Sunday, 30 July 2017

CEGAH MEROYAN DGN OMEGA 3


 CEGAH POST PARTUM DEPRESSION DENGAN OMEGA-3 ]

Kepentingan omega-3 untuk ibu- ibu hamil memang diketahui umum dan ramai yang ambil supplement omega-3 sepanjang kehamilan.

Namun begitu, tidak ramai yang tahu kepentingan omega-3 ini untuk mencegah post- partum depression ataupun meroyan.

Sepanjang trimester ketiga, majoriti keperluan DHA bayi diambil daripada tubuh ibu untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Ketika ini ibu sudahpun akan mengalami kekurangan DHA.

Kemudian selepas bersalin, ibu akan terus mengalami kekurangan DHA kerana ianya perlu dibekalkan kepada susu ibu pula untuk keperluan bayi.

Asid lemak omega-3 penting bagi menghasilkan hormon serotonin yang cukup dalam otak ibu. Tanpa serotonin yang cukup, mood ibu akan mudah terganggu dan sering berasa sedih atau dilanda "baby blues" selepas bersalin.

Untuk membantu ibu- ibu mendapat cukup DHA selepas bersalin, mereka dianjurkan terus mengambil supplement omega-3 sehingga bayi berusia 2 tahun, terutamanya jika mereka menyusukan bayi.

Sumber : http://www.webmd.com/baby/news/20110412/omega-3s-may-cut-risk-of-postpartum-depression#2

No comments:

Post a Comment

10 TIPS TINGKATKAN HORMON DHEA UTK AWET MUDA

  10 TIPS TINGKATKAN HORMON DHEA . Fahaman umum. Makin meningkat umur makin menurun hormon. Antaranya ialah hormon DHEA. . Betul hormon DHEA...