Posts

Showing posts from April, 2018

nota untuk mama

Image
Nota hati dari anak berusia 2-3-4-5 tahun untuk mama :)

Mama...Saya ada keperluan yang sangat tinggi untuk connect dengan mama - mama pandanglah saya, dengari saya, bersembang dengan saya, temankan saya bermain, jangan tinggalkan saya dengan toys.

Kalau mama beri perhatian pada saya sepenuh hati, saya mampu merasainya, jiwa saya terisi terhibur dan insyaAllah saya takkan selalu mengamuk dan akan jadi anak yang happy.

Kalau mama nak saya berdisplin, mama kena berdisplin dulu dan konsisten dengan gaya hidup mama. Mama tak boleh jadual hidup sesuka hati, saya akan serabut nak ikut agenda mama.

Bagi tahu saya in advance plan harian, jangan tiba tiba suruh saya berhenti bermain/tengok tv. Jangan suruh saya cepat mandi, cepat makan, cepat segala-galanya sebab minda dan tubuh saya lambat bekerja berbanding mama orang dewasa.

Mama tak boleh paksa saya share fevret things/toys saya dengan orang lain. Mama sendiri pun ada benda benda mama hargai contohnya smartphone mama, tak share dengan oran…

SUNTIKAN SELEPAS BERSALIN CEASER

Image
SUNTIKAN SELEPAS BERSALIN CEASER

Pengalaman dulu,tak ada lagi suntik-suntik ni. Seram😣😣

Kene suntik sendiri pulak tu, tapi boleh mintak bantuan nurse kalau tak berani.. tapi kene ulang alik ke hospital la..

Kalau nak tahu..

Selepas bersalin secara pembedahan, kita akan bagi suntikan ni untuk mengelakkan pembentukan darah beku. Darah beku ini adalah bahaya jika memasuki jantung.

 Ibu akan collapse/pengsan/koma atau terus meninggal.



Kenapa perlu suntik?

Untuk mencairkan darah/mengelakkan pembentukan darah beku yg boleh mengancam jantung dan nyawa.

 Polisi KKM sekarang, ibu-ibu yg bersalin Czer dikuatkuasakan untuk ambik suntikan ni 2x sehari selama 10 hari iaitu bersamaan dgn 20 kali cucuk. Suntikan boleh kat lengan/peha/perut.

Dulu takde. Kemudian cucuk heparin diberi selama 5 hari bersamaan 10 kali suntikan. Kemudian di up kan lagi menjadi 7 hari. Bersamaan 14 kali suntikan.


Pembentukan darah beku lepas Czer ni adalah kemungkinan dari air ketuban yg melepasi kawasan lain/salur dara…

PADAH JERING-Lelaki ini hampir hampir kehilangan buah pinggangnya

Image
BAHAYA JERING  : Berhati-hati kepada Pengemar Jering sebagai ulam-ulaman.

Kes ini berlaku ketika saya baru melaporkan diri ke hospital daerah. Ketika itu saya sedang bertugas on-call di Jabatan Kecemasan. Jam menunjukkan pukul 3 pagi, apabila seorang lelaki disorong masuk menggunakan kerusi roda.

"Aduh...doktor, tolong..sakitnya.." rintih pemuda tersebut sambil memegang perutnya.

Apabila diangkat ke stretcher, beliau baring dalam keadaan mengerekot. Beliau dalam kesakitan yang sangat.

Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat segera mendapatkan lelaki berkenaan, memasang jarum branulla di tangannya. Manakala saya, segera bertanyakan apa yang terjadi.

"Senak perut, doktor. Tiba-tiba sahaja sejak pukul 12 malam tadi. Rasa nak kencing, tapi tak boleh kencing!"

Sebaik sahaja lelaki tersebut bercakap, saya segera mengesyaki sesuati. Bau yang terbit dari mulutnya, adalah sejenis bau yang cukup hancing dan tajam.

Saya segera memulakan pemeriksaan. Apabila saya memeriksa b…