Thursday, 21 May 2020

RED VELVET COOKIES GERENTI MENJADIK


Korang tengah buat apa tu?

Dah ujung-ujung Ramadhan ni ABC plak, so apa lagi terus la mula projek buat biskut raya.

Dalam banyak-banyak biskut raya, yang atas ni la paling kerap buat. Tak dan raya lagi dah kene top up lagi. Anak-anak berkenan sungguh la. Time raua takpe ummi bagi chance nak meratah cookies.

Itu hari saja la buh kat FB story, tak sangka pulak ramai yang private message mintak resipi. Kat FB dah post tapi sajala letak kat blog ni, senang lepas ni nak cari




BAHAN-BAHAN

BAHAN A
150 gram butter
1 biji telur
1 cawan gula perang ( alin guna 3/4 cawan je)
1 sudu makan minyak sapi
Esen vanilla
1 sudu makan cuka


BAHAN B
1 3/4 cawan tepung gandum / self rise flour
3 sudu makan serbuk coklat
1 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
( kalau guna tepung naik sendiri takyah buh dah soda ngan baking powder ni)
Segenggam choc chips nak boh lebih pun boleh


CARA2 BUAT

1. Pukul manja manja je butter, gula, telur, minyak sapi sampai sebati.

2. Masukkan pewarna merah dan kacau rata


3. Masukkan serbuk coklat, baking powder, soda bikarbinat, cuka. Gaul sebati


4. Masukkan pelan pelan tepung gandum + tepung beras + tepung jagung. Alin dah mix semua tepung ni awal awal so senang sekali hauk je masuk. Pastu last sekali masukkan choc chips. Nak tambah badam pun boleh. Anak kami ni musuh nau ngan kekacang. So alin boh choc chips je

5. Uli sampai jadi doh, masuk kan dalam peti ais kejap dalam 20 minit cenggitu


6. Bulat-bulatkan, penyek sket dengan garfu. Bakar dengan suhu 160 selama 30 minit.


Tips tak nak bagi cookies kita kembang setaman, lepas acu kat loyang tu biarkan jap bawah kipas. Pastu sebelum bako tu lenser loyang ngan butter dulu ek


Selamat mencuba,

Nak beli Shaklee, nak join alin buat biz Shaklee wasap je tau kat sini www.wasap.my/60195560012/ShakleeAlin


No comments:

Post a comment

MAKAN HERBALAX BOLEH KURUS?

  Ramai yang message , makan Herbalax boleh kuruskan badan tak? InshaAllah boleh , dengan syarat jaga pemakanan dan kekal aktif sama. Herbal...