Wednesday, 28 August 2019

Jadi cikgu tadika nampak mudah tapi bukan senang sebenarnya.. Mental fizikal kene kuat habis..




CIKGU TADIKA ANGKAT TANGAN PLISSS 🙋🏻‍♀️

Seriously, maklin sangat kagum dengan anda.


Bukan senang ui nak handle anak-anak kecik yang cerdik dan cergas. Boleh lembik kita dibuatnya 😆 


Masa tengok Fayyadh kat tadika dulu, ada sorang budak ni meronta-ronta nak keluar pintu.. Jenuh kene pegang sampai 3 orang cikgu! 


Ok kali ni maklin nak share ngan u gais #MagicStory seorang guru tadika yang jelita. 


COULDN'T ASK FOR MORE.


kerja sebagai seorang guru tadika, memang penat, TIRED, phsically and mentally drained.


Bukan jaga seorang budak tapi berpuluh puluh budak, 😊 Tengahari pulak sampai petang jadi pengasuh, ikutlah kadang habis kerja pukul 7, kadang, 8 pernah sampai pukul 9. Ikut last budak balik.Tambah pula rezeki Allah bagi diba kena train kalam jamaie, i need to train 15 orang budak 5 dan 6 tahun choral in arabic.


So pagi training, lepas rehat masuk kelas, tengahari sampai petang mengasuh, lepas asar training lagi, lepas maghrib, ajar ngaji, malam consult client, Sabtu Ahad cari part time. Full 7 hari seminggu !


KERJA,KERJA,KERJA. sampai semua ex classmate yang contact dengan diba kata " KAU DAH GILA KE ?" mana rehat. Bila nak rehatnya ? Diba balas " aku rehat malam" dan "kalau takde part time" TAPI "kedai aku bukak je 24 jam.😊


Tapi i do all of that with love, because that is my passion ! Minat budak, Minat bahasa arab, minat cari duit lebih sebab taknak bebankan mak ayah. SEMUA MEMANG KEHENDAK AKU, dah tu siapa lagi nak buat kalau bukan AKU.


Tapi buat saja tak jadi, kena buat dengan sepenuh perasaan, tak boleh layankan emosi, tak boleh layankan sangat penat, kalau tak kerja tak jalan, dari situ, aku cari energy booster.


Yes ! nak tak nak, kena juga beli, sebab sayangkan badan, badan nak guna lama kan ? Start consume Shaklee from Diploma 2016. Beli untuk masalah resdung, jerawat dan untuk keluarga. Dah cuba ESP, Vitamin C, Alfalfa, Vitamin E, Herbal Blend, Peppermint, Oste, Carotomax, Aah banyak dah ! semua berkesan, not only me, mak ayah pun rasa yang sama. Sampaikan bila tengok botol tinggal 2 tiga biji, kalut whatsapp diba minta belikan. 😅 


Tapi bila kerja ni, i know i need a powerful one, yang betul betul boleh support daily routine diba ni. Biar semua diba buat tanpa culas. Ya allah. Sebab pernah menangis rasa nak berhenti awal dek kerana tak larat 😓 yela bukan setakat situation kerja, orang sekeliling dan environment pun turut sama 😣






SO TEKAD, TIME TU DENGAR TENTANG VIVIX. TOP SELLING KAT SHAKLEE HQ. 


Number 1 weyy !! Gilaaa, Aahhh diba pun cari tahu apa benefit dia and advantage dia. Perghhhh macam tu sekali eh nak hasilkan sebotol VIVIX !!! 😮


✅Saintis Buat kajian selama 8 tahun

Vivix ni 👇🏻
✅patented formula
✅10x polifenol lebih hebat
✅100% organic, dari tumbuhan semulajadi
✅Bertindak dari peringkat DNA level lagi
✅Melindungi dan membaiki sel sel DNA
✅ Memberi impak positif pada pengawalan genetik
✅Menggalakkan pembentukan mitochondria (sumber tenaga dari sel)
✅Melambatkan pembentukan proton AGE ( melambatkan penuaan – awet muda)
✅Melambatkan pemendekan telemore ! Senang cerita siapa minum VIVIV ni pasti excited dengan kesanya inshaAllah.. 

