Posts

Showing posts from February, 2019

Dah berusia pun masih sihat jelita, cuba petua ni

Image
" Makan la sket mee goreng basah kaw-kaw nih, berpeluh aku masak tau "

"Takpela Shila, minta maaf sangat . Aku on diet nih,, goreng-goreng.. Manis-manis ni kene pantang"



Kebiasaannya bila sebut nak sihat atau nak kurus apa yang datang dalam minda atau kepala mesti akan sebut perihal makan. Akan kedengaran orang sebut tengah diet sekarang ni. Tak makan benda-benda bergoreng. Tak makan benda-benda manis.

Bab makanan hanya salah satu faktor. Bukan hanya bab makanan perlu dititik beratkan. Ada 5 perkara perlu ambil tahu dan jaga.

Jaga 5 perkara ni, petua nak kekal awet muda. Petua nak grow old gracefully dan petua nak tepis penyakit moden.

1️⃣Nutrisi atau makanan seimbang.

Sebaik-baiknya kita perlu makan mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia. KKM pernah melancarkan konsep makanan sihat dengan suku suku separuh.

Suku dari sumber kabohidrat seperti nasi, roti, kentang dan ubi. Lagi suku sumber berasakan protein seperti ayam, daging, ikan, telur atau tempe.

Mana…

Tips minum air gula tak termuntah lagi..

Image
Masa mengandungkan anak yang ketiga, Fazlina berpeluang merasa minum air gula ni. Sampai 3 kali minum sebab sebelum tu muntah sebaik je minum.  Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi berkongsikan tips berguna tersebut. Selamat mencuba Seperti penulisan saya sebelum nih, panjang lebar dah saya bercerita kenapa kena minum air gula masa hamil. Bukan suka-suka untuk “mendera” ibu hamil, tapi ianya adalah ujian saringan untuk ‘check’ sama ada ibu ni ada tak kencing manis masa hamil. Risiko dan komplikasi kencing manis kepada ibu hamil ini banyak, lebih awal dikenalpasti, rawatan segera dimulakan, paras gula terkawal dan sekaligus komplikasi tu dapat dikurangkan. InsyaAllah. Banyak orang bertanya pada saya, mengenai tips yang boleh diamalkan untuk minum air gula. maka saya kongsikan dengan harapan dapat membantu ibu-ibu sekalian Ikut temujanji yang telah ditetapkan oleh doktor. Kalau tak boleh pada hari tersebut, buat temujanji pada hari lain, ikut kesen…

SUKA COMPLAIN BOLEH ROSAKKAN OTAK?

Image
KENAPA MESTI JAUHI TABIAT SUKA KOMPLEN?
.
Tahukah ada tabiat suka komplen rosakkan otak.? Siapa kata? Pengkaji dari dari Stanford University. Mereka lihat kesan komplen ke atas otak manusia.
.
Pengkaji dapati kaki komplen otak bahagian hippocampus mereka atau pusat memori jadi kecil. Sama seperti mereka yang terkena penyakit alzheimer.
.
Bukan sahaja kaki komplen. Pengumpat pun sama. Termasuk pengumpat dan pengata digital.
.
Menakutkan lagi, mereka yang mendengar sekali juga terkena penangan ini. Maksudnya semua yang terlibat dalam aktiviti membawang dapat kesan yang sama - pusat memori jadi kecil.
.
Bayangkan apa yang akan berlaku apabila otak mengecil. Pusat memori tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.
.
Bukan itu sahaja kesannya. Kaki komplen secara tidak langsung rewire otak mereka untuk mudah terkena anxiety dan kemurungan. Dua penyakit mental yang merahut bahagia.
.
Komplen sekali sekali tepat pada isu tidak mengapa. Isunya ialah jadi kaki komplen. Hingga jadi tabiat.
.
Baga…

SELEPAS BERCERAI KALI KEDUA, TERPAKSA TANGGUNG HUTANG-HUTANG BEKAS SUAMI..

