10 TIPS TINGKATKAN HORMON DHEA UTK AWET MUDA

 


10 TIPS TINGKATKAN HORMON DHEA

.

Fahaman umum. Makin meningkat umur makin menurun hormon. Antaranya ialah hormon DHEA.

.

Betul hormon DHEA menurun kerana kita semakin tua. Betul usia mainkan peranan. DHEA juga boleh turun bukan kerana faktor umur. Tetapi faktor lain.

DHEA dikenali sebagai ibu hormon atau master hormon. Ia diperlukan untuk 50 hormon lain terbentuk. Bayangkan jumlah yang besar ini.

.

Antara hormon yang perlukan DHEA ialah testosterone, estrogen dan melatonin. Secara normal, seorang lelaki dan wanita berumur antara 18-19 tahun perlukan 145-395 ug/dL dan 108-441 ug/dL.

.

Apabila DHEA rendah manusia akan alami simptom berikut:

.

1.Letih yang kronik

.

2.Lemah memori

.

3.Energi menurun

.

4.Jadi gemuk

.

5.Sakit sendi

.

6.Moody semasa menstruasi

.

7.Arteri tersumbat

.

Soalnya kenapa DHEA ini boleh menurun? Apa punca dan sebabnya? Ada 11 sebab jadi punca kepada turunnya DHEA:

.

Obesiti. Berat badan yang meningkat seperti vacuum cleaner.  Menyedut dan menghilangkan DHEA.

.

-Marah

.

-Stres yang berlebihan

.

-Terdedah kepada jumlah elektrik yang berlebihan. Contohnya guna telefon bimbit sambil mengecaj, guna gajet sehingga bateri atau alat tersebut menjadi panas dan terlalu kerap dan lama gunakan gajet.

.

-Duduk terbenam dan tidak aktif.

.

-Ambil terlalu banyak vitamin C. 

.

-Pencemaran

.

-Kekurangan vitamin

.

-Penyakit seperti diabetes, kerosakan buah pinggang, anorexia

.

-Pengambilan ubat secara berlebihan termasuk insulin, steroids dan danazol

.

Apa sebenarnya fungsi DHEA?

.

DHEA dikaitkan dengan FOUNTAIN OF YOUTH. Mahu kelihatan muda? Pastikan DHEA pada paras mencukupi setiap masa. 

.

Apabila DHEA cukup dan stabil 10 perkara berikut akan berlaku:

.

1.Prestasi memori meningkat

.

2. Sistem imun semakin baik

.

3.Energi tinggi

.

4.Kulit jadi ‘glowing’

.

5.Jantung semakin sihat

.

6.Berat badan menurun

.

7.Tingkatkan kolesterol baik iaitu HDL

.

9.Bantu kualit tidur

.

10.Mood stabil dan baik

.

11.Kurangkan stres

.

Disebabkan DHEA ini penting, bagaimana cara naikkan DHEA ini? Berikut adalah 10 cara tingkatkan DHEA secara semulajadi:

.

1.Dapatkan vitamin D dari sumber cahaya matahari. Lakukan aktiviti luar. Bergerak dan membuat aktiviti luar ini sekurang-kurangnya sejam sehari.

.

2.Bergurau. Ketawa dan senyum dapat turunkan stres. Ia sebabkan hormon penting lain mengalir di dalam tubuh.

.

3.Lakukan senaman

.

4.Elak ambil makanan tinggi nilai Indeks Glisemik atau GI - ukuran betapa cepatnya gula terbentuk di dalam darah. Semakin tinggi nilai GI semakin buruk untuk tubuh. 

.

5.Ambil makanan tinggi lemak sihat atau smart fat seperti avocado, minyak kelapa dan minyak zaitun.

.

6.Banyakkan ambil protein dari sumber sihat iaitu ikan, telur, ayam kampung, daging dari lembu yang makan rumput.

.

