Tuesday, 6 July 2021

TIPS RANGSANG OTAK BABY JADI CERDAS IQ TINGGI

LAKUKAN RANGSANGAN SENSORI


1. Rangsang pendengaran. Buka bacaan al Quran (paling bagus dibaca oleh ibu atau bapa). Sesekali dengar dodoikan anak dengan nyanyian lagu yang baik.


2. Rangsang penglihatan. Dengan melihat gambar-gambar dari buku, bukan dari gajet elektronik seperti TV atau henfon kerana cahaya yang dikeluarkan boleh merosakkan mata.


3. Rangsang sentuhan. Dengan membiarkan mereka bermain dengan alat permainan yang selamat. 


LAKUKAN RANSANGAN GERAKAN MOTOR


1. Galakkan anak meniarap dan merangkak. Ia akan menguatkan otot tangan dan kaku. Bila semakin membesar, galakkan anak berdiri dan berjalan bagi melatih imbangan tubuh.


2. Merangsang pertuturan bahasa dengan sering berkomunikasi dengan anak, sama ada bercakap atau menyanyi dengan anak.


3. Meransangkan pergerakan otot kecil seperti jari dan mata. Ambil objek permainan yang kecil di hadapan anak, gerakkan objek itu ke atas, ke bawah, ke kanan dan ke kiri. Pastikan mata anak mengikut pergerakan objek itu.


Semoga bermanfaat.


#HealthDrZubaidi 

#parentingdrzubaidi

No comments:

Post a Comment

TIPS RANGSANG OTAK BABY JADI CERDAS IQ TINGGI

LAKUKAN RANGSANGAN SENSORI 1. Rangsang pendengaran. Buka bacaan al Quran (paling bagus dibaca oleh ibu atau bapa). Sesekali dengar dodoikan ...