Posts

Showing posts from December, 2018

Murah tak semestinya tak bagus , yeke ?

Image
Ni la mindset Cik Lin satu masa dulu , especially bab penjagaan kulit muka.Zaman dulu sabun susu kambing ketul camtu RM5.00 je.Bila basuh muka ,rasa pedih and cekang.Tapi dah tu je yang ada pakai je la. Tak pernah nak amek amek tau pun bahan aktif dalam tu ,asalkan halal sudahh.
Kalau cakap sure orang tak caya ,kawan kawan terdekat je yang tau.Dulu sebelum kawin , kulit muka Cik Lin terok sangat ,berjerawat sana sini pakej ngan merelit relit baq hang.
Bila dah kerja , adik advice tukar skincare.Okla , kakak dia pun bertukar lah kat sejenis skincare international yang branded nih.Maybe ngan kulit Cik Lin kut tak serasi.Muka breakout jugak.
Ok try plak local skincare yang ada kat drugstore.Sudahnya fed up , pakai sabun beras Thailand tu je. Yang tak tahan tu mata ngan kulit sure pedih bila lepas pakai.Uhuk!
Lepas kahwin ,pakai sabun muka jenis ketul.Sat sabun carrot , sat sabun beras. Kulit muka tak yah cakap lah sampai tiap kali balik kampung mak tegur.Down giler weh huu
Mula la cuba …

Cheat day di Secret Recipe

Image
Baru beberapa hari yang lepas , craving hot cappucino ngan kek carrot cheese SR. Nak ajak encik husband segan la pulak.

Tiber semalam dia ajak g dinner konon sempena anniversary kami yang ke 10 tahun.Bese Cik lin yang semangat nak celebrate ,tahun ni ni dia plak excited.Ahaks !

Lepas solat Maghrib , husband suh cik Lin and kids bersiap.Nak g Mydin kata nya beli barang dapo so aku pun just sarung jela tudung ingatkan dinner kat situ gak.Sekali dia berhenti depan Secret Recipe kat Jitra nun.Berkali gakla gosok mata ,kutla tak abes berangan lagi kan haha .Siap tanya lagi "abi , ummi ada ngigau sebut apa apa ke time tido?"Dia terpinga-pinga

Alhamdulillah , rasanya dah kali keberapa encik suami bawak g tempat makan yang isteri dia teringin walhal tak cakap pun.Ha sebab tu jangan pandang rendah dengan teknik visualize atau bayangan , feel , sebut tu pun sebahagian dari doa tau.Eh membebel plak Cik Lin ni , mehla tengok menu dinner kami malam ni



Ni la carrot cheese cake SR.
Specia…

UBAT PENGASIH MODEN TAK PERLUKAN JAMPI !

Image
Keputihan hilang,bahagian intim bersih dan bila bersama suami puji macam malam pertama - Puan Dilla
.
.


Haaa... Ni antara testimoni customer kami yang amalkan Set Vitamin Cinta atau set Raja berhari-hari ni.. Ekceli banyak lagi sebenarnya testimoni tapi terpaksa la akak tapis sebab ada unsur 18sx hehe. Apa manfaat yang bakal korang dapat dengan set ni?
 .
✔MENAIKKAN SERI WAJAH
✔MENGETAT
✔MERAPAT
✔ATASI KEKERINGAN
✔ATASI KEPUTIHAN
 ✔ATASI MASALAH DINGIN
✔BAGUS UNTUK KESUBURAN
✔ATASI BAU MULUT & BADAN .
.
Calon-calon terbaik untuk SET RAJA BERHARI-HARI?


➕ Pengantin baru
➕ Pengantin lama hik hik
➕ anak dara
➕ yang bermasalah keputihan
➕ lelaki dan wanita yang ingin jaga kesihatan dalaman. .
.
.
BONUS lain yang bakal anda dapat?
.
🌼 MANFAAT VITAMIN E
➡Mencantikan kulit dan menaikkan seri wajah
➡Kulit semakin halus, gebu dan licin
➡Mengurangkan jeragat, parut & jerawat
➡Mengandungi antioksidan yang tinggi dan bertindak untuk awet muda
➡Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
➡Mening…

Suka makan PEDAS? Korang patut cuba ni

Image
Sebenarnya hari ni plan asalnya nak bawak anak-anak beli baju ngan kasut sekolah.

Tetiba post ni melintas plak kat newsfeed Facebook. Tahniah ye Texas Chicken Malaysia sebab dah berjaya buat aku terliur nak try menu baru ni. Fuhhh!



Yang paling wat aku ngidam ni Korean spicy rice tu. Eh takleh jadi ni,terus ajak husband ke sana.


Tarraaaaaa....




Nebes tau mulanya,, risau indah khabar dari rupa.

Bila masuk mulut je .
Mak aihhhhh sedapnya!
Rasa pedas memang puas lah

Tak nyesal try
Ok lepas ni boleh datang lagi. Haha 😂

Siap suap husband soh rasa.
Pas abes merasa dua tiga sudu, dia cakap suh tapau 2 set bawak balik rumah

Ha ok paham, maknanya sedap la tu. Haha!
Orang lelaki ni bese la , nampak je macam takde perasaan.Kalau tak sedap takan suh tapau ye dak ngee


Dalam tu ada ketulan ayam goreng spicy, ada hirisan salad and tomato. Dia nya kuah tu ada rasa macam maggi samyang tu sket sket. Bagi aku sedap la.Kalau korang sejenis yang suka makan pedas, korang patut cuba menu ni. Harga semangkuk…

Bercadang nak melawat kawan baru lepas BERSALIN? Sebelum TERJAH baca artikel ini dulu

Image
Bila dengar saudara mara atau kawan kawan baru lepas bersalin pasti kita akan rasa teruja dan gembira sampai rasa tak sabar nak lawat ibu dan baby.

Seeloknya jangan la terus terjah si ibu yang baru lepas bersalin melainkan kalau si ibu tu adik beradik kita sendiri yang perlukan bantuan kita untuk uruskan diri dan baby.

Kenapa tak boleh terus terjah baby sebaik saja baby lahir. Ada beberapa perkara yang perlu di diberi perhatian.

Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka.

Nasihat saya, jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak.

Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman.

Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa kuman berbahaya.

Jadi bagi yang hendak melawa…

Kaki bengkak ketika hamil itu biasa tapi bila sebelah je yang bengkak perlu jumpa DR dengan segera!

Image
Masa pregnant ni kaki bengkak tu agak biasa. Ramai yang pernah mengalami nya.Tapi pernah tak terpikir, kenapa kaki boleh bengkak masa pregnant ni?

Masa pregnant, especially masa baby dah agak besar, rahim yang besar itu akan menekan organ-organ disekitarnya, termasuk saluran darah besar yang dipanggil vena cava. Salur darah besar ini datang dari salur darah dari kaki dan terus ke jantung. Jadi darah yang bawa oksigen ke kaki tu, akan balik ke jantung melalui vein dari kaki, lalu vena cava dan sampai ke jantung.

Bila Vena cava dihimpit oleh rahim, jadi pengaliran darah dari kaki akan jadi slow. Bila aliran darah jadi slow, tekanan dalam saluran darah tadi akan meningkat dan menyebabkan air tiris keluar dari salur darah ke tisu disekitar. Air ini lah yang menyebabkan kaki bengkak. Water retention.

Jadi nak kurangkan kaki bengkak ni, kena selalu tinggikan kaki supaya graviti membantu dalam pengaliran darah dari kaki ke jantung.

Tapi kalau satu belah je kaki yang bengkak, macam mana pulak bol…