Thursday, 18 January 2018




Mak-Mak Moden sekalian,

Memandangkan Bisnes Online dah jadi fenomena sekarang ni, saya nak share 7 Tips Urus Masa Untuk Surirumah Bisnes Online.

1. Plan Awal Sebelum Tido

Bukan orang yang keje makan gaji je kena ada Diari tawww. Kita Surirumah Profesional ni pun kena ada Diari. Plan sesiap sebelum tido apa nak buat esoknya. Kalau tak sempat catit kat Diari pun, tampal je nota kat peti ais.

Biasanya orang yang plan kerja sebelum tido, esoknya dia akan automatik bangun awal. Takde alarm clock pun takkan terbabas punyalah. Sebab masa dia tido tu, otak dia dah set sesiap nak bangun pukul berapa, nak buat apa semua.

Apa benda yang nak di plan tu?

➨ Masa nak post status menjual kat mana-mana media sosial buat dalam 8-9 pagi. Time tu otak fresh lagi, nak post pun banyak idea.

➨ Masa untuk follow up customer paling bagus 10 pagi hingga 12 tengahari. Untung-untung lunch hour nanti diorang singgah bank in.

➨ Sebelum ambik anak balik sekolah, make sure Poslaju dulu barang yang customer order. Kalau yang jadi dropship tu lagilah senang, ambik order je. Stokis yang tolong poskan.

2. Buat Jadual Kerja

Bab gosok baju, tak payah buat hari-hari. Selain dari buang karen, penat pun ye jugak. Hujung minggu, gosok je sekali harung untuk seminggu. Baju sekolah anak, baju kerja Mr.Bos, sekali jalan je. Yang kita ni, cari baju jenis tak payah gosok jelah kan, jimat masa!

Masak pun sama. Plan sesiap Isnin sampai Jumaat tu nak masak apa. Bahan nak masak tu sedia sesiap letak dalam peti ais. Time nak masak kang campak je dalam kuali, 5 minit setel!

3. Multitasking

Skill ni paling penting. Nak jadi Surirumah Profesional, kena pakar buat 7 kerja dalam 1 masa. Contohnya sambil masak, sempat lagi nak kemas dapur sekali. Dah tu pulak boleh je nak tekan button washing machine tu. Yang penting untuk kita surirumah ni, tengah menyusu pun boleh close sale! Ingat tau, customer suka kita jawab PM dengan segera. Tak suka delay-delay.

4. Anak Pembawa Rezeki

Haa, betul tu. Pembawa rezeki. So, jaga betol anak-anak bagi perhatian kat dia walaupun sibuk layan PM. Makan on time, kenyangkan dia. Budak ni senang je, cukup makan cukup tido, setellah. Ibu pun senang nak buat kerja nanti.

5. Terer Bodek Mr.Bos

Eh, janganlah gelak. Benda ni lagilah kita kena expert tau. Kalau si dia tak tolong, tertonggeng jugak nak buat keje rumah sorang-sorang. Dengan nak layan karenah customer lagi. Belah malam boleh suruh Mr.Bos main dengan anak-anak, then listkan tugas sampingan kat si dia. Contoh basuh kain, isi air dalam botol, kemas tampat tidur atau sapu kat luar rumah.

Packing dan hantar ke Poslaju pun boleh mintak tolong Mr.Bos buatkan. Dia dah tolong, jangan lupa puji dia hensem! Esok mesti dia tolong lagi, hihi..😊

6. Join Team yang Offer Coaching dan Support.

Untuk kita mak-mak moden yang dok rumah ni, agak payah sikit nak attend kelas. Cari bisnes yang offer coaching online. Sekarang kan dah boleh belajar LIVE kat Facebook je. So lepas layan Drama Pukul Tujuh tu, layan la LIVE coaching plak! Sambil menyusu anak pun boleh belajar tawww..

Kalau kat group whatsapp tu, selalulah tanya soalan kat leader, bukan jadi silent reader. Geng-geng bisnes online ni dah ramai, boleh tukar-tukar idea.

7. Reward Diri Sendiri

Dah kebas jari layan PM, sesekali reward la diri sendiri. Barulah lagi semangat nak buat bisnes. Bab ni make sure jangan terover sangat. 20% dari untung, belilah apa nak beli. Suka lettewww..

Haa, 7 tips ni kalau buat betul-betul pun dah boleh teratur dah hidup. Anak tak terabai, kerja rumah siap, Mr.Bos pun sayang. Nanti dah kaya sket, boleh la berangan kilat kuku atas sofa! Hihi..😅

😍


FAZLINA SAMSUDDIN
SURIRUMAH BERBISNES SEJAK 2008



TAWAN HATI ANAK DGN KETAWA ?




