TIPS SIMPAN DAGING AYAM DALAM PETI AIS ELAK DAGING CEPAT BUSUK



Pernah tak time nak masak ayam, daging ayam dah busuk? Lagi sedih kalau time nak masak raya.

Kali ni alin nak share ngan korang tips menyimpan ayam dlm peti ais supaya tak busuk bila nak dimasak. Terima kasih Puan Hana Rahman yang sudi berkongsi tips owsem ni!

Apabila ayam sampai di rumah sama ada pi beli sendiri atau dihantar oleh runner.

Kalau tak nak potong lagi, maksudnya sejam lagi baru sempat potong dan bersihkan. Buka plastik, letak dlm besen. Siram  air paip sekejap  Check dulu sama ada ayam dah busuk atau masih elok.  Confirm kan sebab ramai yang cakap terbeli ayam busuk.


Jangan biarkan terperap dlm plastik kemudian humban dlm peti ais. Ayam akan membusuk jgk walaupun terus masuk dalam peti ais sebab kekotoran najis, darah dan lendir ayam akan mempercepatkan proses membusuk. Lebih2 lagi peti ais kita dah sarat, jadi proses sejuk dan beku menjadi lambat. Masa ni lah bakteria mula menjentik2 ayam kita

Seelok2nya terus buka plastik potong dan bersihkan.

Lepas tu toskan biar air basuh ayam turun, masukkan dlm plastik atau sebarang bekas la kemudian letak 3 atau 4 helai daun pandan baru letak dlm frezzer. Bungkus dulu dgn kertas surat khabar pun ok.

Daun pandan boleh mengelakkan ayam cepat busuk.

Ayam dlm gambar ni sis beli pada hari selasa lepas, petang ni keluarkan. Lagi satu jangan rendam ayam lama2. Rendam  sekejap lps tu toskan biar ayam terlerai sendiri. Ayam masih segar seperti baru disembelih.

Sekian Tip ptg Raya PKPB. 😀😀

Comments

Popular posts from this blog

Menu diet untuk ibu GDM

Cara cuci tali pusat baby

Sambal belacan ala kedai Thai