Dapat je tahu pasal semua tu, terus tak fikir panjang dah, submit order 4 botol vivix, Untuk diba, mama, ayah dan pak lang. Sebab pak lang ada penyakit buah pinggang. Jadi ikhtiar sama, sebab ramai dah yang pulih lepas amalkan VIVIX ni, Well Vivix sangat membantu memelihara sel tubuh badan agar tidak rosak, dan tak sakit 😍.


Tak fikir panjang hoiiiii ! Dan dan pulak tengah promo, memang murah berganda ganda dari harga asal.


Alhamdulillah thumma alhamdulillah, diba sangat bertenaga, tak pernah lagi bangun tidur badan rasa sihat macam yang diba rasa sekarang. Allahuakbar. Sungguh nikmat kesihatan itu nikmat yang tidak ternilai. Dan sangat bersyukur dapat hadiahkan VIVIX buat mama ayah dan pak lang. I know the are more healthy inside and out. Ceria je dorang sekarang dapat buat buat macam macam dengan badan yang sihat dan cergas. Walau umur dah cecah 60. Macam tak percaya kan 😊 hanya dengan satu sudu teh VIVIX sebelum tidur mampu mengubah segalanya !


Sekian saja dari saya " Pencinta alam semulajadi kurniaan Allah" dan semua yang terhasil daripadanya. 😊 "ikhtiarlah kamu dengan sumber Allah nescaya kamu tak akan kecewa"


Kepada anda yang nak try Vivix or should you have any inquiries please not be hesitate to contact me

www.wasap.my/60195560012/promoVivix 

#MagicStoryASC

#AmazingVivix
#MaklinStory

Monday, 26 August 2019

"CAWAN" penadah darah period? Pulak dah..


Sebenarnya "menstruation cup" ataupun cawan penadah darah haidh ni dah lama ada kat pasaran. Tapi mungkin sebab baru-baru ni ada seorang selebriti yang up pasal penggunaan MC ni sehingga jadi viral kat social media.


Untuk yang tertanya-tanya apa fungsi MC ni. Ok MC ni fungsinya berbeza dengan pad dan tampon.MC ni tak serap darah period kita tau tapi  ia "tahan" darah kita tu dalam cawan tu. Dari segi kebocoran, MC ni risiko nak bocor tu memang tipis la. MC ni boleh "re-use" semula selama lebih kurang 10 tahun kalau dijaga dengan baik.

Kat sini saya list kan dulu apa kelebihan MC ni

1. Tak berbau
2. Boleh digunakan semula
3. Sesuai untuk yang aktif bergerak contoh bersukan dan berenang
4. Tak bocor kalau di pasang dengan size yang sesuai dan kedudukan yang betul.


Perkara penting yang korang perlu ambil tahu sebelum nak cuba MC ni 


1. Pastikan beli size yang sesuai



Kat pasaran ada banyak jenis dan size, so pastikan korang dapatkan size yang sesuai dengan korang untuk elakkan kejadian bocor.


2. Pilih material MC dari bahan yang mesra kulit




Dengan memilih material dari bahan yang mesra kulit seperti latex, silicon dan TPE dapat mengelakkan reaksi alahan kulit yang boleh mengakibatkan rengsa.


3. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu jika anda sedang dalam rawatan IUD


4.Kene rajin cuci MC tu bersih-bersih tau supaya tak ada kuman atau bakteria menempek kat situ.Tak pasal-pasal pulak la gatal kat situ, ha jenuh nak garu camne kan?

Better korang cuci dengan pencuci organik yang takde bahan kimia yang merengsa. Korang beli je pencuci organik BASIC H ni, sebotol tak sampai lima puluh ringgit pun. Kalau harga bese RM48, kalau harga ahli RM39. Sebotol tu bertahun guna pun tak abes sebab pekat giler, korang nak guna dilute ngan air paip dulu. Memang jimat! Kalau nak aku ada jual ni. Klik je sini www.wasap.my/60195560012/BasicH



Cara nak pakai MC ni pula camni.


