Monday, 28 June 2021

PUNCA KERAP KENCING MALAM

 


KERAP KENCING MALAM. APAKAH PUNCA-PUNCANYA?

.

Kerap kencing malam dalam istilah perubatan dikenali sebagai ‘nocturia‘. Selalunya ketika anda tidur, anda akan menghasilkan air kencing yang sedikit tetapi lebih pekat.

Ini bermaksud mereka yang normal selalunya tidak perlu kerap bangun tidur untuk membuang air kencing hingga mengganggu tidur mereka.

Jika seseorang itu bangun kerap pada waktu malam untuk membuang air kencing, dia mungkin menghadapai nocturia. Disamping ia mengganggu tidur anda, ia juga boleh disebabkan penyakit lain.

.

PUNCA KERAP KENCING

.

Kencing yang kerap boleh menjadi gejala kepada banyak masalah yang berbeza dari penyakit buah pinggang hinggalah ke masalah hanya minum terlalu banyak cecair. Apabila kencing kerap disertai dengan demam, desakan untuk membuang air kecil, rasa sakit atau ketidakselesaan di dalam perut, anda mungkin mengalami jangkitan pada saluran kencing.

.

SEBAB-SEBAB LAIN YANG BOLEH MENYEBABKAN KENCING KERAP TERMASUKLAH :

.

1. Diabetes


Kencing yang kerap dengan isipadu air kencing yang sangat besar sering merupakan gejala awal kedua-dua jenis diabetes 1 dan 2 di mana badan anda akan cuba untuk membersihkan dirinya daripada glukosa yang tidak digunakan melalui air kencing.

.

2. Kehamilan


Dari awal minggu kehamilan rahim yang akan semakin mengembang lalu menempatkan tekanan pada pundi kencing, menyebabkan anda kerap kencing.

.

3. Masalah prostat


Prostat yang membesar boleh menekan terhadap uretra (tiub yang membawa air kencing keluar badan) dan menghalang aliran air kencing. Ini menyebabkan dinding pundi kencing diganggu. Pundi kencing mula memberi tekanan dan akan menyebabkan kerap membuang air kecil.

.

4. Cystitis interstisial


Keadaan ini disebabkan oleh kesakitan yang tidak diketahui di kawasan pundi kencing dan pelvis. Selalunya, gejala ini akan mendesak untuk kerap membuang air kecil.

.

5. Penggunaan diuretik


Ubat-ubat ini yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau kerja pembentukan cecair di dalam buah pinggang dan mengalirkan cecair berlebihan dari badan, menyebabkan kerap membuang air kecil.

.

6. Strok atau penyakit saraf lain


Kerosakan kepada saraf yang membekalkan pundi kencing boleh menyebabkan masalah dengan pundi kencing, termasuk kerap dan desakan untuk membuang air kencing.

.

7. Minum air secara berlebihan


Mereka yang mengambil air secara berlebihan selalunya akan mengalami kencing yang banyak juga. Ditambah lagi dengan pengambilan kafein, ia memang akan menyebabkan seorang itu akan lebih kerap kencing

.

DIAGNOSA

.

Terdapat juga beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengetahui punca kepada perkara tersebut. Ujian tersebut adalah pemeriksaan gula dalam darah, pemeriksaan air kencing dan Ultrasound scan. 

.

RAWATAN

.

Jika kencing kerap tersebut disebabkan pengambilan ubat-ubatan, dinasihatkan anda untuk berjumpa doktor supaya ubat tersebut boleh ditukarkan ataupun diberhentikan penggunaannya setakat itu.


Rawatan nocturia kadang-kadang boleh digunakan dengan menggunakan Ubat Anticholinergic dan Desmopressin.

.


No comments:

Post a Comment

10 TIPS TINGKATKAN HORMON DHEA UTK AWET MUDA

  10 TIPS TINGKATKAN HORMON DHEA . Fahaman umum. Makin meningkat umur makin menurun hormon. Antaranya ialah hormon DHEA. . Betul hormon DHEA...