Biasanya nasi yang tak habis malam semalam kita akan masak jadi nasi goreng pada pagi esoknya. Betul ke bahaya makan nasi yang dipanaskan atau dimasak dua kali?
Tahukah anda nasi yang dipanaskan semula boleh menyebabkan keracunan makanan.
Ia bukan kerana pemanasan semula nasi itu tapi cara kita menyimpan nasi itu sebelum dipanaskan.
Nasi yang ditinggalkan dlm suhu bilik lebih 4 jam menyebabkan spora yg ada dlm nasi itu aktif semula.
![]() |
bakteria bacilus cereus |
Dan ini menyebabkan pembiakan bakteria bacilus cereus sehingga menghasilkan toksin beracun.
Sebab itu penting untuk kita menitik beratkan penyimpanan makanan.
Makanan yg telah dimasak mesti disimpan dalam peti sejuk dalam bekas yang tertutup.
Sumber @BKKMputrajaya
No comments:
Post a comment