Posts

Showing posts from January, 2018
9 CABARAN SURI RUMAH SEPENUH MASA YANG ADA RAMAI ANAK KECIL
.
.
1) Kewangan
.
Suri rumah adalah satu pekerjaan yang tiada gaji. Namun, ada suri rumah yang mempunyai komitmen hutang seperti ptptn.
.
Bila berhutang, pastinya wajib untuk dilangsaikan. Tapi, sebagai seorang suri rumah yang tidak bergaji, mana nak cekau duit untuk bayar hutang?
.
Itulah sebabnya ramai suri rumah yang berusaha buat kerja part time dari rumah untuk dapatkan pendapatan.
.
.
2) Pengurusan Masa
.
Bila suri rumah bekerja secara part time, ini bermakna komitmen mereka semakin bertambah.
.
Mereka terpaksa bekerja, dalam masa yang sama menguruskan hal ehwal rumah tangga.
.
Bagi yang berniaga online, pelanggan mesej tak kira waktu. Bukannya ada 'office hour' 8am-5pm untuk respon mesej dari pelanggan.
.
Ditambah pula dengan kerja rumah yang sememangnya tidak pernah habis. Kemas rumah, mendobi, memasak, jaga anak-anak. Fuhhh. Banyak to-do list setiap hari.
.
Kerja suri rumah banyak dipengaruhi oleh mood anak-…
Image
VIVIX PASARAN MALAYSIA HARAM ???




Vivix yang kami makan, kami jual di Malaysia adalah yang botol merah dalam gambar. Kami juga orang Islam yang sentitif isu halal.




Nauzubilah meneguk minuman haram mahupun syubahah.

Jom tengok video pendek itu untuk lihat sendiri kandungan atau bahan yang ada dalam Vivix. ( credit to Master Farah Wahida)



Kandungan utama Vivix Malaysia adalah MUSCADINE GRAPE atau nama saintific Vitis Rotundifolia.



Manakala Vivix yang dipasarkan di USA mengandungi RED WINE.




Kalau anda belum tahu, RED WINE adalah satu dari beribu nama spesis anggur. Nama saintific Vitis Vinifera.





Kalau kita petik anggur ni makan, halal. Macam buah anggur yang kita beli kat supermarket. Shaklee USA extract dari buah anggur yang bernama RED WINE bukan dari RED WINE “Arak Merah”.




Pernah dengar penerangan ustaz petugas JAKIM. Demi nak keluarkan kelulusan halal, JAKIM akan pastikan semua pembekal pembekal bahan mentah, pemprosesan dan persekitaran kilang pembuatan mematuhi justifikasi halal.

Se…
Image
Kalau ada biji-biji merah baru tumbuh, gerammm je rasa nak picit. Risau bernanah tu kawan kerja atau pasangan geli tengok. Macam-macam dah buat, duit dah berabis tapi result so-so je πŸ˜‘

Bila dah faham pasal jerawat, insha Allah kita tahu kenapa ia datang dan bagaimana cara atasinya cepat-cepat supaya tak berparut  dan FLAWLESS😊
.
Saya kongsikan kaedah saya ya..
.

Jerawat merupakan benjolan yang terhasil apabila liang roma tersumbat dengan sebum berlebihan dan dikaitkan dengan perubahan hormon.

KOMPONEN JERAWAT
------------------------------------

1) MINYAK MUKA (SEBUM)

Berlebihan sebum dikaitkan dengan:
- Peningkatan hormon androgen (kelakian)
- Kekurangan hormon estrogen (kewanitaan).
- Peningkatan hormon kortisol
(Hormon stress @ steroid)

Sebum muka terdiri daripada:
- Triglyceride (40-60%)
- Ceride (19-26%)
- Squalene ( 11-15%)

2) STRES (OKSIDATIF)
- "Stres dalaman" ini menyebabkan "pengaratan" lemak terutamanya SQUALENE yang tidak stabil.

Lemak "berkarat…
10 TABIAT YANG MEROSAKKAN OTAK

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil m…
Image
Lepas habis menunaikan janji bagi Maryam dan Hanoonah main dalam Molly Fantasy kira-kira selama 2 jam petang tadi, kami pun turun dari tingkat 2 ke Ground Floor. Masuk ke bahagian pasaraya sekejap, nak beli pampers Hanoonah dan biskut buat kudap-kudapan dalam kereta.

Tangan kiri saya dukung Hanoonah dengan berat sekitar 10kg, beg laptop digalas di belakang, bahu kiri menggalas handbag, tangan kanan menggalas lagi kampit pampers yang besar tu.

Penuh tangan! Dan lenguh!

Jadi selepas buat bayaran di kaunter, saya minta Maryam tolong bawakan lagi satu plastik yang berisi 4 kampit biskut saiz sederhana dan besar, anggaran berat sekitar 2 kg.

Daripada di kaunter bayaran lagi, Maryam dah tanya-tanya saya, mana biskut dia. Dia ada pilih 1 biskut dari 4 jenis biskut tadi. Jadi selepas bayar, saya bagi semua plastik biskut tu untuk Maryam pikul.