Ada yang kata masa nak insert tu mudah, masa nak keluarkan tu susah sikit. Silap aribulan boleh terpercik darah kene baju. Standby wet tissue sesiap ye. Yang jenis clumsy , aku nasihatkan lupakan je la niat nak pakai MC ni 😆






Nak beli kat mana? 

U gais boleh dapatkan di Shopee atau mana-mana MC seller di FB atau instagram. Jemput seller2 semua drop contact kat ruangan komen ye. Mana la tau ada yang mencari. 


Aku personally dan sejujurnya setakat ni memang tak berani lagi la nak pakai MC ni. Seram kome!😆

Sanggup pakai cloth pad dari mende nak insert-insert dalam nih. Lagipun surirumah cam aku ni idokler nak berlari ke terjun kolam renang bagai. Eh tapi kalau kaworang nak cuba, apa salahnya kan? 

Siapa yang dah pakai tu jemputla berkongsi pengalaman kat ruang komen bawah ni. 










Saturday, 24 August 2019

Dah nak sampai turn tetiba kad debit tak boleh pakai?



Entry kali ni bukan nak review pasal bang bang fresh milk tealive ni.

Ok citer dia camni, tetiber tekak ni rasa nak pekena air tealive. Tapi cash kat tangan takde

Cik puan surirumah jelita cam aku ni bese la, duit memang tak pernah ada kat tangan haha! Bonus Shaklee bese masuk kat bank. Bese kalau bayo barang pakai "paywave" je. Kali ni room mate kata nak belanja sempena gaji baru masuk. Suami suh aku queue je dulu, dia nak g withdraw kat atm.

Lagi 2 orang nak sampai turn aku, tetiba husband call bagitau mesin atm rosak. Aaaashudaahh! Biru jap muka.

Gelabah jap cari kutla diorang boleh accept debit card.

Takde ok.. Takde


Yang ada QRpay maybank...



Mende plak nih.. Kalau korang pun tertanya mende gak.. Kita geng! Haha

Terus bukak app maybank, klik kat QRPAY. App maybank ni korang leh download kat playstore jek. Ni kalau guna android la.Nak register pun sat ja tak sampai 5 minit pun. Janji line internet nyala.

QRPAY maybank


Sampai kat cashier, tunjuk je barcode... Nanti cashier akan scan. Automatic amount will be deducted dari akaun bank korang. Taraaaa... Dah boleh duduk tunggu drinks korang shiapp

Sejujurnya, cara camni memudahkan mak-mak yang ada askar berderet cam aku ni nak shopping tau. Kalau sebelum ni kan kene queue kat mesin atm withdraw duit sambil kejo anak-anak. This time guna phone pun boleh.

Eh kalau korang nak beli produk Shaklee, takde cash kat tangan. Pakai kad debit pun boleh tau.Korang register je kat sini https://www.shaklee2u.com.my/mbst_en/ 
Ataupun transfer payment je kat aku. Bagitau je nak ode apa untuk apa, nanti aku consult cara pengambilan produk dan uruskan order korang sampai pintu rumah.

Terima kasih tau sudi baca, jemputla komen sepatah dua sebagai support supaya aku lebih rajin nak hupdate entry baru lepas ni.







Wednesday, 21 August 2019

"MULUT AWAK DAH KELUARKAN BAU BUSUK NI!"



Kalau lah diberi pilihan antara sihat dan sakit
Rasanya takkan ada yang pilih untuk sakit


Tapi... Kita kene akur dengan ujian yang Allah beri
Dalam masa yang sama harus berusaha untuk cari jalan bagaimana untuk sihat semula..

STROKE...

Serangan kali ke-2 stroke.
Serangan kali ini sgt mengerikan..

Serangan kali pertama, badan terus tak boleh bergerak,

Serangan kali ni.. Kali ke-2 melibatkan kecacatan kekal hingga ke hari ini.

Time bercakap maybe ada yang perasan rahang mummy ketika bercakap agak senget sebelah..senang cerita ada kecacatan di situ.

