Posts

Showing posts from January, 2015

Degil ke anak saya ?

Image
Fahami perkembangan otak anak anak kecil.

Soalan:
Degil ke anak saya yang baru 1 tahun 6 bulan yang tidak mahu mendengar kata bila dilarang? Orang keliling mengatakan dia degil. Dia juga suka merampas mainan kanak-kanak lain. Ibu kata tidak boleh garang dan marah anak. Namun, jika tidak marah, dia menjadi-jadi perangainya. Bolehkah dia dihukum dan bagaimana? Jawapan pakar:
Anak baru satu tahun 6 bulan. Usia ini masih kecil dan yang paling ketara pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat ego centric. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia lebih fokus kepada dirinya. Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini. Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak - triune belum begitu berkembang. Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak ha…

19 PERKARA YANG IBU HAMIL HARUS ELAKKAN

Image
Selain baik untuk kesihatan ibu hamil, ia juga baik untuk kesihatan serta perkembangan janin dalam kandungan.Berikut adalah beberapa aktiviti berbahaya yang merangkumi 19 larangan ibu hamil yang perlu diberikan perhatian. 1.  Wanita Hamil Harus Menjauhi Minuman Keras Berapapun jumlah atau kadarnya, ibu hamil dilarang sama sekali untuk minum minuman keras. Selain nikotin,minuman keras pun merupakan zat paling berbahaya diambil ketika hamil. Minuman tersebut boleh menyebabkan bayi yang anda kandung itu mengalami masalah pendengaran, gangguan sistem penghadaman, sukar berkonsentrasi, serta bakal mengalami masalah kesihatan fizikal dan juga mental. Minum minuman keras tetap akan membuatkan bayi anda tidak sihat! Jadi, jangan ambil jalan mudah untuk pentingkan keinginan serta kehendak anda tanpa memikirkan risiko yang bakal menanti. 2.  Wanita Hamil Dilarang Berendam Air Panas Terlalu Lama Relaks dan bertenang memang diperlukan oleh setiap wanita hamil. Tetapi berendam terlalu lama di dalam…

Vitamin C tak boleh dipatahkan dua ?

Image
Semalam agak kecoh dan riuh rendah seketika apabila, beberapa pengedar Shaklee yang pulang dari Health Talk, menyatakan bahawa



Mematahkan pil Sustained Release(SR) Vita-C kepada dua akan menyebabkan penyerapannya kurang berkesan!Ia adalah bercanggah dengan info dan praktikal yang diperturunkan dari zaman berzaman oleh mereka yang telah lama mengamalkan pengambilan suplemen Vitamin C.

Mengikut pendapat mereka:

Sewaktu demam, batuk, selesema atau kurang sihat, keperluan Vitamin C meningkat untuk membantu tubuh melawan penyakit. Apabila SR Vita-C dipatahkan kepada dua, seluruh 500mg Vita-C akan direlease kedalam tubuh pengguna. 
---> Ini jugalah yang saya pegang selama 4 tahun, bergelar pengedar Shaklee dan sering melakukannya ketika saya dalam proses untuk lebih sihat. (To be honest, memang rasa perubahan, mengapa? -- mungkin kerana mindset, wallahualam)

Jadi apakah sebenarnya "Sustained Release"?

Shaklee adalah pioneer dalam menggunakan teknologi SR, dimana, setiap vitamin C yan…

Kesan jika selalu tampar, cubit atau pukul anak ?

Image
Kisah realiti yang biasa terjadi dalam kehidupan kita. Kisah ini di ambil daripada luahan hati seorang ibu di facebook. Dalam kekalutan nak mengisi perut
yang menjerit- jerit kelaparan
adik pula menangis memulas-mulas badan
menangisnya macam kena dera
sambil angkat baby michelin yang entah berapa kilo ni
saya senduk nasi panas dalam periuk
sambil nangis adik muntah pada baju saya
Allah….
letak pinggan bawa adik ke sinki
cuci mulut dan bersihkan baju
entah bila kakak datang pada kabinet bawah dapur
bederau darah bila mndengar bunyi kaca mencium lantai
bila saya toleh tutup kaca atas lantai
mujur masih intact tidak pecah
tapi disebabkan terkejut
tindakan reflex pertama saya tadi adalah menjerit pada kakak dan memukul tangannya
mak keluar dari bilik dan menyambung marah bila tengok apa yang berlaku
hati saya sayu bila tengok orang lain marah anak saya
sedangkan time tu hati sendiri dah nak menangis sebab pukul dia.
sambil menyuap nasi ke mulut sambil letak adik yang sudah berhenti nangis 
hati saya sebal, se…

Nak kulit cantik ?

Image
Setiap wanita mengimpikan kulit yang kelihatan anjal,cantik dan gebu. Apatah lagi, sekiranya sering dipuji oleh rakan-rakan ataupun suami. Vitamin kecantikan adalah antara salah satu cara untuk mencantikkan kulit anda, bermula dari dalam sehingga luaran selain mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan pemakanan seimbang.Jom ketahui rahsia kombinasi vitamin untuk mendapatkan kulit gebu walaupun tanpa make-up. Bak kata orang ‘natural beauty’. Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Cantik Vitamin C Vitamin C memang diketahui umum mempunyai kebaikan untuk kulit kerana ia dapat membentuk meransang kolegen dalam kulit. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu,jika kolegen dalam kulit anda berkurangan,ia akan menimbulkan kedutan pada kulit. Vitamin C juga merupakan antioksidan yang hebat dalam melawan penuaan sel kulit. Pengambilan Vitamin C setiap hari dapat melambatkan penuaan,menjadikan kulit anda lebih cerah dan menyekat pembentukan pigmentasi pada kulit.…

Multivitamin kanak-kanak kembali lagi yeay !!

Image
Assalamualaikum semua =) Bila tau Vitalea for children dah kembali rasa nak melompat je ! Lama juga vitamin ni takde kat pasaran.Kini dah kembali semula ,ibu-ibu pasti gembira =) Kebanyakan vitamin dipasaran terutamanya untuk kanak-kanak murah kan? Kerana apa? Macam-macam sebab..mungkin artificial..mungkin sintetik..mungkin tidak lengkap..

Apa KELEBIHAN VITALEA FOR KIDS dari SHAKLEE? Lengkap dengan 8 komponen vitamin B. Vitamin B ni terdiri daripada 8 beradik iaitu B1, B2, B6, B12, FOLIC ACID, NIACIN, BIOTIN, PANTOTHENIC ACID. Kesemua komponen perlu hadir bersama untuk kesan yang optimum. Tetapi kebanyakan pengeluar tidak memasukkan beberapa komponen seperti biotin kerana harganya yang terlalu mahal. Ini menyebabkan kesannya tidak optimum. #Mengandungi vitamin dan mineral dalam satu tablet! #Rasa anggur yang enak, tidak mengandungi pewarna, pemanis dan pengawet tiruan. # Diperasakan dengan xylitol yang membantu mengelakkan kaviti. # Mudah dikunyah! Ini antara kelebihan Vitalea ni..nutrisi dal…