Menurut buku Cara Mendidik Anak Mengikut Sunah Rasulullah karangan Muhammad Nur Abdul Hafiz Suwaid, membelikan anak-anak barang permainan termasuk salah satu daripada cara mendidik mengikut sunah. Namun ketika mahu membelikan alat permainan untuk anak-anak, harus ditanyakan beberapa soalan kepada ibu bapa yang mahu membelinya.
Antara soalan yang harus ditanyakan sebelum permainan tersebut dibeli adalah;
1. Apakah dengan membeli permainan tersebut dapat melatih jasmani dan kesihatan yang baik kepada anak-anak?
2. Adakah permainan tersebut akan dapat membuatkan anak-anak berfikir kebaikan-kebaikan yang ada padanya dan dapat dimanfaatkan untuk dirinya?
3. Adakah dengan membeli permainan tersebut akan boleh membuatkan anak-anak meniru perbuatan atau tingkahlaku baik yang ada pada orang dewasa dan membuatkan mereka berfikir dengan baik?
Sekiranya semua jawapan bagi soalan-soalan tersebut adalah 'ya', insya-Allah mainan tersebut amat bersesuaian untuk anak-anak dan memberi manfaat yang bersifat pendidikan dan ia amat sesuai untuk dibeli.
*Alangkah indah dan cantiknya Islam. Sehingga dalam bab membelikan permainan untuk anak-anak juga masih menitik beratkan soal kebaikan dan pendidikan kepada anak-anak. Betapa sebenarnya tanpa sedar, Islam mengajar ibu bapa bahawa proses tarbiah anak-anak bukan bermula ketika mereka sudah faham dan tahu. Tetapi ia bermula saat anak-anak masih tidak tahu apa-apa.
Subhanallah! Maka, nikmat Allah yang mana mahu kita dustakan? Sollu alan nabi (mari berselawat ke atas nabi).
KIOSK SHAKLEE ONLINE ANDA (^_^)
♥0195560012
♥Acc MAYBANK :1590 1281 3873
♥Email : supermomfazlina@gmail.com
Setakat ni dulu dari saya .. Nantikan entri yang akan datang...
![]() |
Tercari-cari supplement sebagai ikhtiar bantu anak-anak membesar dengan sihat,cergas dan ceria ?KLIK SINI untuk maklumat lanjut, |
No comments:
Post a Comment