Posts

Showing posts from July, 2017

CEGAH MEROYAN DGN OMEGA 3

Image
CEGAH POST PARTUM DEPRESSION DENGAN OMEGA-3 ]

Kepentingan omega-3 untuk ibu- ibu hamil memang diketahui umum dan ramai yang ambil supplement omega-3 sepanjang kehamilan.

Namun begitu, tidak ramai yang tahu kepentingan omega-3 ini untuk mencegah post- partum depression ataupun meroyan.

Sepanjang trimester ketiga, majoriti keperluan DHA bayi diambil daripada tubuh ibu untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Ketika ini ibu sudahpun akan mengalami kekurangan DHA.

Kemudian selepas bersalin, ibu akan terus mengalami kekurangan DHA kerana ianya perlu dibekalkan kepada susu ibu pula untuk keperluan bayi.

Asid lemak omega-3 penting bagi menghasilkan hormon serotonin yang cukup dalam otak ibu. Tanpa serotonin yang cukup, mood ibu akan mudah terganggu dan sering berasa sedih atau dilanda "baby blues" selepas bersalin.

Untuk membantu ibu- ibu mendapat cukup DHA selepas bersalin, mereka dianjurkan terus mengambil supplement omega-3 sehingga bayi berusia 2 tahun, terutamanya jika …

Dah la mahal. Akhirnya,MERANA

Image
HAJATNYA NAK FLAWLESS, TAPI MERANA !

Saya nak share produk pertama saya.

Kenalkan diri dulu.

Nama: Siti Nurbaya bt Mustafa Kamal
Asal: Kedah
Menetap: Labuan
Status: Berkahwin

Boleh panggil Baya ☺

Alkisah, bermula bila cari punya cari supplement utk muka berjerawat tapi xjumpa.

Almost give up.

Thought of other alternative, Baya cuba satu supplements lain. Yang masa tu memang gempak la.

Makan boleh putih, kulit flawless. Artis semua pakat makan sampai putih melepak.

Haha Terpengaruh! Supplement tu bentuk biji.

Dah la mahal. Akhirnya, MERANA.

Orang yang memang jumpa Baya tiap-tiap hari terkejut tgk muka 😭

Masa tu belum lagi Baya jumpa Shaklee ni. Kawan suggest cucuk Vitamin C.

Desperately I asked my father tapi arwah abah tak bagi. Tapi pujuk jugak and he gave permission.

Gambar kiri masa Baya dah cucuk Vitamin C kali kedua tak silap.

Alhamdulillah. Ada perubahan dari yang sebelumnya. Kalau tak lagi teruk kat pipi dan dahi tu.

Tapi, bulan pertama kena cucuk 4 kali untuk Vitamin C tu ba…

Berat air ?

Image
Alamak, lupalah!

Semalam cerita pasal kenapa ada orang beratnya tak turun tapi dia kata; "Baju saya habis longgaq dahhhhhh!"

Haha.

Dulu masa saya mula-mula jadi dietitian ada juga "kebodohan" dalam hal ni. Betul, hanya nak perubahan berat saja. Itulah, pensyarah mengajar tak dengar betul-betul.

Dah lama sikit kerja, diperkenalkan dengan beberapa gadjet untuk timbangan berat badan, banyak selongkar lagi tentang hal berat badan barulah rasa "cerdik" sikit.

Berat kita dipengaruhi oleh,

1. Berat lemak
2. Berat otot
3. Berat air

Berat tulang tak kira ye, kalau dah banyak tayar berlapis tu memang sah bukan berat tulang.

Secara teorinya kita perlu bakar 7700kCal untuk meng"hilang"kan 1kg lemak. Pembakaran ini boleh berlaku jika terdapat deficit, iaitu julat perbezaan antara keperluan sehari (DCR) dan pengambilan makanan (DCI) sehari.

Jika defisit kita adalah 500kCal sehari, kita akan berjaya turunkan 1kg lemak itu dalam masa 15 hari.