Image
Kisah benar ini , saya terpaksa rahsiakan namanya untuk menjaga aib empunya diri. ( GAMBAR sekadar ilustrasi)

LANGIT TAK SELALUNYA CERAH..

Saya berkahwin sebelum saya mula berkerja dan mula duduk berjauhan terus dengan suami. PJJ antara Kuantan dan Gombak. Masa tu tahun 2007-2008.

Hidup saya masa tu sempit.  Percaya tak, kalau saya bagi tahu yang saya pernah ada baki gaji RM140 saja selepas dah tolak semua hutang-hutang? 😊

Masa mula berkerja memang tak pernah langsung bagi duit dekat Mak Abah sangat. Sebab duit banyak habis untuk ulang-alik Kuantan-KL setiap minggu.

Suami (sekarang dah jadi bekas suami) pula masa tu memang tak ada duit sangat sebab dia dah ada personal loan masa tu.

Kiranya, saya tanggung diri sendiri sajalah masa tu. Jadi duit belanja memang dia tak ada bagi langsung dekat saya. Kahwin, tapi saya cukup berdikari.

Selepas dapat berpindah ke Kuantan, saya banyak tolong cover keperluan rumah sebab bekas suami memang tak ada duit sangat.

Tapi, jodoh kami tak panjang, da…

Sebelum Beli Ubat Demam Untuk Anak, Sila Baca Panduan Nie Dulu..

Image
Anak Demam, semua biasa bagi ubat demam kan

Sebelum Beli Ubat Demam Untuk Anak, Sila Baca Panduan Nie Dulu.. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡




Ubat demam ialah ubat " over the counter", yang boleh di beli tanpa prescription doktor. Post ini bertujuan beri pencerahan secara ringkas, apa yang anda wajib tahu kalau NAK BELI UBAT DEMAM UNTUK ANAK ANDA.

Ubat demam yang biasa di gunakan di Malaysia ialah PARACETAMOL. Nama lain ialah ACETAMINOPHEN. Tak kisah la apa jua brand nya, belajar tengok label pada botol. Cari tulisan Paracetamol atau Acetaminophen.

Selain utk demam, Paracetamol juga boleh kita guna utk

πŸ‘‰πŸ»TAHAN SAKIT πŸ‘ˆπŸ»
Contoh, anak sakit gigi. Atau sakit kaki sebab jatuh dan lebam sikit.

Post ini tidak bincang tentang IBUPROFEN (ubat demam lain) atau penggunaan Paracetamol suppository ( ubat masuk punggung).

Di sebabkan dalam market ada 2 persediaan ( 2 strength )
ubat Paracetamol kanak kanak ( dalam bentuk cecair / syrup), maka kadangkala ada parents yang tersalah bagi dos.

Ada 2 persediaan Par…

RAHSIA KURUS TANPA PRODUK DAH TERBONGKAR!

Image
Kalau dahulu beliau sangat terkenal di socmedia kerana sikapnya yang sangat pemurah berkongsi resipi-resipi kek dan masakan di media sosial.

Kali ni  beliau bongkar rahsia bagaimana bekiau boleh kurus tanpa sebarang ubat kurus atau supplement. Jom baca..

Asalamualaikum korg..yg mana rasa nak diet sihat tu bolh je ikut plan pemakanan yg cikgu buat smpai capai berat ideal itu.Allah tau cikgu diet tanpa ubat.Allah tau niat cikgu nak ajar semua org diet dgn happy.maka Allah beri cikgu result yg baik sepanjang diet 75 hari.

mana yg bertanya2 camana diet cikgu jom la salin yg ni moga manfaat...timbang tu jgn hehari seminggu sekali je kami timbang setiap khamis atau jemaat

nota kakiπŸ¦— xde guna makanan mahal.beras biasa,minyak biasa,garam bukit, gula organik untuk memasak lain sama je mcm korg makan masa xdiet bahan die ok

plan makanan diet sihat..kiteorg team ni guna masa fasa 1 dan 4
pg..

pk 8
pilihan sarapan
🀩wrap wholemeal ayam grill dan sayur+ sedikit kewpie
😍secawan bihun goreng sing…

GADIS INI BERKONGSI PETUA ATASI MASALAH MATA BENGKAK DAN HIDUNG BERAIR AKIBAT ALAHAN TERUK

Image
Bila terkena alahan  badan akan beri reaksi kepada badan.

