Monday, 24 August 2020

FINALLY BERJAYA JUGA PILIH YANG BERKENAN DI HATI

 

Keluar je dari Senheng, encik husband tepuk bahu.

" TAHNIAH UMMI" 

Korang mesti pelik kan dah kenapa pulak sampai bertahniah-tahniah bagai ni. Kah kah! 

Citer dia macam ni, Lin ni jenis yang payahhh sangat nak mintak mintak beli atau nak beli barang nih. Bukan kedekut tapi sejenis yang rambang mata, susah nak buat pilihan. Kalau nak beli sesuatu tu akan amek masa yang lama nak survey. 


Macam citer vacum ni lah, rasa nya dah bertahun gak survey nya. Memula nak beli yang cordless tu, tapi fikir punya fikir plus baca review orang sana sini. Tu yang bertahun tahun jugakla terpendam hasrat di hati. Husband banyak kali offee dah nak belanja tapi entahla, tak datang seru lagi nak pilih yang mana. 


Kali ni dah tak tahan dah tengok habuk sana sini. Habuk ni bukan boleh kita sapu ngan penyapu biasa tu. Lin plak jenis yang ANTI HABUK HUH! Allergic, tak boleh ada sikit confirm lah hidung berair, mata merah, kulit gatal-gatal. End up terbaringla dua tiga hari demam flu. 

Tak kira! weekend ajak husband g SenHeng jugak. Nampak dah yang cordless tapi mata tertawan ngan model Hitachi ni. Pastu kan gais, watt yang ni 2200 w tau kiranya kuat jugakla suction nya. Lepas tawaf satu kedai tu, timbang tara pilihan yang ada. Lin pinang Vacum Hitachi yang latest edition ni. Harga normal RM6xx tapi ada promo jadi RM4xx je.Kebetulan pulak BONUS SHAKLEE masuk, Ok sangat la kan? Aim nak vacum dalam RM3k, sudahnya beli hat RM4xx. Selamat banyak gakla hahaha. Nampak sangat bab membeli ni terserlah RED BRAINER ku disitu. 


Balik rumah terus sedut karpet rumah, ciwi orang utara kata. Alhamdulillah, memang puas hati!  Bayangkanlah, kulat putih kat dinding tu pun boleh sedut. Habuk2 dalam kabinet settle. Kipas siling pun boleh sedut guna vacum ni. 


CV-SE22V New

Cylinder - CycloneMulti Cleaning
2200W




Ni accesories yang dapat sekali time beli. Suka sangat! 





Bagless ni yang best, nak buang habuk and sampah senang je. Tapi make sure korang bukak dalam tong sampah sebab habuk2 sangat halus. Jenuh lak nak vacum habuk yang terbang-terbang jatuh ke lantai. 





Saja la share ngan korang in case ada yang tengah survey survey nak beli vacum mampu milik tapi suction power. Tapi kalau ada budget extra, bolehla beli cordless vacum Dyson macam dalam citer 7 HARI MENCINTAIMU 2 tu, rege nya tak silap dalam RM3200 kut. For me myself, dapat hat ni pun alhamdulillah ok sangat dah. Tu pun mujurla ada BONUS wat biz SHAKLEE. Nak mintak kat encik somi segan la plak sebab banyak kali reject time dia offer nak belikan dulu. Hahaha! 



No comments:

Post a comment

NAK TAJAMKAN PENGLIHATAN AMALKAN KELEDEK UNGGU

  Makan panas-panas sedap ni. Rasa manis-manis lemak. Makan camtu je pun sedap. Kat pasar ada , kat supermarket pun ada. Mudah nak dapat , k...