Mula-mula, dia okay. Selang sepuluh ke 20 tapak kami tinggalkan cashier, dia mula bersuara sambil mengeluh.

"Ibu... Berat ni. Kakak penatlah angk…
Image
“Jangan nangis! Belajar agama takleh nangis!”



Sengaja akak mengeraskan suara. Bukan niat akak. Tapi itu saja yang mampu akak luahkan ketika itu.

Dia anak sulong.

Dia abang kepada 4 orang adik dan bakal menjaga 5 adik selepas ini.

Dia lelaki!

(Dia bakal suami!)

(Dia bakal ayah!)

(Dia bakal imam dan ketua keluarga!)

...

Akak hanya peluk sekejap. Cium sekejap. Akak terus lepaskan. Malah ketika dia menangis teresak-esak, akak biarkan saja dia melayan perasaannya sambil mulut akak masih mengomel.

“Abang belajar agama tak boleh menangis. Abang kena kuat! Dah jangan nangis!”

Air mata akak mengalir. Akak cuba tahan. Tapi masih juga mengalir.

Suami akak juga kalah. Air mata seorang ayah untuk anak lelaki sulongnya akhirnya jatuh juga.

Tapi sebenarnya jauh di sudut hati, akak tahu Aiman terasa. Sudah banyak kali dia berkecil hati dengan cara akak.

(Maafkan mama. Itu tugas mama.)

Kalau boleh, Akak tak mahu lepaskan dia seorang diri. Mahu sentiasa berada di sisi dia. Mahu lihat setiap pergerakann…
Image
KEBERKESANAN PENYERAPAN PRODUK SHAKLEE DALAM BADAN
Kenapa dikatakan produk Shaklee ini unik?? Di sini saya nak kongsikan keunikan produk Shaklee. Seperti yang biasa kita dengar setiap vitamin Shaklee dicipta dengan sokongan ujian klinikal yang bukan sedikit..tetapi beratus ujian supaya ia sentiasa berkesan. Salah satu ujian tersebut adalah ujian pemecahan supaya vitamin dilepaskan di tempat yang sepatutnya mengikut fitrah.

Selain dari menjalani ujian kualiti dan diperbuat dari bahan-bahan terpilih, cara vitamin-vitamin Shaklee bertindak juga berbeza. Sebelum itu jom kita lihat bagaimana nutrien dari makanan kita diserap oleh sistem penghadaman kita:
Secara umumnya, kebanyakan nutrien makanan kita diserap di usus kecil. Proses pencernaan makanan bermula dari dalam mulut lagi, oleh air liur. Kemudian esofagus menghantar makanan yang kita kunyah, atau vitamin yang kita telan ke dalam perut. Asid hidroklorik dalam perut adalah sangat penting, bukan saja untuk pencernaan, malah ketidaksei…
Image
Vita-Lea® for Children Multivitamin Kanak-kanak yang Enak Kod Produk: 11005 (60 tablet) Serlahkan potensi si manja anda
Apapun si manja lakukan, yakinlah bahawa Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh si manja anda untuk membesar.
Si manja anda yang sedang membesar memerlukan vitamin dan mineral yang mencukupi untuk kesihatan dan tumbesaran optimum mereka tetapi kebanyakan kanak-kanak sangat memilih makanan. Usah risau, Vita-Lea® for Children dicipta khas dengan mikronutrien berspektrum luas untuk memenuhi keperluan nutrisi si manja anda.* Keistimewaan Shaklee Vita-Lea® for Children dihasilkan dengan rangkaian 18 vitamin dan mineral yang komprehensif. Setiap hidangan menyediakan 100% Nilai Harian kesemua lapan vitamin B, serta vitamin C, D dan E, yang memainkan peranan penting untuk menyokong tubuh yang sihat. Tanpa tambahan pengawet, pemanis atau perasa tiruan, dan ia dimaniskan secara semula jadi menggunakan xylitol yang tidak menggalakkan kerosakan gigi. Bebas gluten d…
Image
Mak-Mak Moden sekalian,

Memandangkan Bisnes Online dah jadi fenomena sekarang ni, saya nak share 7 Tips Urus Masa Untuk Surirumah Bisnes Online.

1. Plan Awal Sebelum Tido

Bukan orang yang keje makan gaji je kena ada Diari tawww. Kita Surirumah Profesional ni pun kena ada Diari. Plan sesiap sebelum tido apa nak buat esoknya. Kalau tak sempat catit kat Diari pun, tampal je nota kat peti ais.

Biasanya orang yang plan kerja sebelum tido, esoknya dia akan automatik bangun awal. Takde alarm clock pun takkan terbabas punyalah. Sebab masa dia tido tu, otak dia dah set sesiap nak bangun pukul berapa, nak buat apa semua.

Apa benda yang nak di plan tu?

➨ Masa nak post status menjual kat mana-mana media sosial buat dalam 8-9 pagi. Time tu otak fresh lagi, nak post pun banyak idea.

➨ Masa untuk follow up customer paling bagus 10 pagi hingga 12 tengahari. Untung-untung lunch hour nanti diorang singgah bank in.

