Posts

Showing posts from December, 2019

KENAPA TAK BOLEH MAKAN NASIK YANG DIPANASKAN SEMULA?

Image
Biasanya nasi yang tak habis malam semalam kita akan masak jadi nasi goreng pada pagi esoknya. Betul ke bahaya makan nasi yang dipanaskan atau dimasak dua kali? 

Tahukah anda nasi yang dipanaskan semula boleh menyebabkan keracunan makanan.
Ia bukan kerana pemanasan semula nasi itu tapi cara kita menyimpan nasi itu sebelum dipanaskan.
Nasi yang ditinggalkan dlm suhu bilik lebih 4 jam menyebabkan spora yg ada dlm nasi itu aktif semula. 


Dan ini menyebabkan pembiakan bakteria bacilus cereus sehingga menghasilkan toksin beracun
Sebab itu penting untuk kita menitik beratkan penyimpanan makanan. 
Makanan yg telah dimasak mesti disimpan dalam peti sejuk dalam bekas yang tertutup. 
Sumber @BKKMputrajaya







SKINNY JEANS BOLEH MEMUDARATKAN MISS V?

Image
Mungkin ramai yang dah tahu pemakaian seluar jeans ketat atau "skinny jeans" merupakan trend masa kini.

Tapi tahukah anda bahawa pemakaian seluar jeans ketat ni boleh memudaratkan miss V?


Ini antara kesan bahayanya:

1. Menurut pakar ginekologi Tami Rowen seperti yang dinyatakan dalam portal Self, memakai jeans ketat akan menyebabkan kemaluan anda terdedah kepada risiko jangkitan akibat luka daripada pergeseran yang kasar antara celana dan kulit.


2. Bukan itu sahaja, menurut Ketua Unit Fisioterapi,  Zunaidah Abu Samah, wanita yang kerap mengenakan jean ketat  terdedah kepada risiko masalah saraf dan sendi terutama di bahagian pinggul dan pinggang.


3. Kesan jangka panjang pula akan menyebabkan peha dan kaki kebas dan penyakit ini dipanggil sebagai meralgia paresthetica.

4. Tekanan yang tinggi akan berlaku pada saraf yang terletak di pelvis secara tetap sehingga mengakibatkan seseorang individu itu berasa kebas, terbakar, kesejukan, sakit mencucuk, sangat sensitif apabila ters…

CARA SIMPAN BIL,RESIT & DOKUMEN PENTING DI RUMAH SUPAYA MUDAH NAK CARI DAN TAK HILANG

Image
Selalu lepas dah bayar bil elektrik ke air ke, kita tak pasti nak simpan kat mana dan berapa lama nak simpan bil2 tu sebelum kita yakin boleh nak buang. Puan Hanis Mynis berkongsi tutorial penyimpanan dan pengurusan kertas, bil dan resit.

Tips pengurusan kertas, bil dan resit

Sediakan beberapa fail yg berasingan. Pastikan satu fail utk satu perkara. Jgn bercampur aduk ATAU boleh beli accordian file dan khaskan setiap poket untuk setiap perkara

LABEL! So that lepas ni masa nak kemaskini file senang je.

BONUS. Pastikan fail sama saiz, sama warna sama bentuk sama semuanya kecuali label je lain2 lah. Dan label pun pastikan guna font yg sama dan sytle yg sama. Seragam is the key😘


Tutorial pengurusan kertas, bil dan resit





DOKUMEN PENTING

✅Sijil lahir suami, isteri, anak-anak
✅Salinan kad pengenalan suami, isteri, anak-anak
✅Sijil kursus perkahwinan dan sijil nikah
✅Buku bank simpanan
✅Pasport
✅Lain-lain dokumen penting (surat perceraian, sijil kematian dll)


RUMAH

✅kad waranti pembelian barang…

SERIUS MENAKUTKAN!!

Image
Serius menakutkan. Ni pasal kajian dari University of Oslo tahun 2014. Pengkaji scan otak 147 orang. Lepas 3.5 tahun mereka scan lagi otak 147 orang ni.


Apa yang pengkaji nak tahu? Soalan mudahnya ialah apa impak gangguan kualiti tidur pada otak.


Setelah bandingkan gambar scan otak sebelum kajian dan selepas 3.5 tahun, hasilnya menakutkan. Mahu tak takut, saiz otak mengecil pada yang tidak cukup kualiti tidur.


Antara fakta menarik ialah mereka ini tidur secara purata 7 jam semalam. Lama tu 7 jam. Walaupun kuantiti penting, kualiti tidur lebih penting lagi.


