Bila ikhlas di hati, keajaiban pasti menanti. Bila cinta di hati, kebahagiaan pasti akan ditemui. Bila syukur di di hati, ketenangan pasti akan mendekati...
Sunday, 10 September 2017
KATE MIDDLETON PUN 'MABUK TERUK' MENGANDUNG ANAK KETIGA. KALAU ANDA MACAM TU JUGA, INI FAKTA YANG MESTI DIKETAHUI!
Berita gembira kehamilan isteri Putera William, Kate Middleton secara rasmi diumumkan oleh pihak istana Kensington Palace. Seperti kehamilan pertama dan keduanya, Kate turut mengalami morning sickness teruk untuk kehamilan ketiganya.
Menurut kenyataan rasmi pihak istana, banyak acara yang perlu dihadiri oleh Kate dibatalkan kerana keadaan dirinya yang tidak sihat. Morning sickness yang dialami oleh Kate bukan mual atau muntah biasa-biasa tetapi ia dikenali sebagai hiperemesis gravidarum (HG).
Kalau anda pun jenis yang mengandung dan mengalami alahan luar biasa teruk, itu mungkin petanda hiperemesis gravidarum. Jadi, encik suami tolong fahami fakta ini dengan betul sebab isteri anda bukan sengaja mengada-ngada dan jangan bezakan dengan wanita hamil lain!
1.Hiperemesis gravidarum berbeza daripada morning sickness biasa
Ibu hamil yang mengalaminya boleh muntah sampai 10 kali sehari, hilang selera makan dan minum. Bahkan dalam kes yang lagi teruk, boleh muntah hingga 50 kali sehari. Ini akan menyebabkan penurunan berat badan, dehidrasi, tekanan darah rendah dan ketosis akibat kekurangan glukosa. Ada kes ibu hamil melalui simptom hiperemesis gravidarum berlarutan sehingga bayi lahir!
2.Hiperemesis gravidarum boleh bahayakan janin
Ada orang cakap, jangan diikutkan sangat rasa loya dan mual. Kalau dilayan memang boleh menjadi-jadi. Tapi tahukah anda yang mungkin menganggap masalah ini remeh, kalau tidak dirawat ia boleh membahayakan janin dalam kandungan dan membuatkan ibu hamil tidak selesa sepanjang mengandung.
3.Punca hiperemesis gravidarum masih belum pasti
Walaupun sampai sekarang penyebab sesetengah ibu hamil mengalami hiperemesis gravidarum masih belum diketahui tetapi dikatakan peningkatan atau perubahan hormon glikoprotein atau human chorionic gonadotropin (hCG) dan hormon progesteron dalam darah serta stres menjadi penyebabnya.
4.Hiperemesis gravidarum menyebabkan ibu hamil serba tak kena
Akibat makan tak lalu, minum pun termuntah, ibu hamil mungkin boleh kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh badan selain dehidrasi teruk, kepala pusing, tekanan darah rendah, pengsan, letih, lesu, tidak bermaya dan boleh mengakibatkan bayi tidak berkembang dengan sihat.
5.Risiko tinggi untuk mengalami hiperemesis gravidarum bila mengandung lagi
Kalau anda ada ahli keluarga yang bila mengandung akan mengalami alahan teruk seperti hiperemesis gravidarum maka anda pun berpotensi mengalaminya.
Tetapi menurut Parents.com hanya 50% ibu hamil yang didiagnosis hiperemesis gravidarum akan mengalaminya lagi pada kehamilan berikutnya.
Jadi, kalau ada ibu mengandung yang sedang melalui fasa ini, bertabahlah ya! Harapnya para suami lebih memahami dan banyak membantu isteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CUKUPLAH VITAMIN D DARI CAHAYA MATAHARI JE ..
Ahaa.. once upon a time. Maklin pun ingat camni , halah takyah la sibuk2 nak kesah vitamin D cukup ke dak dalam badan kita ni. Kan hari2 tia...

-
Alkisahnya ada salah seorang customer saya bertanyakan saya menu untuk ibu mengandung yang ada GDM atau Gestational Diabetis Mellitus ...
-
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi ai...
-
Hari ni ternampak ada gambar baby yang tali pusatnya berulat.Seram....jujurnya saya sendiri ...bab cuci tali pusat baby ni yang paling r...
No comments:
Post a Comment