Maria berseloroh dengan room matenya , " i bangun tidoq mulut bau perfume Gucccih"
Nak tau tak antara tanda badan kita sihat , bila bangun tidur kita akan alami 4 perkara ni.
Tahi Mata
Tahi mata mengandungi mukus, minyak, sel kulit dan bahan lain yang terkumpul pada tepi mata ketika tidur. Pakar Oftalmologi Hospital Pakar KPJ Rawang, Dr Premadeva C Satkurunathan, berkata tahi mata sebenarnya berperanan melindungi, mengeluarkan sisa buangan dan kandungan yang membahayakan daripada permukaan mata.
Dr Kenneth Koch menjelaskan bahawa ini perlu dilakukan pada waktu pagi untuk membuang sisa makanan yang dimakan pada waktu malam sebelum tidur. Proses pencernaan makanan yang berlaku di usus akan dilakukan semasa tidur pada waktu malam dan sisa pencernaan akan dikeluarkan pada waktu pagi
Buang Air Besar
Tahukah anda fakta menunjukkan bahawa pagi hari adalah waktu terbaik untuk buang air besar. Selain melancarkan sistem pencernaan, rutin buang air besar juga sangat baik untuk kesihatan lain.
Mulut Berbau
Siapa saja yang suka bila mulut berbau, lebih-lebih lagi ketika bangun tidur. Mulut anda hanya mengalami reaksi yang sihat untuk tidur malam yang nyenyak.
Kentut
Ramai orang mendakwa sentiasa kentut selepas bangun dari tidur. Selepas melakukannya, perut berasa lebih lega walaupun kadangkala ia akan mengaktifkan keinginan untuk membuang air besar.
“Melepaskan gas pada waktu pagi bermakna saluran pencernaan anda sihat, yang bermaksud anda mungkin mendapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi,” kata Janette Nesheiwat, M.D, doktor perubatan.
Sekarang dah jelas? Selamat Beramal!
ππͺπ΄π΅π²π·πΌπ½πΈπ»π
Pengedar Shaklee Malaysia
No comments:
Post a Comment