➨ Sebelum ambik anak balik sekolah, make sure Poslaju dulu barang yang customer order. K…

TAWAN HATI ANAK DGN KETAWA ?

Image
Antara perkara yang saya cukup titik beratkan dalam membesarkan Maryam dan Hanoonah adalah -  bukan setakat menjaga perut dan kebersihan mereka saja, tapi juga saya perlu MENJAGA 'KETAWA' mereka. 

Ketawa ni sebenarnya salah satu kemahiran komunikasi terawal yang anak kita gunakan untuk bonding dengan kita. ALLAH beri kemahiran senyum dan ketawa sebagai kemahiran terawal pada anak-anak ada sebabnya. Bukan saja-saja.

KETAWA ini salah satu kepentingannya, adalah sebagai indikator untuk kita ukur KESIHATAN emosi anak kecil kita.

Selalunya, kalau Maryam tunjuk tantrum, mula 'buat perangai', jadi sensitif tanpa sebab dan lebih banyak being cranky daripada being happy, apa yang akan saya buat ialah, MERANGSANG DIA UNTUK KETAWA. Sah, dia kurang ketawa DENGAN SAYA. Sebab tu dia cranky.

Salah satu petanda anak kita ini sihat dari sudut emosiya, ialah dia BANYAK KETAWA.

Tapi, ketawa yang bukan jenis ketawa jahat dendam tu. Bukan ketawa yang menyakitkan hati orang atau ketawa yan…

Redakan Stress dengan Vitamin C ?

Image
VITAMIN C KURANGKAN HORMON STRESS

Assalamualaikum hai semua !

Biasanya beautician ke dr akan advice amek Vitamin C untuk dapatka kulit yang cantik dan cerah kan.

Nak tau tak selain dari untuk kecantikan kulit , vitamin C juga sangat bagus untuk redakan  stress?

Apabila seseorang berhadapan dengan punca stress, tubuh akan mengeluarkan hormon stress yang terhasil untuk menstabilkan tekanan darah, fungsi imun dan sebagai anti-radang.


 Mengekalkan diet yang sihat adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk melawan stress. Stress boleh memberi kesan kepada kesihatan. 


Stress menyebabkan perembesan hormone cortisol apabila kelenjar pituitari di otak merangsang kalenjar adrenal di ginjal untuk perembesannya. 

Semakin tinggi tekanan yang dialami individu itu, semakin banyak hormone cortisol yang dirembeskan. Semakin lama individu mengalami stress, vitamin antioksidan didalam badan akan semakin berkurang.


Vitamin C dan kawalan hormon stress Cortisol adalah hormon steroid, juga dikenali sebagai g…
Image
Hujung tahun
lepas dia excident di highway nak ke sungai petani.

Mashaallah tekejut  tengok muka dia. Sampai doc hospital pantai nak bagi injection vit c utk cepat pulihkan luka di muka dia.

70% muka Takdir Irwani di jahit. Muka kembang setalam. Subhanallah 😭😭😭

Dia cerita semalam masa admit di hospital takpe la doc inject vit c melalui drip dekat tangan. Tapi bila doc dah bagi balik rumah, dia kena follow up mai inject dekat muka kot.

Apa lagi dia kol branch bercakap dengan pakar nutrisi shaklee, pakar cakap boleh telan vit c MEGADOSE!!!

Sehari 18biji (6biji pagi, 6biji petang, 6 biji malam)
Dia minum ESP 2 sudu besar 3x sehari.
Kesan boleh hampa tengok dekat gambar selfie dia amik sendiri πŸ˜…

Sakit2 pon duk selfie. Bukan apa, sebab ramai orang kat luar sana takot sangat nak amik vit c shaklee lebih dari sebiji. Takut dapat penyakit buah pinggang ler, batu karang ler. 🀦‍♀️

Tapi xpe, sekarang dah ada REAL TESTIMONI pasal pengambilan Vita C sustaine Release Shaklee dengan MEGADOSE ❤…
Image
Satu kisah yang diceritakan oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Khairul Hakimin Muhammad menjadi viral di media sosial dengan perkongsian sebanyak 29,000 dalam masa sehari sahaja.

Secara ringkasnya, perkongsian itu menceritakan bagaimana dia berjumpa dengan seorang mak cik yang menceritakan kisah anak perempuannya, 15 tahun, menggantung diri hanya kerana satu kata-kata dari bapanya yang mengguris jiwa.

Ikuti kisah dari Khairul Hakimin Muhammad. Semoga dijadikan iktibar.

Sudah makan bulan saya mengelak untuk berjumpa Puan yang seorang ini. Demi Tuhan, saya tak selesa dihubungi berkali-kali, tetapi beliau tetap mahu berjumpa. Katanya dapat minum 10-20 minit pun jadilah. Entahlah apa yang jadi pada saya, akhirnya saya bersetuju.

Kami bersembang di kedai makan sekitar studio saya. Duduk berdepan, beliau hanya banyak tunduk dan dapat lihat betapa susahnya beliau mahu memulakan perkataan yang datang dari mulutnya. Saya juga tidak selesa.

“Akak nak sangat kamu cerita kat se…