CARA SIMPAN BIL,RESIT & DOKUMEN PENTING DI RUMAH SUPAYA MUDAH NAK CARI DAN TAK HILANG



Selalu lepas dah bayar bil elektrik ke air ke, kita tak pasti nak simpan kat mana dan berapa lama nak simpan bil2 tu sebelum kita yakin boleh nak buang. Puan Hanis Mynis berkongsi tutorial penyimpanan dan pengurusan kertas, bil dan resit.

Tips pengurusan kertas, bil dan resit

Sediakan beberapa fail yg berasingan. Pastikan satu fail utk satu perkara. Jgn bercampur aduk ATAU boleh beli accordian file dan khaskan setiap poket untuk setiap perkara

LABEL! So that lepas ni masa nak kemaskini file senang je.

BONUS. Pastikan fail sama saiz, sama warna sama bentuk sama semuanya kecuali label je lain2 lah. Dan label pun pastikan guna font yg sama dan sytle yg sama. Seragam is the key😘


Tutorial pengurusan kertas, bil dan resit





DOKUMEN PENTING

✅Sijil lahir suami, isteri, anak-anak
✅Salinan kad pengenalan suami, isteri, anak-anak
✅Sijil kursus perkahwinan dan sijil nikah
✅Buku bank simpanan
✅Pasport
✅Lain-lain dokumen penting (surat perceraian, sijil kematian dll)


RUMAH

✅kad waranti pembelian barang elektrik (simpan sampai tempoh waranti habis)
✅manual pengunaan brg elektrik (simpn selagi mana barang elektrik masih dipakai dan tidak rosak@buang)
✅resit pembelian perabot dan alat elektrik (kadang2 kalau nak tukar barang rosak ada kedai nak resit sbg bukti pembelian bersama2 kad waranti)

Beli envelope folder dan tebuk lubang.
Jangan lupa label.

BIL UTILITI

✅bil elekrik (TNB)
✅bil air (SAJ)
✅bil pembentungan (IWK)
✅bil siaran tv berbayar (ASTRO)
✅bil talian internet rumah (STREAMYX @ UNIFI)
✅bil postpaid handphone (CELCOM, DIGI dll)

Semua resit disimpan maksimum setahun. Sekarang dah masuk thn 2018, semua bil tahun 2016 dah boleh buang. Simpan bil 2017 shj.




DOKUMEN AKADEMIK 

Masa kami suami isteri masih bergelar pelajar, segala surat rasmi dari pihak universiti disimpan dalam fail ni. Buat pembahagi (divider) dilabelkan dgn nama ALIF dan HANI. So nnt nak cari apa2 berkaitan pelajaran hn, hn boleh rujuk terus ke bhgn hn dlm fail tu. Kalau hal pelajaran anak-anak pun buat mcm ni nnt. Hanya tambah pembahagi baru dan label nama anak.


KARIER

Dalam fail ni hani simpan surat rasmi berkaitan pekerjaan contohnya offer letter. Atau apa2 surat penghargaan dan pencapaian dari tempat kerja. Tawaran kursus. Memudahkan untuk kemaskini resume. Sediakan pembahagi nama suami dan isteri kalau perlu


PINJAMAN

Surat-surat perjanjian kita dgn bank, surat rasmi dari bank, penyata status hutang dan pinjamanan dll. Pecahkan kepada beberapa pembahagi contohnya hutang pelajaran (PTPTN, MARA), hutang rumah (BANK RAKYAT), pinjaman kewangan peribadi dll


SIJIL

Sijil-sijil yg tak perlu disimpan dalam folder sijil utk dibawa interview. Sijil2 masa sekolah rendah atau menengah (kalau banyak sngt smpi tak muat folder)


KESIHATAN

Khas utk maklumat kesihatan suami isteri seperti salinan sijil sakit, laporan pemeriksaan kesihatan dll. Untuk anak pula, ada accordian file khas utk dia yang senang dibawa bersama waktu pergi klinik atau hospital. Next time hani share detail folder kesihatan anak yang semua perlu ada ya.


Antara envelope folder dgn ziplock case ni Hani lagi suka yg ni. Lebih kemas. Dan saiz lebih kecil just nice masuk dlm fail. Tebuk lubang. Jgn lupa label.


CUKAI

Untuk memudahkan urusan percukaian pendapatan kita nnt. Bahagikan kepada beberapa envelope folder contohnya (ikut kesesuaian masing2)

✅pembelian buku/majalah/penerbitan
✅zakat /derma
✅resit pembayaran yuran pendidikan
✅perbelanjaan perubatan
✅SSPN

Dan banyak lagi perlepasan cukai. Boleh rujuk pd website LHDN.




KENDERAAN

✅geran kereta dan motor (simpan selagi mana kita memiliki kenderaan tu)
✅insuran kenderaan
✅resit-resit servis kenderaan
✅apa-apa dokumen yg bersesuaian (kenderaan eksiden, gambar, laporan polis dll)

Cheat sheet ni Hani simpn dalam cleaning binder supaya senang nak refer. Feel free to save and print this one.


Happy organising ❤️



Boleh search  #kemasrumahwithhani di facebook dan instagram untuk idea penstoran yg lain ❤️

Comments

Popular posts from this blog

Menu diet untuk ibu GDM

Cara cuci tali pusat baby

Sambal belacan ala kedai Thai