Serangan kali ke-2 menyebabkan rahang berganjak 90% dari keadaan asal. Ya ampunnnnn.... Sakit tak terkata masa tu..😥😭

Kancing gigi menyebabkan gigi geraham kiri dan kanan HANCUR PECAH berpasir.

Yang terdaya selain doa.. Mampu menangis menahan kesakitan dan mengenangkan keadaan fizikal yg berubah ketara..

Berat badan merosot dr 52kg kepada 38kg..hampir 2 bulan tak telan makanan pejal kali ni.

Siksanya nak makan, disuap air guna penyedut minuman pon menangis sebab sakit sangat.

Bahagian dalam mulut tak payah cerita,luka kiri kanan dalam mulut bercampur nanah..Allahu...tak lalu nak ceritakan secara details.

Kenapa  leh sampai bernanah camtu ?..
sebab gigi yg pecah menjadi tajam lalu bergesel dgn dinding pipi..luka bercampur bacteria. Air liur yg keluar melelehbercampur darah dan isi-isi dan nanah luka bahagian dlm pipi..

Suami bisik pada telinga,
"Mulut awak mula keluarkan bau busuk ni."

😭😭😭

Sedih...

sedih yang teramat sangat masa tu.Bila orang yang selalu berbisik kata-kata indah tegur kekurangan diri.

Macam-macam bermain di kepala..Lumrah seorang isteri bila suami nak hadap isteri yg dah hodoh,tak boleh urus diri sendiri,busuk,air liur melelih,nak urus anak-anak kecil lagi..korang rasa apa yg akan bermain dkt otak?......senang je iman sang suami tergugat utk cari isteri baru.

Tapi mummy faham...

Kenapa dia cakap macam tu sebab dia nak jaga jaga aib isteri dia...bukan dia benci mummy..risau bila ada yg datang melawat nanti akan jadi aib  ..sebab bau busuk dari mulut tu memang kuat sangat..

Bukan suami je yg tegur..Anak2 pun tegur..
"Eeee..busuk la mulot awak ni.."😭

Anak2 masuk je bilik boleh bau busuk tu..dapat tak bayangkan?...

Jadi suami just bagi signal..macam mana nak atasi masalah yg makin hari makin rumit utk dia handle.
Dia tak tahu utk rawat pesakit,tak tahu supplement apa yg sesuai masa tu.

Alhamdulillah,supplement yang banyak membantu ketika serangan stroke pertama kali masih boleh dibeli dengan harga ahli..tak rugi langsung buat keputusan utk daftar jadi ahli masa tu..seriously sangat berguna dikemudian hari.

Kali ni up dose #Vivix dari satu sudu sehari kepada 2 sudu makan sehari..bila suap Vivix ke mulut yang tengah sakit rasa sejuk tenang sekejap..tapi ambil masa utk menelan..

Untungnya ketika itu,luka bahagian dalam mulut jadi cepat kering mengecut bila mummy kemam Vivix sebelum telan perlahan-laha setiap hari..sangat ajaib..semua atas izin Allah.

Beserta Vivix mummy ambil Vitamin B Complex utk masalah sendi yg kebas-kebas pada ketika itu tangan kanan mula lemah tak boleh mengenggam,dan kaki juga mula susah utk berjalan.

Tindakan pantas seawal 3 minggu serangan stroke kali ke-2 menyerang,mummy dah mula amalkan Vivix dan #BCom Alhamdulillah tak lama mummy terbaring lemah lebih kurang 3 bulan sahaja berbanding kali pertama hampir 8 bulan..

So hingga hari ni,setiap hari mummy tak berani tinggalkan sesudu Vivix before sleep...sebab waktu malam mummy akan pastikan sel-sel tubuh dibaiki semaximum yang boleh dgn bantuan VIVIX..

Hari ni Alhamdulillah..mummy boleh jalani harian mummy dgn aktiviti kesukaan..dan boleh bantu org lain yg sedang diuji dgn masalah kesihatan dari pengalaman hidup yg sangat luar biasa ni.



TQ pada semua yang selalu support mummy dgn kata2 semangat luar biasa kalian utk mummy tak jemu melawan sakit satu ketika dahulu.. Kepada di uji dengan ujian yang sama, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.