7.Elak ambil makanan dalam kategori karbo ringkas. Contoh makanan karbo ringkas ialah nasi putih, roti putih, kuih muih, mee dan rakan-rakannya, kentang, makanan diproses seperi sosej dan nuggets.

.

8.Ambil makanan karbohidrat kompleks seperti sayur-sayuran, buah buahan, kekacang dan bijirin.

.

9.Amalkan zikir. Aktiviti seperti mindfulness atau ketara sedar juga baik untuk tingkat DHEA.

.

10.Pastikan tidur mencukupi. Tidur di bawah 7 jam tidak bantu naikkan DHEA.

.

Sepuluh perkara di atas dapat bantu naikkan semula hormon DHEA. Satu bonus untuk tingkatkan DHEA lagi ialah herba Ashwagandha. 

.

Kajian kaitkan herba ini naikkan DHEA dan turunkan hormon stres cortisol sebanyak 26%.

.

DHEA adalah hormon penting untuk tubuh. Kurang DHEA undang padah pada manusia. Mahu cantik, dan muda pastikan DHEA sentiasa ada.

.

Cara untuk semak DHEA ialah melalui ujian hormon. Wajar dilakukan setiap 6 bulan. Jumpa pengamal perubatan bertauliah. Mereka dapat bantu.

.

Credit to Dr Rizal Abu Bakar 

Thursday, 12 August 2021

SELALU MUDAH LUPA


CUBA CHECK ADA TAK MASALAH CAMNI ?


Selalu sangat mudah lupa nak cakap apa.

Nak panggil sorang anak tapi petik semua nama anak.

Selalu hilang fokus , nak buat kerja A tetiba  lupa nak buat apa tadi.Selalu ada masalah nak ingat hari dan tarikh.


Nak masukan sayur dalam peti ais , baju dalam mesin basuh. Tetiba anak tanya "KENAPA MOMMY SIMPAN BAJU DALAM PETI AIS ?"


Mesti rasa geram kan? Kadang nak gelak pun ada. Cuba share pengalaman "lupa" korang plak 🤭


Penyakit lupa ni memang semakin menjadi-jadi lepas kita bersalin. Kajian menunjukkan otak kita akan mengecut dalam 6% ketika mengandung. Ditambah pula dengan faktor penuaan.



Jangan risau , masih ada jalan nak powerkan otak kita. Nak ingatan semakin kuat , fokus semakin tajam bersahabatlah dengan Omega 3. Pastikan dalam menu harian kita cukup. Banyak sumber omega 3 ni contohnya telur , badam , ikan , avocado dan lain2.

Maklin top up dengan Omega guard , fish oil yang dihasilkan dari ikan sebenar kaya dengan EPA ,DHA & ALA.


Sharing is caring ,

MAKLIN


#maklinstory #brainbooster  #omega3

Monday, 9 August 2021

APA BEZA VITAMIN C DAN NUTRIFERON ?


Owhh rupanya ramai yang confius fungsi Nutriferon dan Vitamin C


Soalan :
Kalau dah makan Vita C Shaklee, perlu ambil Nutriferon lagi ke?

Kalau ambil Nutriferon, Vita C tak perlu ambil dah kan? Sebab dah power kan?

Okay. 

Dalam sistem imuniti kita, ada sel-sel darah putih. Mereka ni ibarat askar. Bila kita makan vitamin C, ibarat kita beri makan pada askar-askar itu. Sebab vitamin c ni sejenis nutrient yang larut dalam air. Maka kita perlu ambil as regular basic. Setiap hari lah. Cukup vitamin C, askar-askar itu akan jadi sado-sado belaka. Kuat.

Jadi kenapa kita perlu ambil nutriferon?





Dalam kem askar, setiap batalion tu ada komander kan? Haaa sama lah dengan sistem imuniti. Komander tak pegang senapang pergi bunuh musuh. Tapi komander yang kena alert kena berjaga-jaga dan jadi penggera pada askar-askar. 

