Posts

Showing posts from August, 2014

TIPS HEBAT UNTUK BANYAKKAN SUSU IBU !

Image
Mencari tips bagaimana nak banyakkan susu ibu? .Baiklah , hari ni saya nak kongsikan tentangRAHSIA UNTUK BANYAKKAN SUSU IBU .







Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa
Periksa jika pam anda mempunyai masalah sedutan atau sebagainya yang membuatkan susu semakin kurang

Kerapkan mengepam atau menyusu setiap 1 1/2 jam atau 2 jam sekali. Jika perlu buat hyperstimulation atau power-pumping dengan menggunakan pam yang ada double-pumping

Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri

Tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi

Bagi bayi yang belum memulakan solid food elakkan suplemen seperti air masak, formula dan jus buah untuk pastikan anak terus menyusu susu badan

Si ibu banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan

Pelbagaikan menu makanan anak bagi yang sudah memulakan solid food jika si ibu m…

Masalah angin pasang atau hernia pada baby?

Image
Teringat lagi masa kenangan pengalaman pertama jadi ibu dulu , tiap pagi dan menjelang senja ..mesti mak ingatkan saya supaya tuam ''telur'' baby dengan daun sireh atau daun mengkudu.Nak cegah angin pasang kata nya ..saya pun ikut je ..tak tau sangat pun pasal  angin pasang ni.




Baru ni ,ada kawan cerita yang dia terpaksa bawa baby boy ke hospital untuk minor surgery disebabkan hernia atau masalah angin pasang.ooo baru saya teringat benda ni la yang bonda bese sebut dulu.

APA ITU ANGIN PASANG atau HERNIA


" Angin pasang memang mudah kelihatan kepada bayi lelaki jika bayi itu menangis atau minum. Bagi bayi yang dilahirkan lebih awal dari tarikh kelahiran yang sepatutnya, angin pasang juga boleh kelihatan kepada pusat.
Apabila bayi ini membesar ‘angin pasang’ itu akan kurang kelihatan dan adakalanya tiada sama sekali. Adalah disyorkan merujuk kepada pakar bedah bayi (paediatric surgeon) untuk menjalani pemeriksaan apabila angin pasang bayi masih kekal selepas dua tahun …

Kemenangan berpihak pada Palestine !

Alhamdulillah..alhamdulillah
Sujud syukur
Tak dapat diseka air mata yang berguguran
Tangisan syahdu dan kegembiraan

Hari ini yang ke 51 ..akhirnya Israel mengaku kalah
Pintu Rafa dibuka untuk membawa masuk bekalan ubatan dan segala jenis bantuan

Berbahagialah saudara saudaraku
Setelah 51 hari melalui episod derita

Ya Allah..peliharalah saudara kami di Gaza
Bantulah mereka mempertahankan Al Aqsa

Berita ni ibarat ubat demam saya hari ni
Terima kasih buat sahabat yang sentiasa update perkembangan di sana..brother Hamza Deirawi
Juga buat badan Al Aqsa Syarif dan Aman Palestin

Cara cuci tali pusat baby

Image
Hari ni ternampak ada gambar baby yang tali pusatnya berulat.Seram....jujurnya saya sendiri ...bab cuci tali pusat baby ni yang paling rasa ngilu sekali.Eh betul ke rasa ngilu? Tapi sebab pernah terbaca tentang bahayanya kalau tali pusat baby tak dijaga dengan betul boleh menyebabkan jangkitan kuman seterusnya boleh menyebabkan pendarahan.So take serious ye ..tak berani pun kene buat buat berani jugak.Setiap kali cuci dengan cotton bud atau wool..selepas sekali sapuan ganti dengan yang baru.Bila tukar pampers baby,cuci tali pusat baby dengan ubat yang nurse bagi tu.Kalau boleh,jangan pakaikan barut lagi selagi tali pusat tu belum tanggal sebab nak bagi tali pusat tu kering betul-betul.Pengalaman saya sendiri..anak sulung dan anak kedua ,tali pusat nya hari ike 4 dah kering dan tanggal.Anak yang ketiga je lambat sikit tanggal sebab talipusat nya besooo dan teballl..seminggu baru kering dan tanggal.phewhh..