Okay. Dalam masa …

4 tips kulit sihat

Image
Kulit yang sihat akan terpancar sebagai kulit yang cantik dan awet muda. Ia menjadi idaman kita semua untuk mempunyai kulit yang sentiasa tegang dan anjal tanpa kedutan. Kedutan dan garis halus pada wajah adalah masalah yang biasa kita kaitkan dengan proses penuaan. Apabila umur meningkat maka kolagen dan elastin dibawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus. Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar. Tarikan graviti dan pergerakan otot muka kerana ekpresi muka selama bertahun-tahun menjadikan kulit muka  mengendur ke bawah dan menyebabkan kedutan kasar. Pendedahan kepada cahaya matahari secara berterusan, perubahan hormon dan merokok boleh menjadikan kulit cepat tua dan mudah berkedut dan juga menyebabkan masalah pigmentasi dan jeragat. Untuk mengekalkan kulit awet muda beberapa tips boleh diamalkan.
Pertama, minum air secukupnya.
Air adalah satu faktor yang amat penting. Apabila semakin meningkat usia kita akan mengalami…
Image
Cikgu Kimia Ini Kongsi 2 Tip Merancang Jantina Bayi Perempuan, Ikut Logik Sains & Kekuatan Doa! Bukan sekali dua berusaha nak dapatkan anak perempuan. Bermacam usaha dicuba tapi rezekinya masih lagi anak lelaki. Ada tu berderet sampai 9 orang pun, rezekinya anak lelaki. Masuk yang ke-10 barulah Allah hadirkan anak perempuan.


Cikgu kimia, Taibah Nurwahidah Mohamad ini berkongsi teori memahamkan sifat kromosom X dan Y serta bagaimana pemakanan, tempoh bersama dan faktor kesuburan boleh menentukan jantina bayi yang anda inginkan.

Post kali ni akan share ilmu yang tak seberapa bagi sesiapa yang merancang sama ada nak baby boy atau baby girl untuk next pregnancy.


Alhamdulillah saya dan suami dah mencuba dan diizinkan Allah untuk mendapat baby girl, anak ke-2 kami. Maka sepasanglah anak kami setakat ni. Terima kasih buat suami Mhafiz Mahadar yang turut memberi kerjasama. Tak sia-siakan usaha awak saat melihat anak perempuan awak lahir ke dunia. Ingat Lagi Tak Subjek Biologi Di Sekolah Dul…

Tetamu senja ?

Image
Bukan tetamu , tapi inilah wanita yang suka datang ke rumah kita pada waktu Maghrib .

Memang siapa yang hendak bertamu ke rumah orang pada waktu maghrib ? Maghrib adalah saat dimana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang terkadang berwarna jingga atau merah menyala , pada waktu itulah , seluruh umat  Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah kita .

Siapakah wanita itu , apa yang dia lakukan di dalam rumah kita ? Ketahui bahawa dia bukanlah wanita baik , namun mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil .

Mungkin ada yang pernah dengar nama (Ummu Sibyan) atau pun tidak sebelum ini , (Ummu Sibyan) ini adalah jin dari kaum perempuan yang suka mengganggu bayi dan anak yang berusia kurang dari 2 tahun serta wanita hamil , sebab itulah anak-anak yang baru lahir harus diazankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak di ikuti oleh jin ini .

Apa Kerja Jin Ummu Sibyan ?

Kerja dia tak lain…

Cacing dalam perut ?

Image
ILMU KESIHATAN. Artikel 274 .
Betul ke klu suka tonggek atau gatal lubang dubur...ada CACING? Betul ke mkn ubat cacing waktu BULAN TURUN?...."


"Doc ada apa benda bergerak2 di dubur anak saya? Doc pun cek....masyallah cacing terkodek2....apa lagi doc kapit dgn forsep & tarik keluar....hi hi hi..panjang mcm "mee". Ibu nya rasa geli & termuntah2. Pernah kes seorg kanak2 gatal punggung..doc touch...tu dia cacing kerawit ramainya keliling lubang jubur berdisco!!...hi hi hi.

A.Doc nak bagi info hal cacing untuk rakan fb doc:
1. Jangkitan cacing berlaku drp pencemaran tanah yg tercemar dgn telur cacing. Telur ni mencemarkan tanaman & tangan anda. Tangan & makanan yg X dibersihkan menyebabkan telur cacing dimakan & larva menetas dlm usus anda.

2.Ingat cacing hidup dlm badan semua manusia...kanak2 atau anda yg dewasa yg rendah immune & kebersihan x dijaga.