  • Sel imuniti adalah askar
  • Interferon adalah komander


Ada askar yang sado-sado semua. Tapi kalau tak ada komander, siapa nak gerakkan batalion askar tu bila kena berperang? Musuh dah masuk, komander tak tiup wisel. Tak bagi signal untuk askar-askar bertindak. Nayeee kan?

Silap-silap habis semua askar pun kena kepung 

Bila kita makan Nutriferon, bahan-bahan semulajadi dalam Nutriferon akan membantu badan kita menghasilkan interferon. Cukup interferon, cukuplah komander untuk menjaga setiap batalion askar di setiap kem. Haaa gitu. 

Jadi sekarang boleh faham tak tugas-tugas rasmi vitamin c dan nutriferon. 

APA ITU INTERFERON DAN APA KEPENTINGAN KEPADA KITA????

Interferon adalah protein khas yang memainkan peranan yang penting dalam merangsang sistem imun badan kita pada tahap lebih baik.

Interferon ibarat Alarm atau loceng kecemasan yang akan memberi amaran kepada sistem imune badan untuk bertindak lebih agresif atau efektif

Interferon membantu melindungi badan kita daripada jangkitan Virus atau bakteria.

Lindungi tubuh badan kita dan orang tersayang  dengan meningkatkan fungsi interferon setiap hari.


Jom dapatkan NUTRIFERON untuk stok keluarga di musim wabak skang ni. Kita ikhtiar dan berusaha selain dari bertawakal kepada Allah


Klik sini untuk beli NAK BELI NUTRIFERON



Salam sayang ,
FAZLINA

Trusted Shaklee Distributor since 2013
Shaklee biz leader since 2013
No tel 0195560012


Tuesday, 6 July 2021

TIPS RANGSANG OTAK BABY JADI CERDAS IQ TINGGI

LAKUKAN RANGSANGAN SENSORI


1. Rangsang pendengaran. Buka bacaan al Quran (paling bagus dibaca oleh ibu atau bapa). Sesekali dengar dodoikan anak dengan nyanyian lagu yang baik.


2. Rangsang penglihatan. Dengan melihat gambar-gambar dari buku, bukan dari gajet elektronik seperti TV atau henfon kerana cahaya yang dikeluarkan boleh merosakkan mata.


3. Rangsang sentuhan. Dengan membiarkan mereka bermain dengan alat permainan yang selamat. 


LAKUKAN RANSANGAN GERAKAN MOTOR


1. Galakkan anak meniarap dan merangkak. Ia akan menguatkan otot tangan dan kaku. Bila semakin membesar, galakkan anak berdiri dan berjalan bagi melatih imbangan tubuh.


2. Merangsang pertuturan bahasa dengan sering berkomunikasi dengan anak, sama ada bercakap atau menyanyi dengan anak.


3. Meransangkan pergerakan otot kecil seperti jari dan mata. Ambil objek permainan yang kecil di hadapan anak, gerakkan objek itu ke atas, ke bawah, ke kanan dan ke kiri. Pastikan mata anak mengikut pergerakan objek itu.


Semoga bermanfaat.


#HealthDrZubaidi 

#parentingdrzubaidi

Friday, 2 July 2021

PERGERAKAN BAYI KURANG DALAM KANDUNGAN. APA YANG PERLU DIAMBIL KIRA?


Gerakan bayi dalam kandungan biasanya 
dapat dirasai sekitar minggu ke-18 kandungan. Ia bukan saja melahirkan rasa teruja bagi bakal ibu, tetapi ia juga adalah petanda penting terhadap kesihatan bayi.


Semakin bayi besar, pergerakan yang dilakukan apabila meregangkan kaki dan tangan akan semakin terasa. Seiring dengan itu, doktor atau jururawat juga akan meminta para ibu memantau pergerakan bayi setiap hari.


Apabila bayi dalam kandungan kurang gerak, ini adalah perkara yang perlu diambil perhatian. Antaranya ialah :

.