Ada orang alah makanan laut  ada juga yang alah kepada debunga.  Ada juga yang alah dengan habuk. Kesan alahan juga berbeza-beza bagi setiap orang.

Ummi Nurhidayah Roslan, antara yang mengalami masalah resdung yang agak teruk.



Dulu, saya boleh dikatakan lemah immune

Kerap sakit-sakit terutama demam dan selsema. Kalau dah demam, sampai tak boleh bangun teruknya. Makan apa langsung tidak. Dan kalau selsema, punyalah lama pernah sampai berbulan-bulan tak baik-baik

Dan saya juga ada resdung. Yang menyebabkan mata saya selalu gatal, hidung kerap berair.




Lepas jumpa dengan Shaklee dan konsisten ambil Vitamin C, Alfalfa, ESP dan B-Complex, selain kulit makin cantik kesihatan saya makin baik ☺

Sepanjang dengan Shaklee saya dah jarang demam dan selsema. Kalau saya selsema pun, mukus cuma warna putih jernih. Takda lagi mukus kuning pekat atau hijau

Dan selsema pun sekejap saja paling-paling 4-5 hari. Masalah resdung saya pun sangat bany…

APA PUNCA KENCING TAK LAWAS?

Image
Apakah punca berlakunya kencing tak lawas? 1. Suka menahan kencing Jika anda suka menahan kencing, ia boleh menjadi punca berlakunya masalah kencing  tak lawas. Bagaimana ianya berlaku? Tabiat suka menahan kencing  akan menyebabkan otot pundi kencing tidak dapat berfungsi dengan normal iaitu mengembang dan mengecut dengan betul. Apabila otot pundi kencing tidak berfungsi dengan normal, akan berlaku lebihan air kencing dalam pundi kencing apabila pundi kencing tidak berjaya mengosong dengan betul apabila anda membuang air kecil. Itulah sebabnya anda rasa tidak puas walau pun lama duduk di mangkuk tandas. 2. Tidak membersihkan kemaluan dengan betul Kegagalan membasuh kemaluan dengan betul selepas membuang air kecil boleh menyebabkan  anda mengalami masalah kencing tak lawas. Cara membasuh dengan betul ialah lap dari hadapan ke belakang, bukan sebaliknya. 3. Seluar dalam lembab Pemakaian seluar dalam untuk tempoh yang lama dan tidak mengelap kemaluan sehingga kering sebelum memakai selu…

RAHSIA BERSALIN TANPA DI GUNTING, TANPA JAHITAN , TANPA UBAT PENAHAN SAKIT, SUPER FAST

Image
Setiap ibu yang akan bersalin pasti mempunyai impian melahirkan dengan mudah dan selamat. Walaupun dah pernah melahirkan, rasa gementar itu pasti ada kerana setiap kelahiran punyai cabaran yang tersendiri.

Dalam post di instagram yang lalu, seorang penulis hebat dan juga merupakan seorang ustazah terkenal dan disayangi ramai ini ada menceritakan pengalaman beliau bersalin tanpa di gunting, tak di jahit dan tidak mengambil sebarang ubat penahan sakit.



Rentetan dari posting beliau ini  menyebabkan ramai netizen yang bertanya kan rahsia beliau bersalin mudah. 

Ini perkongsian daripada Ustazah Fatimah Syarhah 




Fatimah_syarha Terpandang balik (biiznillah) post saya dalam kelahiran lepas. Kelahiran anak ke/4, Eibadur Rahman Assaady. . Dalam komen di bawah, raaamai rupanya orang minta tip. . Allahu akbar! Haza min fadhli Rabbi. Pertolongan Allah lah segalanya, hasbunallah wanikmal wakeel. . Dari segi ikhtiar insan yang lemah dan terbatas, cuma mampu kongsi beberapa perkara. . Masa mengandun…