Apa maksud tiada kualiti tidur. Contoh mudahnya ialah tidur terjaga-jaga, tidur dengan mulut ternganga, ada lampu terpasang, bangun ke tandas, signal dari telefon bimbit dan suasana bilik yang panas.


Lebih merisaukan ialah bahagian otak yang kecil ialah bahagian Prefrontal Cortex - belakang dahi manusia. Impak buruknya ialah pada bahagian libatkan pertimbangan, perancangan, memori dan penyelesaian masalah.


Bayangkan impak ini pada …

TIPS BERCUTI KE CAMERON HIGHLANDS

Image
1) Yg mana dr KL boleh ikut Tapah, dr Penang ikut Simpang Pulai.

Terengganu boleh lkut   kuala berang - felda aring - gua musang. Atau Raub - sungai koyan pon boleh


2) Bertolak awal okey! Sesudah subuh harap dah start enjin Lambat confem jem oi

3) Merancang itu penting. Kena tahu info tempat2 menarik CH

-Ladang Teh Boh di Ringlet @ Bharat Teh Garden 9.30am-4.30pm (isnin cuti)

-KEA Farm 8.30am-6pm
-KHM Strawberry Farm Taman Sedia 8.30am-6pm
-Ladang anggur bertam valley 9am-5pm (Bulan 12 baru musim anggur)

-Taman Abang steamboat & grill
Harga Dewasa RM39 Kanak2 RM29

-Pasar malam Sg. Ruil dekat Golden Hills (waktu operasi lewat petang sampai malam untuk hari jumaat, sabtu & hari2 dibuka untuk cuti sekolah)

-Penginapan: Salah satunya GOLDEN HILL RESORT CAMERON HIGHLANDS (jalan kaki je pergi pasar malam)

4) Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?

+ harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
+ sukar untuk dapat parking kereta.
+ kebany…

BARU KAHWIN 4 MINGGU TAPI KANDUNGAN DAH 6 MINGGU? IKUTI PENJELASANNYA DI SINI

Image
Izah dan Azmi (bukan nama sebenar) baru saja berkahwin tak sampai sebulan.
Suatu hari, Izah merasakan badan nya tak sedap dan sering merasa mual dan loya di waktu pagi. Setelah buat pemeriksaan, rupanya "ada isi" Kandungan Izah dah berusia 6 minggu.

Ramai yang terkejut terutama sekali wartawan yang tak berbayar, yang mulut lebih laju dari unifi. Berbagai tuduhan yang dilemparkan.

BUNTING PELAMIN


Mungkin ramai yang pernah dengar tapi tak berapa faham kiraan hari dikira usia kehamilan tu.





Katakan lah seminggu sebelum kawen pengantin perempuan datang period. Seminggu lebih lepas tu plak kawen. Jadi time kawen tu, pengantin mungkin berada dalam waktu subur.

Pastu lekat terus mengandung, due date baby pulak dikire dari tarikh hari pertama dia period tu.

Jadi tak pelik lah kalau time tu baru kawen 4 minggu tapi usia kandungan dalam perut dah 6 minggu. Sebab dia kira dari hari pertama last period. Biasanya waktu check up doktor akan tanya bila tarikh pertama last period.

Due date b…

TIPS SURUTKAN JERAWAT DENGAN SEGERA DI MUSIM KENDURI KENDARA !

Image
Cuti sekolah ni mestilah banyak jemputan kenduri and ramai juga  yang g travel kan. Time ni la nak amek gamba sana sini buat kenangan.

Paling tak senonoh bila dia mekar menapak betul-betul tang hidong. Fuh!

And biasanya time ni gakla jerawat sebok nak munculkan diri. Kene plak jerawat yang beso tu kan. Dah talawa!

Paling tak senonoh bila dia mekar menapak betul-betul tang hidong. Fuh

Ok ni omma nak share tips surutkan jerawat dengan kadar segera


1️⃣ NO AIR MANIS NO MAKANAN MANEH MANEH


Pantang segala makanan dan minuman yang manis manis. Kehadiran gula tu lagi buat bakteria jerawat tu gedik-gedik beronok ronok melebarkan jajahan kat muka


2️⃣ APPLY BASIC ROUTINE SKINCARE JE



Cleanser, toner, moisturiser, sunscreen..dah enuf. Serum2 ke apa ke put away sat



3️⃣. VITAMIN C CUKUP




Vitamin C ni antioksidan yang sangat baik untuk battle ngan kuman jerawat. Plus vitamin C ni aktifkan penghasilan kolagen dalam badan kita so luka dari jerawat cepat kecut dan parut jerawat tak hitam. InshaAllah. Om…