Antara perkara yang saya cukup titik beratkan dalam membesarkan Maryam dan Hanoonah adalah -  bukan setakat menjaga perut dan kebersihan mereka saja, tapi juga saya perlu MENJAGA 'KETAWA' mereka. 

Ketawa ni sebenarnya salah satu kemahiran komunikasi terawal yang anak kita gunakan untuk bonding dengan kita. ALLAH beri kemahiran senyum dan ketawa sebagai kemahiran terawal pada anak-anak ada sebabnya. Bukan saja-saja.

KETAWA ini salah satu kepentingannya, adalah sebagai indikator untuk kita ukur KESIHATAN emosi anak kecil kita.

Selalunya, kalau Maryam tunjuk tantrum, mula 'buat perangai', jadi sensitif tanpa sebab dan lebih banyak being cranky daripada being happy, apa yang akan saya buat ialah, MERANGSANG DIA UNTUK KETAWA. Sah, dia kurang ketawa DENGAN SAYA. Sebab tu dia cranky.

Salah satu petanda anak kita ini sihat dari sudut emosiya, ialah dia BANYAK KETAWA.

Tapi, ketawa yang bukan jenis ketawa jahat dendam tu. Bukan ketawa yang menyakitkan hati orang atau ketawa yang dibuat-buat seperti melihat kawan jatuh kerusi, mengejek kawan yang dimarahi Cikgu dan sebagainya.

Ketawa yang dimaksudkan, adalah ketawa yang datang dari rangsangan otaknya secara semulajadi yang terjadi kerana dia rasa CONTENT and HAPPY. Ketawa yang terjadi kerana dia betul-betul dalam mood ENJOY dengan sesuatu yang menyenangkan. Ketawa berdekek-dekek kata orang.

Contohnya, ketawa ketika mandi manda di kolam taman tema, ketawa ketika bermain kejar-kejar bersama sepupunya, ketawa ketika digeletek di pinggangdan ketiak, atau ketawa kerana tercuit geli hati melihat mimik muka lucu dari bapanya yang sedang bercerita.

Boleh beza kan, ketawa anak-anak kita bila mereka dalam situasi di atas yang mereka rasa betul-betul happy?

Kalau belum boleh beza, mulai hari ini kita cuba perhatikan RENTAK dan NADA ketawa anak kita.

Dan bila anak-anak buat perangai, saya tak akan marah dan hukum mereka. Ada cara yang lebih mudah saya guna untuk handle anak-anak ini, IAITU dengan cara BUAT MEREKA KETAWA.

Lagi banyak mereka ketawa mengekek-ngekek itu, inshaALLAH lagi stabil emosi mereka dan lagi mudah mereka nak mendengar kata kita. Ini jalan pintas saya guna untuk TAKLUK anak saya, iaitu, BUAT MEREKA KETAWA. :D Simple yet sooooo practical, alhamdULILLAH!

Anak-anak yang tak dengar kata, terlalu banyak pergerakan yang annoying, tak bersedia untuk bekerjasama dengan arahan daripada ibubapa, bukanlah petanda mereka anak-anak yang susah dijaga.

Prinsip saya, anak-anak ini SUCI. Jiwa mereka BERSIH. Mereka ini makhluk fitrah yang lahir ke dunia dalam AHSANI TAQWIM level paling tinggi punya - sebaik-baik kejadian dari segala aspek termasuk aspek emosi dan tingkah lakunya.

Susah untuk saya terima kalau anak-anak ini ada 'perangai' menyakitkan hati.
Well, they do actually. Ramai anak-anak kecil kadang-kadang perangainya 'boleh tahan.'

Tapi sebenarnya, yang mereka tunjuk segala perangai 'yang menguji kesabaran' kita itu, ianya adalah SIGNAL pada KEKURANGAN gaya kita mendekati dan mendidik mereka. Anak-anak kecil kita tak salah, cuma mungkin kita yang kurang memperhatikan keperluan mereka.

Kalau anak-anak yang kelaparan makanan boleh jadi pendengus dan marah di saat laparnya, begitu jugalah anak-anak yang kelaparan kebahagian, boleh jadi pendengus dan marah di saat emosinya lapar.