Saturday, 17 August 2019

Kulit wajah nampak muda dari usia sebenar bila amalkan cara ni.


Siapa tak happy kan bila orang puji kita nampak kulit wajah kita nampak muda dari umur sebenar.

Nak tahu rahsia dapatkan kulit yang awet muda?

Anti-ageing ingredients proven to work on skin! Pilih skincare yang ada bahan-bahan ni dan terletak di awal-awal senarai ingredient.

1. Retinol
2. Vitamin C
3. Niacinamide
4. Hydroxy Acids (glycolic or lactic acid)
5. Peptides
6. Coenzyme Q10
7. Resveratrol
8. Vitamin E
9. Hyaluronic acid
10. Sunscreen

Nak elak premature aging, dark spots, pigmentation or hyperpigmentation, redness, or discolouration on skin, dull skin, sunburn, no 10 tu lah permulaan kepada segalanya.

Pakai sume jenis anti-ageing produk lah, brightening produklah, tp sunscreen tak pakai jugak, yes! Ur skin definitely will look more ageing than ur actual age. So yeah! Wear sunscreen plissss

Fazlina pernah jumpa dengan seorang wanita yang berusia 50an yang kulitnya still cantik. Rahsianya dari remaja dia amalkan pakai sunscreen sebelum keluar rumah.

Untuk diri sendiri, Fazlina pakai YOUTH Age Defense Moisturising SPF 50 ni.

Dua dalam satu, moisturiser + broad spectrum screen


Kenapa Kena Pakai Sunscreen?



Sunscreen ibarat pagar kepada kulit kita. Ia akan menghalang sinar UV samada melalui cara fizikal atau kimia.

Sunscreen bertindak dengan dua cara iaitu ,
fizikal dan kimia.

Sunscreen yang berkerja secara fizikal bertindak dengan menendang sinar UV jauh dari kulit.

Manakala sunscreen kimia pula menghalang UV dengan menyerap sinar uv dan menukarkan sinar uv kepada bahan yang tidak lagi reaktif.

Age Defense Moisturizer SPF 50 Youth adalah sunscreen fizikal yang mana , ia menendang sinar UV jauh dari kulit. 

Ia tidak mempunyai oxybenzone. Dan ia juga tidak menyebabkan kulit jadi putih berbanding sunscreen fizikal yang lain.

Selain itu, pelembap spf 50 youth mempunyai bahan botani tambahan, iaitu Vital Repair+® Complex dan Muscadine Grape Extract. 


Age Defense Moisturizer Ada SPF 50  dan Broad Spektrum.FDA rekemen untuk kita pakai minimum spf 15.Bermaksud masa untuk kita kena Sunburn adalah 15 kali ganda lebih lama.

Kalau guna spf 50, kulit kita akan ambil masa ganda lebih lama untuk kena Sunburn.

Katakan, kulit kita akan kena Sunburn bila 10 minit kene cahaya matahari.Kemudian kita guna spf 50.

Jadi masa untuk kulit kita kena Sunburn ialah.

10 X 50 =500minit (8jam).

Kalau lebih spf lagi baik.
Sebab apa?
SPF 15 hanya membenarkan hanya 7% sinar UVB untuk masuk ke dalam kulit.

SPF 30 hanya membenarkan hanya 4% sinar UVB untuk masuk ke dalam kulit.

SPF 50 hanya membenarkan hanya 2% sinar UVB untuk masuk ke dalam kulit.






Wednesday, 14 August 2019

LUKA CEASER TERBUKAK?



LUKA JAHITAN CEASER TERBUKA!!!

Ada sorang customer share luka jahitan czer dia terbuka balik. Dia ada share gambar tapi Ya Allah... tak sanggup nak tengok 😭

Doctor suggest dia jahit lagi sekali. Tapi dia dah fobia sangattt

Dengan confident dia cakap, takpe doctor insyaAllah nanti dia baik sendiri lah ni..

Pastu dia ikhtiar minum ESP dan Vivix.






