Posts

Showing posts from March, 2018

ShakleeBaby | Shaklee Baby, Set Penjagaan Bayi Terbaik Bebas Bahan Kimia Berbahaya

Image
Pening nak buat pilihan cari mandian bayi yang bebas bahan kimia bahaya dan bagus untuk kulit baby?  Fazlina faham sangat perasaan anda, sebagai ibu sudah pasti kita berusaha nak berikan yang terbaik untuk anak kan?  Tidak semua set mandian yang terdapat di pasaran sesuai dengan kulit baby yang sensitif. Hal ini kerana, banyak produk mandian mengandungi paraben, pewangi, pewarna tiruan dan mengandungi bahan bahan kimia yang tidak sesuai dengan kulit. Namun, anda tidak perlu risau untuk memilih Shaklee Baby. Ia selamat digunakan oleh bayi dan juga dewasa kerana ia diformulasi tanpa : ParabenPhthalates1, 4-dioxanBisphenol-A (BPA)Natrium Lauril Sulfat (SLS)FormaldehidWarna dan wangian tiruan.Kenali Set Mandian Kulit Sensitif Dan Selamat : Shaklee Baby Shaklee Baby terdiri daripada 3 produk iaitu:


#1. Gentle Wash (Sabun Mandian) Sabun mandian Shaklee Baby mengandungi Chamomile, Lavender dan Aloevera organik. Mandian lembut ini mententeramkan, menenangkan dan melegakan kulit. Ia tidak akan m…

6 Cara Mengatasi Sembelit Bayi Dengan Cepat. Berkesan!

Image
Bila baby sembelit , ibu lah yang paling risau kan. Hari ni Fazlina nak share bagaimana nak atasi masalah sembelit anak dengan cara yang lebih berkesan.  Sebenarnya, sembelit bukanlah penyakit. Menurut laman web kesihatan WebMD, ia tidak didiagnosis berdasarkan bilangan hari anak kita tidak membuang air besar.  Walaubagaimanapun, kita sebagai ibu bapa perlu tahu cara mengatasi sembelit bayi untuk memastikan sistem pencernaan anak kita berfungsi dengan betul. Semakin anak-anak kita membesar, keperluan nutrien mereka juga berubah untuk tumbesaran yang sihat. Tubuh mereka sedang cuba untuk menyesuaikan diri  dengan pemakanan yang diberikan. Sehingga ke satu tahap, mereka mungkin akan mengalami sembelit. 6 CARA MENGATASI SEMBELIT BAYI SECARA SEMULAJADI Berikut adalah cara mengatasi sembelit bayi yang boleh anda lakukan di rumah.

1. BERI BUAH-BUAHAN BERSERAT Bagi bayi berusia 6 bulan ke atas dan menyusu susu formula,  boleh berikan mereka makanan separuh pepejal  yang kaya dengan serat se…

7 KHASIAT BAWANG PUTIH UNTUK IBU HAMIL

Image
Bawang putih sentiasa menjadi pilihan untuk menyerlahkan rasa dalam masakannya kerana rasanya yang kuat dan agak tajam. Selain untuk masakan, bawang putih juga digunakan sebagai ubat dalam petua seperti rawatan untuk selsema, sakit gigi dan sakit kulit kerana khasiat yang terkandung antaranya antioksida dan anti-radang. Sebenarnya, ada banyak juga khasiat bawang putih untuk ibu hamil yang khusus. Banyak kajian yang telah dilakukan mendapati ianya mampu memberi kesan positif kepada diri dan bayi dalam kandungan.


7 KHASIAT BAWANG PUTIH UNTUK IBU HAMIL Berikut adalah antara kebaikan bawang putih untuk ibu hamil. 1. MENGURANGKAN KEGUGURAN RAMBUT Perubahan hormon dalam badan membuatkan rambut mudah gugur pada waktu mengandung dan selepas bersalin. Kebiasaannya 90% rambut pada kepala sentiasa memanjang manakala 10% dalam keadaan rehat. Perubahan hormon menyebabkan rambut lebih cenderung untuk berada dalam keadaan rehat dan tidak sekuat dahulu.
Komponen selenium dan sulfur dalam bawang puti…

''Baru Hari Ke-9 Pantang, Jahitan Bersalin Terbuka Semula'' Jururawat Kongsi 9 Tips Untuk Elakkan Kes Seperti Ini Berulang

Image
Antara perkara yang menyeramkan bagi ibu dalam pantang ialah bila JAHITAN BERSALIN TERBUKA

Bila luka jahitan tidak dijaga dengan betul, jahitan boleh terbuka.Luka boleh di jangkiti kuman dan bernanah tau. Situasi ni la yang boleh menambah stress pada si ibu. Aduhai  dahla badan letih terpaksa  berjaga malam, tempat jahitan bengkak pula akibat infection jahitan terbuka

Entri kali ni Fazlina nak share perkongsian seorang Jururawat bidan terlatih kerajaan Puan Noor Shafinah Mamat menceritakan pengalaman berdepan dengan pesakit yang mengalami masalah sebegini.

LUKA JAHITAN BERSALIN
.
Disebabkan jahitan pt saya terbuka pada hari ke 9 berpantang, saya rasa baik saya share benda yg patut ibu2 jaga untuk make sure jahitan betul2 sembuh pada waktunya, harap2 tak jadi mcm pt saya ni, ada gap pada benang tu. Tak kena jahit balik tapi seram la, dah xlawa cik bunga kita 🤭
.



1. Cuci luka - sila lah baring. Lepas settle mandi/buang air, lap kering2 pakai tisu gulung/tuala, lepastu ambik masa barin…

Dua perkara dambaan anak remaja

Image
2 perkara yang paling didambakan oleh remaja setelah akil baligh adalah : SAHABAT dan CINTA.

Jika kedua perkara ini tidak diperolehi oleh anak-anak dari ibu bapa, maka sedikit demi sedikit mereka akan menjauhkan diri dari kita.

Inilah yang dikongsikan oleh remaja ketika aku berprogram bersama mereka. Budak-budak ni mahu sangat mak dan ayahnya menjadi sahabat yang terbaik. Boleh berkongsi, bersembang, meluah perasaan, bergurau senda, makan sama-sama dan lain-lain. Ya lah, dah namanya pun sahabat kan.

Tentang cinta pula. Kau rasa kalau seorang anak tak rasa dicintai dan disayangi, kemana mereka akan salurkan perasaan itu? Sudah tentu kepada pasangannya.

Kau tahu Tuan Puan, bila aku pasang sahaja video pengorbanan seorang ayah kepada anaknya, budak perempuan ramai yang mengalirkan air mata.

Bila aku tanya kenapa, mereka jawab bapak kami tak pernah buat begitu pada kami. Cakap kasar, tak pernah puji mereka cantik atau comel, tak pernah nak peluk anak, cium pipi, dahi apatah lagi.

Maka, a…

TIPS BERPUASA UTK IBU DALAM PENYUSUAN

Image
TIPS BERPUASA SAMBIL MENYUSUKAN ANAK


Puasa sambil menyusukan baby bukan mudah.Pengalaman Fazlina sendiri berpuasa dalam keadaan memgandung walaupun hyprem gravida lebih bertahan berbanding puasa sambil menyusukan anak.Huh -!
Mana tidak nya , bila menyusukan anak kita kita akan cepat rasa lapar dan haus.Hampir je Fazlina berbuka tau sebab dah tak tahan haus.
Ibu menyusu boleh berpuasa semasa Ramadhan, tetapi pastikan diri sihat dan bayi mendapatkan bekalan susu yang mencukupi. Walaubagaimanapun, untuk ibu-ibu yang menyusukan anak secara eksklusif, mereka perlu peka kepada tanda-tanda di bawah kerana mereka mungkin boleh dehidrasi: berat badan menurun > 1kg seminggurasa sangat dahagaair kencing yang berbau atau berwarna gelaprasa pitam atau pening atau mengantuk walaupun anda telah tidursering sakit kepalaJika ibu menyusu mengalami tanda-tanda ini, kemungkinan besar ibu itu perlu berhenti berpuasa. 
TIPS MINUM AIR YANG SECUKUPNYA 3L Kebanyakan ibu menyusu berasa letih dan lesu ketika berpu…
Image
Sebenarnya makin kerap kita herdik dan tengking  anak hanya akan menyebabkan bahagian otak reptilianya semakin aktif. Kesannya si kecil menjadi semakin ganas dan sukar dikawal.

“Eh, habis tu tak boleh marahkan anak ke? Kalau anak buat salah biarkan saja ke?”

Bukan tak boleh tegur kesalahan anak tapi kena ada caranya apatah lagi kalau anak anda masih di bawah usia 6 tahun. Nabi s.a.w pun ajar kita didik anak bawah umur 6 tahun dengan cara menegur lembut dan membetulkan kesalahan mereka. Bukannya herdik dan pukul!

Selain otak reptilia anak jadi aktif, otak reptilia kita pun sendiri jadi tak terkawal dan semakin mengganas bila kita asyik marahkan anak sahaja.

Ikutiti penjelasan Dr. Taufiq Razif tentang hal ini.

Bila kita marah pada anak, sebenarnya kita sedang membiarkan diri kita dikawal oleh otak reptilia (reptile brain) kita.

Ramai berpendapat, kalau tengah marah cara terbaik untuk melegakan kemarahan adalah dengan melepaskannya! Ikut kajian, teknik ni salah sebenarnya. Malah bila ki…