Bila ikhlas di hati, keajaiban pasti menanti. Bila cinta di hati, kebahagiaan pasti akan ditemui. Bila syukur di di hati, ketenangan pasti akan mendekati...
Thursday, 14 September 2017
AMNIOTIC BAND SYNDROME (ABS).
[ JARI BAYI DIPOTONG SEMASA DALAM KANDUNGAN IBU. KESIANNYA ]
" Masa saya awal mengandung sampai la nak bersalin memang takde apa-apa masalah. Pergi 'scan' pun doctor takde cakap apa-apa pun. Semua normal.
Tapi saya takde la nak buat 'scan' 3D. Rasa mahal kot dan tak perlu. Ok, bila saya bersalin dan 'nurse' tunjuk anak kat saya, saya cek semua tapi bila tengok keadaan tangan kanan anak, saya terkedu. Jari kanannya TIADA.
Masa tu terfikir kenapa anak aku jadi macam tu? Dari seronok sebab baru dapat baby terus mood saya 'down'. Mujur tak meroyan je masa tu....." Puan Norliyana Ali.
.
.
Situasi bayi Puan Norliyana Ali ini kita gelarkan sebagai AMNIOTIC BAND SYNDROME (ABS).
Antara puncanya ialah air ketuban yg sedikit semasa hamil. Jadi hati hati ya.
1 daripada 15 ribu bayi di dunia menghidap amniotic band syndrome, kesan daripada karung ketuban yg tercarik dan melilit di bahagian badan bayi.
Belitan ini menyebabkan bahagian badan tersebut tidak dapat membesar seperti bayi normal.
Kesannya jari-jari tangan bayi tidak terbentuk sempurna, jari kaki pula boleh putus dan kudung hingga ke kawasan betis.
Jadi, pastikan semasa hamil, air ketuban betul betul cukup dan optimum. Sangat penting.
Air ketuban ni satu cecair yang dikenali sebagai cecair amnion.
Selepas 20 minggu kandungan, air ketuban dihasilkan dari air kencing bayi, kerana pada tempoh ini bayi dah pandai menelan air ketuban dan mengeluarkannya balik sebagai air kencing, ini penting untuk mengekalkan jumlah isipadu air ketuban dalam lebih kurang 500 ml.
.
Lapisan ketuban yang lemah, kurang nutrien menyebabkan ia mudah rapuh dan terkoyak. Bila lapisan dalamnya terkoyak, ia akan terapung apung di dalam air ketuban dan membelit bahagian badan bayi.
Jaga kesihatan semasa hamil dan pilihlah makanan berzat. Ia membantu uri dan karung ketuban mendapat nutrisi yang cukup.
Antenatal care sangat penting. Doktor akan perhatikan perkembangan bayi pada peringkat ini. Lebih kurang kes kecemasan, bayi amniotic band syndrome nyawanya berisiko tinggi dan doktor akan memantau ibu dan bayi untuk dirawat.
Semoga membantu. Mohon sentiasa follow up doctor jika jumlah air ketuban anda kurang dari jumlah normal.
.
.
#DrSaiMunger
#ShareAndSpread
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
IBU TUNGGAL BANGKIT UBAH HIDUP , KINI MILIKI INCOME PULUHAN RIBU
DUNIA TERASA GELAP SEKETIKA BILA ALLAH MENJEMPUT SUAMI KE PANGKUAN YANG MAHA ESA 🥺 Kalau ada orang bagi saya alasan kata, Saya bukan ada mo...


-
Alkisahnya ada salah seorang customer saya bertanyakan saya menu untuk ibu mengandung yang ada GDM atau Gestational Diabetis Mellitus ...
-
Hari ni ternampak ada gambar baby yang tali pusatnya berulat.Seram....jujurnya saya sendiri ...bab cuci tali pusat baby ni yang paling r...
-
Teringat lagi masa kenangan pengalaman pertama jadi ibu dulu , tiap pagi dan menjelang senja ..mesti mak ingatkan saya supaya tuam ...

No comments:
Post a comment