Sunday, 20 June 2021

BOLEH KE URUT BADAN KETIKA MENGANDUNG ?

 

Rawatan urutan memberikan faedah kepada wanita hamil. Namun begitu ramai doktor yang agak berat memberikan galakan pada wanita hamil untuk berurut kerana rawatan ini boleh mendatang manfaat dan juga mudarat bergantung kepada cara dan latihan oleh si pengurut.


Tidak semua pengurut mahir dalam bidang yang mereka lakukan. Ada diantara mereka yang langsung tidak ada pengetahuan tentang tubuh mereka dan berlagak seolah-olah tahu. Sudah tentu ini akan membahayakan ibu dan bayi dalam rahim.


Oleh itu urutan tidak digalakkan di awal kehamilan, iaitu apabila usia kehamilan kurang dari 12 minggu. kerana ia boleh menyebabkan masalah keguguran. Masalah urutan menyebabkan secara langsung keguguran atau hanya kebetulan, keguguran berlaku ketika urutan dijalan. Apa-apa pun sebabnya, jika berlaku tentu si pengurut akan dipersalahkan.   



Urutan bertujuan untuk merehatkan otot dan melancarkan peredaran darah dan cairan limfatik dengan cara memberikan tekanan pada otot-otot tertentu.


Apabila otot dan darah tidak beredar lancar dalam darah, ini boleh menyebabkan pembentukan darah beku pada otot peha dan betis. Oleh itu, pengurut yang baik tidak akan mengurut terlalu kuat di bahagian otot peha dan betis, bimbang akan menyebabkan pembentukan darah beku sebelum ini akan masuk ked alam aluran darah.


Urutan ringan pada abdomen dibenarkan tetapi lebih elok ditinggalkan.


Ada beberapa cara urutan, antaranya ‘deep-tissue massage’ iaitu urutan dalam otot kuat menggunakan ruas jari, bukan hujung jari, urutan ‘Swedish massage’ iaitu urutan ringan pada otot dan sendi dan urutan ‘Shiatsu’ yang menekan bahagian tertentu.


Manfaat dari urutan ialah :


1. Mengurangan rasa letih dan penat 

2. Mengurangkan rasa sakit belakang dan bahagian kaki dan betis

3. Dapat tidur dengan lebih nyenyak 

4. Mengurangkan rasa risau, tertekan dan stress 


Urutan untuk wanita yang sedang hamil kerana wanita hamil mengalami kelenguhan badan kerana perubahan hormon yang mereka alami. 


Apabila hormon dalam badan berubah, ini akan menyebabkan gangguan pada kesihatan jantung dan stress dalam tubuh.


Urutan dicadangkan dua kali setiap minggu selama lima minggu dapat mengurangkan kepekatan hormon stress (norepinephrine dan cortisol) dalam tubuh seperti (“stress hormones”)  dan meningkatkan kepekatan hormon yang menyebabkan tubuh berasa tentang iaitu hormon dopamine dan serotonin.


Perubahan ini akan mengurangkan masalah ketika proses melahirkan bayi.

Ia juga mengurangkan kesakitan dan memperbaiki sistem imuniti melawan jangkiotan kuman dan virus.


Urutan juga boleh mengurangkan bengkak pada sendi disebabkan peredaran darah yang tidak lancar dan apabila rahem semakin membesar dan menekan saluran darah besar. 


Ramai wanita hamil yang mengadu sakit pinggang di akhir usia kehamilan. Adakalanya sakit yang dialami melarat hingga ke peha akibat saraf pada pelvis ditekan oleh rahem yang membesar.


Ramai yang mendapat manfaat dengan berurut beberapa kali.


KEDUDUKAN BADAN KETIKA BERURUT 


Urutan untuk wanita hamil memakan masa sekurang-kurangnya sejam. 


Pengurut yang baik akan menggunakan katil urutan biasa tetapi meletakkan bantal yang sesuai dalam kedudukan mengiring.


Ramai doktor yang berpendapat bahawa menggunakan katil khas yang mempunyai lubang di tengah-tengahnya untuk memuatkan abdomen yang membesar bukanlah cara terbaik.


Abdomen akan berkeadaan seolah-olah tergantung dan menyebabkan ligamen yang menyokong rahem akan menjadi tegang dan akan mengganggu 


BERHATI-HATI DENGAN BAHAGIAN-BAHAGIAN YANG SENSITIF 


Pengurut yang bertauliah dan berpengalaman selalunya akan berhati-hati ketika mengurut wanita hamil kerana terdapat bahagian-bahagian yang sensitif yang harus dielakkan ketika mengurut.


Selain abdomen, bahagian yang sensitif ialah bahagian pergelangan kaki (ankle) dan pergelangan tangan (wrist). Urutan di bahagian ini akan merangsangkan otot-otot pada bahagian abdomen dan pelvik termasuk otot rahem.


Oleh itu jika mengalami rasa sakit seolah-olah mahu melahirkan (Braxton-Hicks contraction) haruslah segera memberitahu pengurut dan doktor yang merawat.


Antara wanita hamil yang tidak digalakkan berurut ketika hamil ialah:


1. Kehamilan bersama penyakit hypertension dan Preecclampsia

2. Pernah mengalami kelahiran pramatang

3. Pernah keguguran (miscarriage)

4. Kehamilan kurang dari 12 minggu


Saya mencadangkan agar memberitahu kepada pengurut bahawa mereka sedang hamil. Ini bertujuan untuk mengelakkan risiko yang mungkin dihadapi. 


Berurut ketika hamil dengan pengurut yang bertauliah dan berpengalaman boleh memperbaiki kesihatan wanita yang hamil secara keseluruhannya. 


Rujukan: 


1. Field, T. (1999). Pregnant Women Benefit From Massage Therapy. Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology, Mar;20(1):31-8. 


2. Field, T. (2004). Massage Therapy Effects on Depressed Pregnant Women. Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology, Jun;25(2):115-22.



PERLU KE AMBIL VITAMIN KETIKA MENGANDUNG ?

No comments:

Post a Comment

10 TIPS TINGKATKAN HORMON DHEA UTK AWET MUDA

  10 TIPS TINGKATKAN HORMON DHEA . Fahaman umum. Makin meningkat umur makin menurun hormon. Antaranya ialah hormon DHEA. . Betul hormon DHEA...