Nak approach mereka simple saja buat mereka ketawa, geletek mereka, lari-lari kejar dengan mereka, main tiger-tiger dengan mereka, tunjuk muka hodoh lucu sampai mereka ketawa - ini semua adalah apa yang dapat MEMBERI KEKENYANGAN kepada emosi mereka.

Sejauh mana kita telah berusaha 'mengenyangkan' mereka dari sudut ini?

Lagi banyak mereka ketawa dalam proses ini, lagi teguh BONDING antara kita dengan mereka. Lagi TEGUH bonding mereka dengan kita, lagi mudah mereka COOPERATE dengan kita dan menjadi anak yang mudah mendengar kata dan mudah dibesarkan, inshaALLAH.

Tiba-tiba, segala perangai 'annoying' itu hilang serta merta, inshaALLAH.

Tak logik, anak-anak suci ada 'perangai'.

Yang 'perangai' tu ialah kita ibubapa, bukan mereka anak-anak yang suci tanpa dosa ini.

Sikit atau banyak seorang anak-anak kecil KETAWA - adalah ISU YANG BESAR buat saya. Di sebalik ketawa anak-anak kita, ada beribu lagi perkara-perkara lain yang perlu kita 'perhatikan' dan 'baca.' Jadi sekarang, kita boleh selalu check tahap ketawa anak kita. Sihat ke tidak agaknya? :D

Jangan lupa lagi satu, PAKAT-PAKATLAH dengan suami untuk sentiasa saling ingat mengingatkan agar MAIN DENGAN ANAK SAMPAI MEREKA KETAWA BERIA.

InshaALLAH parenting journey kita akan jadi sangat fruitful dan enjoyable!

Sharifah Zahidah
18 Januari 2018
#sebelumsenja

Tuesday, 16 January 2018

Redakan Stress dengan Vitamin C ?


VITAMIN C KURANGKAN HORMON STRESS

Assalamualaikum hai semua !

Biasanya beautician ke dr akan advice amek Vitamin C untuk dapatka kulit yang cantik dan cerah kan.

Nak tau tak selain dari untuk kecantikan kulit , vitamin C juga sangat bagus untuk redakan  stress?

Apabila seseorang berhadapan dengan punca stress, tubuh akan mengeluarkan hormon stress yang terhasil untuk menstabilkan tekanan darah, fungsi imun dan sebagai anti-radang.


 Mengekalkan diet yang sihat adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk melawan stress. Stress boleh memberi kesan kepada kesihatan. 


Stress menyebabkan perembesan hormone cortisol apabila kelenjar pituitari di otak merangsang kalenjar adrenal di ginjal untuk perembesannya. 

Semakin tinggi tekanan yang dialami individu itu, semakin banyak hormone cortisol yang dirembeskan. Semakin lama individu mengalami stress, vitamin antioksidan didalam badan akan semakin berkurang.


Vitamin C dan kawalan hormon stress Cortisol adalah hormon steroid, juga dikenali sebagai glucocorticoid yang dihasilkan oleh kalenjar adrenal.


Cortisol dikeluarkan sebagai tindak balas kepada tekanan dan tahap glukosa darah yang rendah.

Fungsi utamanya kepada tubuh adalah:
meningkatkan gula dalam darah melalui gluconeogenesis mengawal tekanan darah membantu metabolisma lemak, protein dan karbohidrat menekan sistem immuniti tindak balas keradangan dan mengurangkan pembentukan tulang 

Vitamin C will elevate your mood by reducing stress and anxiety. Cortisol wreaks havoc on your hormones. Vitamin C protects you from the harmful effects of cortisol.

Pelepasan hormone cortisol berlebihan akan mengakibatkan terjadinya perubahan proses metabolisme tubuh dan juga paras gula dalam darah menjadi tidak stabil.

Lebihan hormon ini juga menyebabkan berlakunya pereputan tulang atau osteoporosis. Sistem imun manusia juga akan terganggu dan inilah yang akhirnya seseorang itu mudah untuk mendapat penyakit. 

Stress juga menyebabkan berat seseorang itu mudah naik yang akhirnya menyebabkan obesiti. Vitamin antioksidan membantu individu untuk kembali tenang dan relaks. 

Stress menyebabkan penghasilan radikal bebas dan memusnahkan sel badan. Vitamin antioksidan penting untuk melindungi tubuh dari kerosakan radikal bebas. 

*Credit : DrWhitaker, YourHormones & Health 

Tangani Stress dengan Makanan Yang Mengandungi Vitamin C. Pelbagai cara dan usaha boleh dilakukan untuk mengurus dan mengurangkan stress. 

