Posts

Showing posts from October, 2019

DEBARAN MENANTI TITIAN SIRAT

Image
SETELAH melalui saat-saat mendebarkan ketika berada di Padang Mahsyar, diadili dan dimizankan amalan, seluruh manusia akan digerakkan untuk menerima balasan masing-masing sama ada dihumban ke neraka atau dimasukkan ke dalam syurga. Tetapi sebelum itu mereka akan melalui beberapa lokasi pusat semakan atau ‘checkpoint’ yang mendebarkan  dan seterusnya berjalan melalui sirat atau jambatan. Selepas melalui titian sirat yang utama, adanya titian kecil sebelum masuk ke syurga
Menurut para ulama ada tujuh pusat semakan yang akan dilalui oleh manusia dan mereka bergerak dengan cara masing-masing bergantung kepada amalan ketika hidup di dunia dahulu. Berdasarkan perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi slot Mau’izati di IKIMfm, pusat semakan yang awal yang dilalui, manusia akan ditanya mengenai iman iaitu kesaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Sekiranya syahadah yang dilafazkan itu sesuai dengan perbuatan dan amalan, maka akan terselamatlah mereka. Pusat semakan kedua pula akan…

JJCM KE NENDA CAFE JITRA KEDAHHHH

Image
Encik husband ajak dinner kat luar hari ni, katanya nak try makanan kat Nenda cafe, Jitra. Dekat ngan Yawata katanya


Hah elok sangat lah, bolehla singgah beli barang dapo sekali. Lepas shopping barang dapo, kami berjalan kaki je ke restoran Nenda Cafe nih.

Boleh intai-intai kat sini instagram NENDA CAFE JITRA


Uihh, cozy giler.. Masuk cafe ni rasa macam ada kat Secret recipe plak.  Terasa macam dalam citer Korea pun ada. Menu yang ada mostly western, nasi pun ada jugak. Tapi paling syok ada coffee la. Untuk coffee lover cam i ni memang heaven la, terus ode hot cappucino dua!




Anak - anak order Spaghetti Bolognese dan French fries. Portion sepinggan spaghetti tu boleh dua orang kanak-kanak makan. Fries tu dihidangkan dengan Nachos dan cheese, sedap yakmatt! Sepinggan tu kami sefamily makan pun tak abes abes.

SPAGHETTI BOLOGNESE NENDA

FRENCH FRIES 

Untuk kami berdua, me and my husband order Sandwich Nenda. Mujurla order sepinggan je, portion nya beso and banyak. Tapi siyessss sedap sanga…

USTAZ INI BERKONGSI TIGA PETUA MEMBANGKITKAN SEMULA RASA CINTA BAGI RUMAHTANGGA YANG SEMAKIN HAMBAR

Image
Hari ini ramai yang mengadu kemanisan rumahtangga dah semakin hilang serinya.
Tak dinafikan kesibukan atas tuntutan kerja, tanggungjawab dan juga asbab masa membuatkan pasangan semakin menjauh walaupun tinggal serumah.
Yang ada hanya watak ibu dan ayah sahaja. Watak suami  dan isteri bagaikan sudah tiada. Kesan pada keduanya, hati makin menjauh, bahagia semakin hilang tiada rasa. 



TIGA PETUA BERCINTA SETIAP HARI
- USTAZ EBIT LIEW 
1.MAKAN BERDUA-DUA AN


Sebaiknya suap menyuap sekali dua. Share pinggan dan gelas. Buat dengan cinta. Ramai orang makan dengan isteri or suami orang. Kadang jatuh cinta bila berdua-duaan.




2.USAHAKAN SOLAT BERJEMAAH

Sama-sama solat dan berdoa.


Sebut nama pasangan dalam doa.


3.USAHAKAN HIDUPKAN TALIM DI RUMAH
Buat Talim dan majlis ilmu bersama dalam rumah. InsyaAllah makin jatuh cinta



Di doakan semoga rumahtangga semakin penuh dengan cahaya cinta dilimpahi kasih dan rahmat dari Illahi.