Lepas seminggu, pergi cuci luka kat klinik, nurse kata dah nampak isi baru tumbuh :')

Jangan sesekali pandang rendah pada ibu yang bersalin ceaser. Kita tak rasa apa yang dia rasa. Kita tak lalui situasi dia.

Sakit dia tu boleh buat kita menangis setiap hari tau. Berapa lapis kulit kita disiat-siat demi lahirkan seorang anak..

Lepas bersalin, nak kena jaga diri lagi, jaga tempat luka jahit lagi, jaga baby lagi.

Kalau ada anak-anak lain pun nak kena uruskan jugak.

Bila dah jadi ibu, memang payah nak duduk saje-saje goyang kaki. Mesti ada je kerja nak buat.

Tapi nak angkat benda berat, memang tak boleh.

❌Nak dukung anak besar tak boleh.
❌Nak angkat cerek penuh air tak boleh.
❌Nak angkat bakul penuh kain pun tak boleh.

Tapi mak kita ni tak pernah pun mengadu sakit dia. Simpan sorang-sorang je.

Asalkan anak terurus, sihat dan happy.

Para suami, kalau isteri nak bersalin tak lama lagi, atau baru lepas bersalin, normal atau czer, hadiahkan lah dia vivix.

Bagi dia minum setiap hari, insyaAllah dia akan lebih cepat sihat dan bertenaga.

Kandungan polifenol dalam vivix ni boleh beri tenaga pada sel badan kita. Sebab tu, proses sel dan isi baru tumbuh tu boleh berlaku dengan lebih cepat.

Kalau sayang isteri, bantu lah dia, support dia, beri dia perhatian, tanya dia ok ke tak.

Nak dapatkan vivix, boleh terus whatsapp saya di sini KLIK SINI UNTUK ORDER

Tuesday, 6 August 2019

Setelah hampir 6 tahun berkahwin baru kini dikurniakan peluang mengandung. Ternyata ini rahsianya



Berusia 35 tahun, dah berkahwin hampir 6 tahun tapi masih belum ada rezeki nak ada zuriat sendiri.

Lepas buat check up, rupanya telur ovum nya bermasalah.Jangka hayat tak lama

Pasrah dan tawakal

Sampai satu tahap malas nak fikir tentang zuriat. Cuma beliau mengadu sering rasa letih teramat sangat. Tekanan dari tempat kerja barangkali

Satu hari terbaca tentang satu produk minuman berasaskan botani yang dikatakan berkhasiat untuk tingkatkan sel tenaga. Terus contact empunya blog.(maklin la empunya blog tu her her herrr..)



Bulan pertama minum.. Badan rasa bertenaga , tak cepat penat

Bulan kedua minum.. Rasa macam dapat "badan baru" katanya. Happy!

Bulan ketiga.. Maintain rasa sihat dan bertenaga

Bulan ke 6.. Tetiba perasaan bercampur baur. Tetiba rasa nak nangis walhal takde siapa yang marah. Badan rasa berangin asyik sendawa, bau busuk sikit muntah. Kepala pening terhuyung-hayang.

Terus maklin advice stop sat Vivix, kaworang ingat maklin tak cuak bila customer jadi macam ni? Dalam hati tak putus-putus berdoa. Tapi dalam hati terdetik sesuatu, eh dia pregnant ke?

Dapat customer yang solehah ni pun rezeki tau haha! Maklin suh buat check up, dia beli pregnancy test kit. Takut nak give hope katanya

Tak lama lepas tu, customer call tanya set vitamin untuk preggy mom.

Rasa nak meloncat mak! Alhamdulillah dear. Eh kita plak yang beriye over excited kah kah.

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan apa elemen dalam Vivix yang bantu mereka yang ingin hamil berjaya?

Sebenarnya yang bagi mereka hamil ni Allah. Vivix ni asbab je. Usaha mereka selain dari doa dan bertawakal.

Masalah telur oxidative damage ni menyukarkan proses sperma untuk bersatu dengan telur ovum.

Dalam Vivix ni ada buah-buahan yang kaya dengan Resveratrol dan polifenol, bila badan dapat antioksidan yang secukupnya... Ovum telur yang belum atau hampir atau sudah matang dapat dilindungi daripada oxidate damage


Apabila telur yang ‘dilindungi’ ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk SURVIVE, MEMBESAR dan DISENYAWAKAN. Vivix Shaklee mempunyai salah satu mekanisma untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal.