1. BILA PERLU MULA KIRA GERAKAN BAYI


Jika anda menjalani rutin pemeriksaan di klinik kerajaan, jururawat akan memberi satu carta khas untuk anda menandakan pergerakan bayi setiap hari, bermula sekitar minggu ke-28 kehamilan. Pergerakan bayi yang baik memberikan isyarat kepada ibu bahawa bayi berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan.


Maka sekiranya berlaku perubahan atau kurangnya pergerakan bayi berbanding normal, ianya mungkin tanda-tanda awal bayi anda tidak sihat. Hal ini adalah serius dan ia memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor.

.

2. BERAPA KALI BAYI PERLU BERGERAK DALAM SEHARI?


Secara tepatnya, tak ada jumlah tendangan yang tetap dan perlu dirasa. Ini kerana, setiap bayi mempunyai corak tidur dan keaktifan yang berbeza. Namun, proses menandakan carta sedikit sebanyak dapat membantu ibu memahami corak pergerakan bayi setiap hari.


Pada awalnya mungkin anda teragak-agak dan berasa kekok untuk mengira gerakan bayi. Tapi apabila sudah biasa, anda akan dapat mengagak waktu serta corak pergerakan bayi yang aktif.

.

3. CARA KIRA GERAKAN BAYI


Merujuk kepada carta pergerakan bayi yang diberikan oleh Klinik Kesihatan, mereka mencadangkan agar kiraan sehingga 10 kali pergerakan perlu dicatatkan setiap hari bermula jam 9 pagi. Gerakan ini tidak kiralah sama ada tendangan, gulungan, tumbukan atau pergerakan lain dalam tempoh 12 jam.


Semua pergerakan bayi akan dikira sebagai satu gerakan apabila bayi bergerak dalam jangka masa yang agak lama atau terhenti-henti. Maksudnya, jika bayi mula bergerak, kemudian berhenti selama beberapa saat dan bergerak kembali, itu masih dikira satu pergerakan. Pergerakan seterusnya hanya akan dikira jika ia berlaku selepas 30 minit berikutnya.

.

4. APA PERLU BUAT KALAU TERLUPA KIRA GERAKAN BAYI?


Memang mudah untuk kita terlupa mencatat pergerakan bayi, lebih-lebih lagi apabila kita sibuk melakukan kerja-kerja harian atau tengah travel dari satu tempat ke tempat lain.


Tapi apabila sudah teringat, bolehlah membuat beberapa rangsangan untuk merasakan pergerakan bayi. Berikut adalah antara perkara yang boleh dilakukan:


1. Angkat kaki ke atas dan relaks. Bayi lebih mudah terjaga apabila anda duduk diam kerana semasa anda sibuk bergerak bayi mungkin tertidur kerana terasa seperti dibuai.


2. Berbaring mengiring.


3. Minum air / air yang sangat sejuk. Bayi anda mungkin dapat merasakan perubahan suhu dalam badan anda dan cuba untuk mengelak daripadanya.


4. Buat bunyi bising, mainkan muzik, zikir, dan sebagainya. Cuba lihat tindak balas daripadanya.


5. Jika bayi anda mula bergerak selepas anda melakukan rangsangan ini, kemungkinan besar bayi anda tak apa-apa. Namun, pastikan anda terus memantau pergerakannya pada jam-jam berikutnya.

.

5. RISIKO BAYI KURANG GERAK


Selepas tempoh 28 minggu, pergerakan bayi yang kurang aktif boleh menjadi sesuatu yang serius. Ia mungkin petanda bagi beberapa masalah seperti:


1. Kebocoran air ketuban

2. Bayi berhenti membesar

3. Bayi mengalami hipoksia (tali plasenta tidak dapat mengalirkan darah yang penuh oksigen dan nutrien kepada bayi)

4. Kematian bayi dalam kandungan


Oleh sebab itu, ibu-ibu dinasihatkan agar tidak culas memantau pergerakan bayi setiap hari. Kalau rasa tak sedap hati, jangan teragak-agak dan terus ke klinik atau hospital yang berdekatan.

.

6. APA YANG DOKTOR AKAN BUAT BILA BAYI KURANG GERAK?


Untuk memeriksa kesihatan kandungan, pihak hospital akan memantau kadar degupan jantungnya terlebih dahulu. Jika ia kurang memuaskan, doktor akan melakukan imbasan (scan) untuk melihat jumlah air ketuban serta kadar tumbesaran bayi.


Sekiranya terdapat masalah serius pada perkembangan bayi, ibu mungkin akan ditahan wad dan dicadangkan untuk melahirkan bayi secepat mungkin.


Jangan membuat andaian dan mendengar nasihat yang salah. Kebanyakan ibu di luar sana yang terlambat menyelamatkan anak yang dikandung kerana mendengar nasihat dan sangkaan yang salah.

.

Antaranya:


a) Pergerakan janin memang akan berkurangan bila semakin matang. Ini adalah nasihat yang salah.


b) Pergerakan janin akan berkurang apabila ibu berpuasa. Ini juga nasihat yang salah.


Jadi, ibu-ibu perlu lebih peka dan sentiasa memantau kecergasan pergerakan bayi dalam kandungan. Jangan sambil lewa dan ambil mudah. Kalau lambat dikesan, nyawa bayi mungkin berada dalam bahaya.

.

#HealthDrZubaidi

Tuesday, 29 June 2021

LUKA CEPAT SEMBUH DENGAN VITAMIN C

 


Para saintis telah melakukan banyak kajian dan percaya bahawa penyembuhan luka memerlukan pembentukan dan pengumpulan kolagen, dan kolagen ini akan merapatkan tisu yang rosak tadi bagi membentuk parut.


Jadi bagaimana mendapatkan kolagen yang mencukupi bagi penyembuhan luka?


Kajian menunjukkan pengambilan suplemen vitamin C bagi mendapatkan bekalan yang optima mampu menghasilkan pembentukan parut dan kesembuhan luka yang baik. (1).


Banyak juga kajian yang dilakukan untuk menilai peranan ascorbic asid dalam penyembuhan luka kerana ascorbic acid sangat penting dalam merangsang pembentukan kollagen.


Oleh itu membekal vitamin C yang mencukupi (daripada makanan dan suplemen) sangat penting dalam penyembuhan luka, terutama pesakit yang baru menjalani prmbedahan kerana penggunaan ascorbic asid sangat banyak dan sangat cepat di bahagian pembentukan parut bagi menyembuhkan luka pembedahan itu.


Pengambilan suplemen vitamin C antara 500-1000 mg sehari digalakkan dalam  membantu penyembuhan luka.(2).




Dalam satu kajian juga menunjukkan pengambilan ascorbic asid sebelum rawatan radioterapi sangat membantu membantu mempercepatkan penyembuhan kecederaan terbakar pada kulit akibat kesan radioterapi. (3)


Bagi pesakit yang baru menjalani pembedahan, kita tahu mereka belum berselera untuk makan terutama pengambilan sayur dan buah. Berikan vitamin C antara 1000mg setiap hari.


Elakkan pengambilan dos vitamin C yang tinggi melebihi 2000mg, kerana pesakit selalunya kurang minum air yang secukupnya.


Rujukan:


1. Bourne GH. The effect of vitamin C on healing wounds. Proc Nutr Soc. 1946;4:204.


2. 39. Hellman L, Burns JJ. Metabolism of l-ascorbic acid-1-C14 in man. J Biol Chem. 1958;230:923–930


3. Jagetia GC, Rajanikant GK, Mallikarjun Rao KVN. Ascorbic acid increases healing of excision wounds of mice whole body exposed to different doses of γ-radiation. Burns. 2007;33(4):484–494

Monday, 28 June 2021

PUNCA KERAP KENCING MALAM

 


KERAP KENCING MALAM. APAKAH PUNCA-PUNCANYA?

