Posts

Showing posts from June, 2019

Luka bersalin ceaser rasa macam dihiris pisau hilang lepas amalkan cara ni

Image
DAH SETAHUN BERSALIN CEASER TAPI MASIH RASA PEDIH MACAM DIHIRIS PISAU  DALAM PERUT 😢

Walaupun dah bertahun, masih rasa ngilu kat dalam perut. Sakitnya, yang pernah bersalin ceaser je tahu 😢

Masih ingat lagi masa mula-mula dia message maklin.

"Kak lin, tolonglah suggest kat saya. Yang mana elok untuk hilangkan sakit kat dalam ni. Naik kereta terhentak pun masih rasa pedih.. macam kene hiris pisau walaupun dah berbulan bersalin"

Maklin tak pernah bersalin ceaser, tapi dari apa yang Nora cakap tu dah boleh bayang wehhhh sakitnya. Fuhh

Bayangkan lah time nak nyusukan anak, ngiring je.. Berair mata menahan rasa sakit kat dalam walaupun luka kat luar dah ok.

Bila lasak sket, berasa luka dalam perut. Tapi kalau tak buat keje kang di cop "manja" lah "berat tulang" lah.. Kadang rasa nak tampo je yang suka suka nak melaser tak kene tempat ni.

Dalam diam jela menahan pedih, nak tak nak.. Kene gak wat keje. Urusan rumah perlu di bereskan, makan pakai suami dan ana…

Kanak-kanak lumpuh akibat berdiri di bumbung kereta ketika sedang dipandu..

Image
Di Malaysia ni, ramai yang suka kenderaan ada sunroof. Kalau beli kereta, ramai cari yang ada sunroof, jika tiada sunroof, mereka retrofit sunroof. Ia dianggap satu kemewahan dan sesuatu yang boleh dimegahkan.

Tiada masalah dengan memiliki kenderaan sunroof, kecuali apabila membenarkan anak-anak berdiri dan keluar separuh badan melalui sunroof. Lumrahlah anak-anak nak buat begitu, namun tegah perbuatan yang berbahaya ini.




Sepanjang saya bertugas sebagai doktor ada beberapa kes yang saya pernah lihat di hospital/klinik, yang berpunca daripada salah guna sunroof ini.

◼️KES 1
Seorang budak lelaki 5 tahun separa lumpuh kerana sewaktu kepalanya berada di luar, sehelai beg plastik yang berterbangan di jalan raya, melayang ke mukanya lalu menyebabkan kepalanya tertolak dengan ke belakang.

Daya kilas dan hentakan leher budak itu pada salah satu sisi bukaan sunroof menyebabkan tulang leher  patah dan merosakkan saraf tunjangnya. Sehelai beg plastik sahaja tahu. Bayangkan jika benda lain yang …

Sakit perut cirit birit di hari raya. Alamak camne nak buat ni?

Image
Hari Raya Aidilfitri nanti, bila dah makan macam-macam makanan dari macam-macam rumah, mudahlah nak kena sakit perut dan cirit birit. Alamak!

Jangan risau! Nah! Nota ringkas cirit birit!

Sebab-sebab cirit birit:
1. Keracunan makanan
2. Keracunan ubat/dadah
3. Kesan sampingan ubat
4. Jangkitan pada usus
5. Alahan laktosa
6. Mahu MC (cuti Raya tak lulus)

Cara nak elakkan cirit birit:
1. Penyediaan gunakan bahan segar
2. Makanan hendaklah sentiasa ditutup
3. Lebihan makanan simpan di peti sejuk
4. Pinggan mangkuk, sudu garfu, bersih
5. Cuci tangan sebelum makan
6. Pastikan cuti Raya dah lulus

Elak makan ini jika cirit-birit:
1. Terlalu manis
2. Pedas atau berempah
3. Susu
4. Alkohol (tak raya pun elakkan)
5. Kopi
6. Makanan serat tak larut

Elok makan ini jika cirit-birit:
1. Bubur nasi
2. Pisang
3. Biskut kering
4. Roti bakar
5. Air kelapa
6. Sup ayam (tak pedas/berempah)
7.Minuman elektrolit Performance Drink Shaklee

Ubat cirit-birit di farmasi:
1. Antispasm: buscopan
2. Activated carb…

Hidup Wanita Jadi Lebih Sukar Selepas Kahwin?

Image
Benarkah Selepas Kahwin, Hidup Wanita Jadi Lebih Sukar Dan Tertekan Dari Semasa Menjadi Anak Dara?

Ingat selepas kahwin, bolehlah buat kerja rumah sama-sama dan kukuhkan ekonomi rumah tangga bersama. Rupanya tidak!

Kerja atau tidak, semua isteri yang buat. Belum lagi cerita lagi pasal kewangan yang tak berapa nak stabil. Asyik-asyik, bini yang topup. Allah… manalah isteri tak rasa tertekan!

Untuk jentik emosi suami isteri yang kadang hanyut dek kesibukan harian menguruskan rumah tangga, jemput baca perkongsian Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria, sebuah realiti dari sudut hati seorang isteri.

WANITA DAN TEKANAN

Selepas kahwin, lebih sukar kehidupan?
Jika ini sculpture yang dibuat, maka benarlah begini hidup wanita seluruh dunia digambarkan selepas berkahwin.

Kerana itu, disebutkan dalam pelbagai riwayat tentang mulianya akhlak Nabi sehingga Nabi uruskan dirinya sendiri, jahit baju,jahit kasutnya, siapkan makan keluarganya, Nabi buat kerja-kerja rumah, Nabi belai isteri-isteri bagi…