Ini tips penjagaan tali pusat baby yang saya ambil dari web pa&ma..Semoga ber…

Welcome home #MH117

Image
Hari ni  jenazah mangsa #117 dibawa pulang ke tanah air ... tiada perkataan lain yang dapat di ungkapkan selain rasa sebak , sedih ... Namun takdir mendahului segala nya .. Al fatihah ..


Laksam Warna warni Aidilfitri

Image
Indahnya sungguh di hari raya...
Ramainya orang beramah mesra...
Indahnya sungguh di hari raya..

Amboi ..ternyanyi lagu raya la pulak.Hari ni saya nak share idea untuk hidangan jamuan raya.Gambar laksam ni femes betul kat newsfeed Facebook hari ni.Uniknya pada warna mee Laksam ni ..so colorful.Anak-anak mesti suka.

InshaAllah cadangnya nak buat Laksam ni bila anak-anaknda dah sembuh nanti.Skang ni agak bz dengan jaga anak demam dan tugasan WAHM.Tempek dulu gambar untuk rujukan masa akan datang.

Ok sambung nyanyi lagu raya tadi... Hihi


Rasa teruja nak cuba.Kreatif sungguh pemilik resipi ni :)



Resepi laksam (12 gulung) 3 cawan tepung beras1/2 cawan tpg gandumsedikit garam4 3/4 cawan air suam3 sudu besar minyak masak
campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar
* panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yangdisapu dengan minyak masak * masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgnnipis...agak2 la ye..kalau saya g…

Ransang anak jadi cerdik di awal usia !

Image
50 PERKARA RANSANG ANAK JADI BIJAK PANDAI

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA 

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA 

Walaupun reaksi yang akan …

KENAPA SAYA TIDAK BOIKOT SHAKLEE?

Image
Artikel ini adalah tulisan daripada seorang pengedar Shaklee iaitu Kak Long Nuzula , terima kasih kerana izinkan saya untuk share.

SANDARAN YANG PERTAMA

Petunjuk drp Allah melalui solat hajat, istikharah, doa & keberserahan yg TOTAL kpd Allah SWT & hanya kepada Allah SWT. Allah jua sebaik2 penunjuk jalan. 

Semoga Allah tuntun kita di atas jalan kebenaran dan kebaikan. Amin. InsyaAllah. 



SANDARAN YANG KEDUA
Saya bersandarkan kpd kenyataan Ustaz Zaharuddin dlm blog beliau (zaharuddin.net)

http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/572-hukum-mcdonald-kfc-maxis-a-syarikat-yahudi.html

1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menrut syarat jual beli Islam.

2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepa…

Apa beza Cinch Mix Shake dan ESP ?

Image
ESP  adalah energizing soy protein. Ia mengandungi 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino, ini termasuk 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk sintesis protein. ESP adalah rendah lemak secara semulajadinya. Ia juga tanpa kolestrol dan tanpa laktos.

ESP membantu membekalkan tenaga berpanjangan dan rasa kenyang lebih lama, jadi secara automatik kita akan kurang makan. Jadi anda boleh juga mengambil ESP sebagai ganti hidangan utama anda untuk pengurusan berat badan (maksium 3x sehari, 1 sudu besar setiap kali). ESP ada 1 perasa sahaja, vanilla. 
ESP sesuai untuk dewasa lelaki dan perempuan, wanita hamil, menyusu dan warga tua. Indeks Glisemiknya adalah 39 (agak rendah).

Untuk ibu yang hamil atau menyusukan baby , ESP sesuai untuk anda sebab ESP mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh badan kita.





Cinch pula adalah protein soya, tetapi ia mengandungi Leucine, ia membantu anda untuk mengurangkan lemak tetapi mengekalkan muscle anda. Protein dalam C…