MATA BERKEDIP PETANDA BENDA BURUK NAK JADI?



Biasa tak dengar orang tua kata kalau mata berkedip-kedip belah kiri tu tanda nak nangis, ada petanda buruk akan terjadi. 

Fakta atau mitos? 
.
Eye twitching atau ‘Myokymia’ di dalam bahasa melayunya diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau juga dipanggil mata bergerak-gerak.

 Kerdipan mata berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata dengan kerdipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata. 
.
Masalah mata menguit ini bukanlah penyakit mata yang serius. Biarpun ia akan menguit berulang kali dan menyebabkan diri tidak selesa, ia adalah tindak balas pergerakkan otot yang tidak dapat dikawal. Lazimnya ia terjadi pada bahagian kelopak mata atas tetapi ia boleh juga berlaku terhadap kelopak mata yang bawah. Namun rasanya tidak memedihkan atau memeritkan, cuma sedikit mengganggu. Pergerakan otot tersebut akan berlaku dalam masa sekitar beberapa saat hingga dua minit.
.
Orang tua-tua ada cakap, kalau mata sebelah kiri bergerak-gerak atau menguit, itu tandanya orang tersebut bakal mendapat berita buruk dan akan menangis manakala, kalau mata kanan yang bergerak, itu bermaksud ada berita baik yang bakal didengar atau mungkin juga akan bertemu orang jauh. Walau bagaimanapun, kita sebagai seorang Muslim sangat ditegah untuk mempercayai perkara karut kerana takut membawa diri kepada jalan syirik dan hukum mempercayai ramalan atau nasib dengan cara sebegitu adalah haram dan berdosa.


.
PUNCA-PUNCA MATA BERKEDIP
.
1. Stress

Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah berkaitan dengan ketegangan mata. Oleh itu anda disarankan untuk mengurangkan punca stress atau tekanan bagi mengelak daripada berlakunya eye twitching.
.
2. Terlalu Penat

Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.
.
3. Ketegangan Mata

Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan. Situasi ini akan menyebabkan eye twitching.

Anda disarankan membuat pemeriksaan mata untuk mendapatkan kuasa kacamata yang baru. Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer.
.
4. Kafein dan Alkohol

Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching.
.
5. Kekeringan Mata

Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambilan ubat (antihistamin, antidepressant) dan pemakai kanta sentuh.
.
6. Alergi

Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan airmata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching.
.

Comments

Popular posts from this blog

Menu diet untuk ibu GDM

Cara cuci tali pusat baby

Sambal belacan ala kedai Thai