3.Ubat cacing diambil setiap 6 bulan selepas anak 1thn 6 bln. Ubat Albendazole/Mebendazole yg …

Vitalea shaklee

Image
Vita-Lea® Iron Formula Nutrien Penting untuk Kesihatan Optimum Kod Produk: 10131 (120 tablet) Vita-Lea® adalah formulasi dicipta khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita. Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan. Vita-Lea® Iron Formula mengandungi 400mcg asid folik, vitamin B yang diperlukan untuk tubuh yang sihat, melalui sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten, direka untuk memastikan penyerapan asid folik.* Menyokong kesihatan optimum. Nutrien penting untuk kesihatan dan kesejahteraan optimum. Keistimewaan Shaklee Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee mencipta salah satu multivitamin pertama di A.S. Dari asas inilah terhasilnya Vita-Lea®. Nutritional Facts RamuanAmaun Setiap TabletVitamin A (sebagai Beta Karotena)1250 IUVitamin A (sebagai Vitamin A asetat)1250 IUVitamin C (sebagai asid askorbik)60 mgVitamin D3 (sebagai kolekalsiferol)200 IUVitamin E (sebagai alfa-d…

LECITHIN SHAKLEE

Image
Lecithin Lemak Sihat Yang Anda Perlukan Kod Produk: 10163 (180 kapsul) Lesitin dikenali sebagai pengemulsi semula jadi yang menguraikan lemak menjadi molekulmolekul kecil untuk penghadaman. Lesitin juga ditukar menjadi asetilkolina di dalam tubuh anda, yang diperlukan untuk membantu mengekalkan tubuh yang sihat.* Tahukah Anda? 
Akademi Sains Kebangsaan menetapkan bahawa kolina penting dalam pemakanan kerana lesitin adalah bahan larut lemak yang dipanggil fosfolipid, yang terdiri daripada kolina dan inositol, dan ia boleh ditemui dalam semua sel hidup. Kedua-duanya merupakan komponen utama sel membran, yang mengawal aliran nutrien ke dalam dan ke luar sel. Keistimewaan Shaklee Shaklee Lecithin diperbuat menggunakan sumber semula jadi daripada kacang soya. Nutritional Facts Setiap kapsul (849.88 mg) menyediakan: RamuanAmaun Setiap KapsulLesitin Soya
(Menyediakan 518 mg Lesitin)530 mg KKLIU 0590/2017
MAL12015012NC * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyemb…

Raya & kencing manis

RAYA DAN KENCING MANIS
=======================

Setiap kali hari raya perkara yang paling di risaukan adalah pesakit2 diabetis yang mengandung dan mempunyai kencing manis, tak kira la yg ada'GDM' (Kencing Manis semasa mengandung) atau 'Establih Diabetis' (pesakit kencing manis walaupun sebelum mengandung)...

Setiap kali datang followup berkali kali akan dipesan jaga pemakanan masa hari raya nanti, almaklumlah apabila ketupat, rendang, kuih beraneka kaler & rasa, air juga berwarna warni mengikut tema... kandungan gula & kalorinya tak payah cakap la, melambung lambung naik..

Jom kita lihat apakah risiko yang paling di risaukan sekiranya kandungan gula di dalam darah ibu2 dalam keadaan yang tinggi secara tiba2 :

1) Air ketuban banyak (polyhydromnions) - bila berlaku
    keadaan ini, ibu mula rasa tidak selesa, rahim ibu membesar
    lebih dari usia kandungan, risiko kelahiran pramatang tinggi
2) Risiko bayi lemas - ini boleh terjadi bila mana keadaan gula
    ibu …

Pulmonary Embolism: Pembunuh senyap wanita-DR Mardiana Kipli

Image
Pulmonary Embolism’: Pembunuh Senyap Wanita  Credit to  • 
Penyakit pulmonary embolism (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru) merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian ibu mengandung dan ketika tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin. Kejadian ini jarang berlaku namun, ianya boleh menyebabkan kematian mangsa secara mengejut.


Kebanyakkan kes, hanya dapat disahkan oleh pihak forensik ketika autopsi post-mortem. Ia merupakan salah satu punca utama yang menyumbang kepada statistik maternal mortality (kematian ibu mengandung dan semasa berpantang) selain daripada kejadian tumpah darah selepas bersalin dan penyakit darah tinggi. Oleh yang demikian, mengenali tanda-tanda awal gejala ini sangat penting sebagai langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih parah dan berakhir dengan kematian.


Darah wanita sewaktu mengandung adalah lebih pekat daripada biasa. Selain itu, bayi yang membesar dalam kandungan akan menghimpit saluran darah utam…