.

Kerap kencing malam dalam istilah perubatan dikenali sebagai ‘nocturia‘. Selalunya ketika anda tidur, anda akan menghasilkan air kencing yang sedikit tetapi lebih pekat.

Ini bermaksud mereka yang normal selalunya tidak perlu kerap bangun tidur untuk membuang air kencing hingga mengganggu tidur mereka.

Jika seseorang itu bangun kerap pada waktu malam untuk membuang air kencing, dia mungkin menghadapai nocturia. Disamping ia mengganggu tidur anda, ia juga boleh disebabkan penyakit lain.

.

PUNCA KERAP KENCING

.

Kencing yang kerap boleh menjadi gejala kepada banyak masalah yang berbeza dari penyakit buah pinggang hinggalah ke masalah hanya minum terlalu banyak cecair. Apabila kencing kerap disertai dengan demam, desakan untuk membuang air kecil, rasa sakit atau ketidakselesaan di dalam perut, anda mungkin mengalami jangkitan pada saluran kencing.

.

SEBAB-SEBAB LAIN YANG BOLEH MENYEBABKAN KENCING KERAP TERMASUKLAH :

.

1. Diabetes


Kencing yang kerap dengan isipadu air kencing yang sangat besar sering merupakan gejala awal kedua-dua jenis diabetes 1 dan 2 di mana badan anda akan cuba untuk membersihkan dirinya daripada glukosa yang tidak digunakan melalui air kencing.

.

2. Kehamilan


Dari awal minggu kehamilan rahim yang akan semakin mengembang lalu menempatkan tekanan pada pundi kencing, menyebabkan anda kerap kencing.

.

3. Masalah prostat


Prostat yang membesar boleh menekan terhadap uretra (tiub yang membawa air kencing keluar badan) dan menghalang aliran air kencing. Ini menyebabkan dinding pundi kencing diganggu. Pundi kencing mula memberi tekanan dan akan menyebabkan kerap membuang air kecil.

.

4. Cystitis interstisial


Keadaan ini disebabkan oleh kesakitan yang tidak diketahui di kawasan pundi kencing dan pelvis. Selalunya, gejala ini akan mendesak untuk kerap membuang air kecil.

.

5. Penggunaan diuretik


Ubat-ubat ini yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau kerja pembentukan cecair di dalam buah pinggang dan mengalirkan cecair berlebihan dari badan, menyebabkan kerap membuang air kecil.

.

6. Strok atau penyakit saraf lain


Kerosakan kepada saraf yang membekalkan pundi kencing boleh menyebabkan masalah dengan pundi kencing, termasuk kerap dan desakan untuk membuang air kencing.

.

7. Minum air secara berlebihan


Mereka yang mengambil air secara berlebihan selalunya akan mengalami kencing yang banyak juga. Ditambah lagi dengan pengambilan kafein, ia memang akan menyebabkan seorang itu akan lebih kerap kencing

.

DIAGNOSA

.

Terdapat juga beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengetahui punca kepada perkara tersebut. Ujian tersebut adalah pemeriksaan gula dalam darah, pemeriksaan air kencing dan Ultrasound scan. 

.

RAWATAN

.

Jika kencing kerap tersebut disebabkan pengambilan ubat-ubatan, dinasihatkan anda untuk berjumpa doktor supaya ubat tersebut boleh ditukarkan ataupun diberhentikan penggunaannya setakat itu.


Rawatan nocturia kadang-kadang boleh digunakan dengan menggunakan Ubat Anticholinergic dan Desmopressin.

.


10 TIPS TINGKATKAN HORMON DHEA UTK AWET MUDA

  10 TIPS TINGKATKAN HORMON DHEA . Fahaman umum. Makin meningkat umur makin menurun hormon. Antaranya ialah hormon DHEA. . Betul hormon DHEA...