Posts

Showing posts from December, 2016

APA PENYEBAB ALLERGIC/ALAHAN

HISTAMINE INTOLERANCE PART 2
______________________________________

ANTARA PUNCA :

-KULIT JADI GATAL, BENGKAK DAN RUAM2? LELAH ATAU RESDUNG
-MIGRAIN
-VERTIGO
-GASTRITIS, REFLUKS ASID (GERD)
-ANXIETY & PANIC
-INSOMNIA
-IBS (PERUT SENSITIF), PERUT MERADANG(CROHN’S DAN ULCERATIVE COLITIS)
.
.
       Makanan yang kita makan sedikit sebanyak pasti ada kandungan amines. Histamin merupakan salah satu daripadanya yang menjadi punca kegatalan, ruam dan bengkak sekiranya berlebihan dalam badan tak terkawal.
.
.
       Histamin yang di makan atau disebabkan ransangan alergen , “stress” menyebabkan “antibody” menyerang badan sendiri kerana diingatkannya ransangan itu sebagai MUSUH.
.
.
       Histamin merupakan SIGNAL yang mengarah antibody menyerang kawasan yang dirasakan tidak selamat. Bila terdapat berlebihan histamin dalam badan, dan tidak terkawal..contohnya kawasan yang digaru mengalami ransangan SIGNAL BERLEBIHAN.  Ini menyebabkan kawasan tersebut mengalami KERADANGAN.
.
.
Sila ingat 5…

8 TIPS ELAK MEROYAN SELEPAS BERSALIN

Image
Satu masa dahulu kita digemparkan dengan kes bayi ditikam ibu yang dalam pantang.Ada juga kes bayi yang dicampak dari bangunan. 

Bagaimana nak tahu yang saya menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum? Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu, tetapi anda akan merasa:
perasaan putus asa;bersalah;amat letih;muram;sering menangis;sunyi;gelisah;terperangkap. Semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu. Tapi, jika anda merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan posnatum.

Lazimnya, ia berlaku apabila umur bayi anda antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan. Sebelum itu anda merasa amat gembira menjaga bayi anda, kemudian, menyedari kemurungan datang secara perlahan. Jika anda mengalami kemurungan semasa kehamilan, ketibaan bayi anda mungkin tidak dapat membantu meringankan beban anda.



8 PERKARA PERLU AMBIL TAHU BILA ANAK JATUH

Image
Bila bayi anda sudah mula belajar berjalan dan jatuh, dia memang berisiko untuk kerap terjatuh. Terjatuh tanpa kesan luka atau kecederaan adalah perkara normal sepanjang tempoh tumbesaran seorang anak tetapi jika terlalu kerap terjatuh sehingga ada benjol dan hentakan kuat di kepala, apakah kesannya terhadap si kecil?
Siapa yang tidak risau apabila anak terjatuh dan menangis kesakitan. Lagi bimbang bila kesan terjatuh meninggalkan benjol atau mengakibatkan kecederaan sampai berdarah.
Tetapi sebelum itu ibu ayah perlu faham mengenai kesan-kesan hentakan kepala supaya dapat membuat perbezaan antara hentakan yang serius dan hentakan yang tidak serius supaya langkah-langkah rawatan yang betul dapat diambil.
1. Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila ada hentakan atau trauma ke kepala ia boleh menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau/dan otak.
2. Apabila hentakan berlaku, kulit mungkin terkoyak dan menyebabkan pendarahan tetapi jika luka tersebut besa…

PERANAN AYAH YANG ADA ANAK 2 TAHUN

Image
PERANAN AYAH bagi ANAK DUA TAHUN

Semasa bersembang dengan beberapa ayah muda tempuh hari, seorang itu amat  terkejut bila Ibu mengatakan anak-anak berusia 2 tahun memang akan tidak mendengar cakap. Malah sering mengatakan NO, atau yang sewaktu dengannya.

Dia agak terkejut kerana selama hari ini dia menyangkakan anaknya yang dulu baik dan mendengar kata, sudah mula degil dan macam biadap pun ada katanya.

Ibu katakan kepadanya, "Tak, itu bukan degil ke biadap dan buruk akhlak. Anak itu sedang melalui fasa Individuating...iaitu fasa yang menegapkan kewujudannya. Fasa dimana dia mahu menyatakan dia juga punyai hak memilih. Fasa ini perlu dikendalikan dengan baik, jika tidak ianya akan memberi kesan buruk bila anak itu besar nanti"

Nampak bulat mata si ayah-ayah tu. Soalannya yang seterusnya pula; " sampai bila fasa ni Ibu?" Ibu menerangkan bahawa fasa ini boleh jadi sekejap jer iaitu hingga anak 3 tahun jika ibu bapa dan orang yang mendidiknya bijak mengendalikan fasa…

7 TIPS PISAHKAN ANAK TIDUR DI BILIK SENDIRI

Image
Memisahkan anak-anak tidur di bilik sendiri bukanlah perkara yang mudah, tetapi jika betul cara dan kaedahnya, Insya Allah urusan yang bisa memeningkan kepala ini akan berjaya ibu bapa laksanakan. Jika anda buntu, jom kita cuba tips-tips dibawah. Moga membantu dan bermanfaat!
Sepakat
Ibu dan bapa mestilah sepakat di dalam hal ini, setiap orang mesti menyampaikan mesej yang sama dengan kerap setiap hari. Berbual dengan anak tentang perkara ini setiap pagi selepas mandi, ketika makan, ketika pergi bersiar-siar, di dalam kereta, sebelum tidurkan anak-anak dan bila-bila sahaja yang dirasakan sesuai. Ibu bapa boleh katakan kepada anak-anak :
“Seminggu lagi adik dah 3 tahun, adik dah besar, cantik dan berani, jadi adik kena tidur di bilik sendiri tau…”
“Mulai minggu depan, adik tidur di bilik adik tau, bilik ayah dan ibu ni bukan lagi bilik adik, nanti kita hiaskan bilik adik cantik-cantik ok? Adik nak cadar warna apa ye?”
Bila dia melakukan sesuatu secara berdikari seperti makan sendiri, k…