Kesimpulannya, Vivix juga membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan.


Ini antara feedback pasangan suami isteri, dengan izin Allah yang berjaya hamil asbab mengamalkan Vivix secara konsistan




Rasa bersalah pulak kalau tak share berita baik ni, moga-moga dapat bantu lebih ramai pasangan di liar sana yang dah lama menanti kehadiran zuriat

HARGA VIVIX untuk bukan ahli RM475.00
Untuk yang dah jadi ahli RM380 sahaja


Bulan Ogos ni promo Vivix tau

Beli 2 botol dengan harga diskaun 10% - RM684 sahaja. Jimat RM76.00!

Beli 6 botol percuma 1 botol dengan harga RM2280.00
Jimat RM380!

Nak beli sebotok je pun boleh, dah tentu best price untuk anda

Pembelian secara kad kredit  dan kad debit juga boleh tau KLIK DI SINI.


Lepas buat belian, terus contact maklin tau untuk dapatkan guide cara pengambilan.






Saturday, 3 August 2019

Basuh baju guna mesin basuh berbau hapak ini mungkin puncanya


Pernah tak mommy membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?

Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mommy jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.

FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.

So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,

1.Tekan ON

2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE CLEANING , tekan START.

3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.

**sukatan tu main agak je, suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat, kalau tak letak soda pun okei dah sebab cuka sifatnya asid so buang segala bau kepam tu. Tapi kalau letak dua-dua lagi bagus sebab confirm bau macam mesin basuh baru beli.

Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mommy letak kain pulak.

Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh😅. Nanti cuba buat tau,dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.

Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8tahun diguna tiba-tiba stop. Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu..rugi rasanya.

Sebab selama 8tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu..hehhe,

**BUTTON TUB CLEANING tu certain brand mesin basuh je ada, so alternatif untuk mesin basuh yang tiada button TUB CLEANING boleh gunakan SOAK. SOAK tu memang untuk rendaman baju tapi boleh juga guna untuk buat tub cleaning.

**Kalau takde dua-dua button macam mana? Boleh buat basuhan macam biasa, tekan on dan start buat full untuk isian air, tapi guna bahan yang dicadangkan atau guna sabun khas untuk tub cleaning


Friday, 2 August 2019

Mak ayah cakap tak serupa bikin, anak akan hilang hormat?


"Pergi mandi sekarang, nanti mak buang semua mainan!"

Kawan aku kata, ni antara silap paling besar ibu bapa di Malaysia ni.

Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak melawan cakap.

Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga.

Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.

Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak.

Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab baka dia. Aku gelak saja masa tu.

Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni.


"Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun"
Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung.


"Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia nak letak dalam hutan lah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?"

Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu.


"Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?"

Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.


"Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin."

"Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!"


"Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!"


Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.


"Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita"


Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja.


Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.


1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.


2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.


Contoh, 'Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni'. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.
Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.


3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.

Kata pada dia, "hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok."

Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.


4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.


5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.


6. Suami isteri kena saling bekerjasama usaha tegas begini. Tak boleh salah seorang saja. Katakan isteri tegas, suami tak tegas. Anak-anak akan pandang ibunya tu tak best, ayahnya best. Anak-anak akan lebih rapat dengan ayah sebagai jalan dia lepaskan diri dari ketegasan si ibu.

Kata kunci adalah bersama-sama. Ia takkan menjadi jika hanya salah seorang saja yang usaha begini.

Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita. Supaya anak kita semua juga menjadi anak yang dengar kata. InsyaAllah.


Kredit :
- Muhammad Zukermi Bin Edi-

IBU TUNGGAL BANGKIT UBAH HIDUP , KINI MILIKI INCOME PULUHAN RIBU

DUNIA TERASA GELAP SEKETIKA BILA ALLAH MENJEMPUT SUAMI KE PANGKUAN YANG MAHA ESA 🥺 Kalau ada orang bagi saya alasan kata, Saya bukan ada mo...