Friday, 25 September 2020

NAK TAJAMKAN PENGLIHATAN AMALKAN KELEDEK UNGGU

 



Makan panas-panas sedap ni. Rasa manis-manis lemak. Makan camtu je pun sedap. Kat pasar ada , kat supermarket pun ada. Mudah nak dapat , khasiat pun banyak.

Nak tau tak?


KELEDEK UNGU ialah SUPER FOOD. Anti oksida tinggi. Juga anti radang.


Bagus untuk OTAK. Bagus untuk usus.


Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A.


Vitamin A untuk apa?


Vitamin A perlu untuk kulit. Untuk mata. Zaman ber’smart phone’ penting ambil vitamin ini.


Supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tidak suram.


Dalam kajian yang dimuat di Journal Food Functional 2015, KELEDEK UNGU turunkan uric asid sebanyak 30%. Terima kasih pada anti oksidanya – anthocyanins.


Banyak lagi kebaikan KELEDEK UNGU. Dengan fiber yang tinggi ia tinggikan rasa kenyang. Laporan tentang ubi ini turunkan berat badan ada di Journal Nutritional Research 2011. Berat turun seawal minggu ke 4.


Boleh cuba. Masak dengan kreativiti masing masing. Yang penting hidup akan lebih sihat.InshaAllah 



Sihat itu nikmat !


No comments:

Post a Comment

10 TIPS TINGKATKAN HORMON DHEA UTK AWET MUDA

  10 TIPS TINGKATKAN HORMON DHEA . Fahaman umum. Makin meningkat umur makin menurun hormon. Antaranya ialah hormon DHEA. . Betul hormon DHEA...