Posts

Showing posts from July, 2019

Meneran bersalin dengan betul mampu elak koyakan besar di miss V?

Image
Meneran dengan betul dapat elakkan koyakan perineum yang besar. Biasanya bagi ibu yang bakal menyambut kelahiran sulung berdepan dengan masalah tidak meneran dengan betul sehingga menyebabkan luka perineum yang banyak.
Entry kali ni fazlina nak kongsikan tips dari doktor pakar tentang tips untuk meneran dengan betul. 
CARA MENERAN YANG  BETUL SEMASA BERSALIN Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.
Mata memandang ke arah perut.
Tangan pegang pergelangan kaki.
Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran
Jangan sesekali angkat punggung agar luka tidak melibatkan dubur.
Tarik nafas dengan dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar.