Monday, 25 May 2020

Raya Aidilfitri Musim PKP



Raya kali ni sangat-sangat berbeza sambutan nya. Siapa sangka tahun ni raya tak boleh balik kampung. Bukan tu saja, solat Teraweh pun tak boleh buat di masjid. Gara-gara wabak pandemik Covid19

Hmm, sejujurnya alin sendiri ok je raya kat rumah. Ada juga hikmahnya, lebih tenang dan tak terkejar-kejar masa. Takde episod kene beratur amek turn nak masuk bilik air dan iron baju raya hee. Cuma bab rindu kat keluarga je lah. Tapi skang ni dah canggih, boleh video call lah zoom lah. Memang besederhana  sungguh lah persiapan raya kali ni. 

Seawal pukul 4 pagi alin dah bangun nak siapkan juadah raya. Yang kelakarnya tengah-tengah masak boleh pulak gas habis pastu nak pasang tong gas yang baru, tak hidup. Cecepat gerak kan encik suami mintak bantuan. Haha! 

Pagi raya alhamdulillah dapat jugak sediakan juadah raya. Alin masak ketupat segera, masak lodeh, sambal tumis dan lauk feveret keluarga ayam masak merah. 

Solat raya kat rumah kakak ipar, sebelah taman ni je. Pastu balik rumah sambung kemas dapur. Rumah jiran pun tak ziarah, mostly jiran alin memang orang sini. Memang kosong la semua beraya kampung memasing. Jiran yang ada, kami hantar juadah raya. Anak-anak seronokla bila dibagi tugasan jadi posmen hantar lauk, diorang dapat duit raya. Hee

Bila dah settle kerja rumah, alin siapkan e office untuk biz partner baru. Ok jugak la tak beraya kemana mana ni. Banyak masa leh spend untuk family, keje rumah dan bisnes. 

Kali ni raya tak dapat balik Ipoh. So encik husband request nak makan kek lapis prune yang mama alin bese buat. Fuh! Nasib baikla skill melapis tak hilang. Alhamduliah siap jugak 2 biji kek lapis prune sebelum raya. Bukan tu je, dan jugakla alin buat kek lapis red velvet dan kek lapis coklat pandan. Ada gakla biskut biskut raya yang alin buat tapi tak la banyak macam raya lepas sebab kali ni raya kat rumah sendiri je kan. 





So tu je lah cerita raya alin tahun ni. Oh ya, di kesempatan ni alin nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. 



No comments:

Post a comment

NAK TAJAMKAN PENGLIHATAN AMALKAN KELEDEK UNGGU

  Makan panas-panas sedap ni. Rasa manis-manis lemak. Makan camtu je pun sedap. Kat pasar ada , kat supermarket pun ada. Mudah nak dapat , k...