.
Fahaman umum. Makin meningkat umur makin menurun hormon. Antaranya ialah hormon DHEA.
.
Betul hormon DHEA menurun kerana kita semakin tua. Betul usia mainkan peranan. DHEA juga boleh turun bukan kerana faktor umur. Tetapi faktor lain.
.
DHEA dikenali sebagai ibu hormon atau master hormon. Ia diperlukan untuk 50 hormon lain terbentuk. Bayangkan jumlah yang besar ini.
.
Antara hormon yang perlukan DHEA ialah testosterone, estrogen dan melatonin. Secara normal, seorang lelaki dan wanita berumur antara 18-19 tahun perlukan 145-395 ug/dL dan 108-441 ug/dL.
.
Apabila DHEA rendah manusia akan alami simptom berikut:
.
1.Letih yang kronik
.
2.Lemah memori
.
3.Energi menurun
.
4.Jadi gemuk
.
5.Sakit sendi
.
6.Moody semasa menstruasi
.
7.Arteri tersumbat
.
Soalnya kenapa DHEA ini boleh menurun? Apa punca dan sebabnya? Ada 11 sebab jadi punca kepada turunnya DHEA:
.
Obesiti. Berat badan yang meningkat seperti vacuum cleaner. Menyedut dan menghilangkan DHEA.
.
-Marah
.
-Stres yang berlebihan
.
-Terdedah kepada jumlah elektrik yang berlebihan. Contohnya guna telefon bimbit sambil mengecaj, guna gajet sehingga bateri atau alat tersebut menjadi panas dan terlalu kerap dan lama gunakan gajet.
.
-Duduk terbenam dan tidak aktif.
.
-Ambil terlalu banyak vitamin C.
.
-Pencemaran
.
-Kekurangan vitamin
.
-Penyakit seperti diabetes, kerosakan buah pinggang, anorexia
.
-Pengambilan ubat secara berlebihan termasuk insulin, steroids dan danazol
.
Apa sebenarnya fungsi DHEA?
.
DHEA dikaitkan dengan FOUNTAIN OF YOUTH. Mahu kelihatan muda? Pastikan DHEA pada paras mencukupi setiap masa.
.
Apabila DHEA cukup dan stabil 10 perkara berikut akan berlaku:
.
1.Prestasi memori meningkat
.
2. Sistem imun semakin baik
.
3.Energi tinggi
.
4.Kulit jadi ‘glowing’
.
5.Jantung semakin sihat
.
6.Berat badan menurun
.
7.Tingkatkan kolesterol baik iaitu HDL
.
9.Bantu kualit tidur
.
10.Mood stabil dan baik
.
11.Kurangkan stres
.
Disebabkan DHEA ini penting, bagaimana cara naikkan DHEA ini? Berikut adalah 10 cara tingkatkan DHEA secara semulajadi:
.
1.Dapatkan vitamin D dari sumber cahaya matahari. Lakukan aktiviti luar. Bergerak dan membuat aktiviti luar ini sekurang-kurangnya sejam sehari.
.
2.Bergurau. Ketawa dan senyum dapat turunkan stres. Ia sebabkan hormon penting lain mengalir di dalam tubuh.
.
3.Lakukan senaman
.
4.Elak ambil makanan tinggi nilai Indeks Glisemik atau GI - ukuran betapa cepatnya gula terbentuk di dalam darah. Semakin tinggi nilai GI semakin buruk untuk tubuh.
.
5.Ambil makanan tinggi lemak sihat atau smart fat seperti avocado, minyak kelapa dan minyak zaitun.
.
6.Banyakkan ambil protein dari sumber sihat iaitu ikan, telur, ayam kampung, daging dari lembu yang makan rumput.
.
7.Elak ambil makanan dalam kategori karbo ringkas. Contoh makanan karbo ringkas ialah nasi putih, roti putih, kuih muih, mee dan rakan-rakannya, kentang, makanan diproses seperi sosej dan nuggets.
.
8.Ambil makanan karbohidrat kompleks seperti sayur-sayuran, buah buahan, kekacang dan bijirin.
.
9.Amalkan zikir. Aktiviti seperti mindfulness atau ketara sedar juga baik untuk tingkat DHEA.
.
10.Pastikan tidur mencukupi. Tidur di bawah 7 jam tidak bantu naikkan DHEA.
.
Sepuluh perkara di atas dapat bantu naikkan semula hormon DHEA. Satu bonus untuk tingkatkan DHEA lagi ialah herba Ashwagandha.
.
Kajian kaitkan herba ini naikkan DHEA dan turunkan hormon stres cortisol sebanyak 26%.
.
DHEA adalah hormon penting untuk tubuh. Kurang DHEA undang padah pada manusia. Mahu cantik, dan muda pastikan DHEA sentiasa ada.
.
Cara untuk semak DHEA ialah melalui ujian hormon. Wajar dilakukan setiap 6 bulan. Jumpa pengamal perubatan bertauliah. Mereka dapat bantu.
.
Credit to Dr Rizal Abu Bakar
No comments:
Post a Comment