Pemakanan harian juga membantu mengurangkan stress. Pemakanan yang sihat dan berkhasiat membantu mewujudkan emosi yang sihat.

Tambahkan makanan yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C seperti oren, buah-buahan sitrus, brokoli, ubi kentang, tomato dan lain-lain yang anda rasa berkhasiat dan mampu untuk menurunkan stress.

Vitamin C kurangkan hormon stress dengan mengurangkan “hormone cortisol” yang menyebabkan stress. Ia juga membantu mengurangkan sakit kepala dan migrain.

 As an antioxidant, vitamin C is superb at fighting free-radicals—one of the main contributors to endothelial dysfunction and LDL cholesterol oxidation. In addition, Vitamin C also helps reduce stress and the production of hormones associated with stress reduction.


Apa yang Shaklee tawarkan? 




Sustained Release Vita-C Plus™ merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semula jadi yang menggunakan proprietary dengan sistem penyaluran semula jadi yang melepaskan vitamin C 100gm sejam dalam masa lima jam. 

Selain Vitamin C, anda juga boleh mengambil B-Complex sebagai vitamin anti stress dan berperanan memperbaiki fungsi saraf anda.

Nak dapatkan Vitamin C Shaklee dengan harga best ?
Jangan lupa contact Fazlina ye 😉


Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...





FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Saturday, 13 January 2018






Hujung tahun
lepas dia excident di highway nak ke sungai petani.

Mashaallah tekejut  tengok muka dia. Sampai doc hospital pantai nak bagi injection vit c utk cepat pulihkan luka di muka dia.

70% muka Takdir Irwani di jahit. Muka kembang setalam. Subhanallah 😭😭😭

Dia cerita semalam masa admit di hospital takpe la doc inject vit c melalui drip dekat tangan. Tapi bila doc dah bagi balik rumah, dia kena follow up mai inject dekat muka kot.

Apa lagi dia kol branch bercakap dengan pakar nutrisi shaklee, pakar cakap boleh telan vit c MEGADOSE!!!

Sehari 18biji (6biji pagi, 6biji petang, 6 biji malam)
Dia minum ESP 2 sudu besar 3x sehari.
Kesan boleh hampa tengok dekat gambar selfie dia amik sendiri 😅

Sakit2 pon duk selfie. Bukan apa, sebab ramai orang kat luar sana takot sangat nak amik vit c shaklee lebih dari sebiji. Takut dapat penyakit buah pinggang ler, batu karang ler. 🤦‍♀️

Tapi xpe, sekarang dah ada REAL TESTIMONI pasal pengambilan Vita C sustaine Release Shaklee dengan MEGADOSE ❤️

Cuba tengok pic last tu yang terbaru, macam x percaya muka dia pernah dijahit 70% sebab kulit halus macam kulit telur. 😍😍

Vita C & ESP memang AWESOME!!!

Friday, 5 January 2018




Satu kisah yang diceritakan oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Khairul Hakimin Muhammad menjadi viral di media sosial dengan perkongsian sebanyak 29,000 dalam masa sehari sahaja.

Secara ringkasnya, perkongsian itu menceritakan bagaimana dia berjumpa dengan seorang mak cik yang menceritakan kisah anak perempuannya, 15 tahun, menggantung diri hanya kerana satu kata-kata dari bapanya yang mengguris jiwa.

Ikuti kisah dari Khairul Hakimin Muhammad. Semoga dijadikan iktibar.

Sudah makan bulan saya mengelak untuk berjumpa Puan yang seorang ini. Demi Tuhan, saya tak selesa dihubungi berkali-kali, tetapi beliau tetap mahu berjumpa. Katanya dapat minum 10-20 minit pun jadilah. Entahlah apa yang jadi pada saya, akhirnya saya bersetuju.

Kami bersembang di kedai makan sekitar studio saya. Duduk berdepan, beliau hanya banyak tunduk dan dapat lihat betapa susahnya beliau mahu memulakan perkataan yang datang dari mulutnya. Saya juga tidak selesa.

“Akak nak sangat kamu cerita kat semua orang, apa yang akak lalui ini perlu jadi pengajaran,”

Gulp. Saya semakin laju menelan air liur sendiri. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana mahu mulakan perbualan ini, lalu saya pun biarkan beliau bercerita.

Rupanya beliau ini seorang yang terpelajar dan dihormati di kawasan kejiranannya satu masa lalu. Anak-anaknya berjaya dan beliau suami isteri juga amat dikagumi dengan kehidupan mereka yang agak selesa dipandangan mata jiran-jiran.

Kehidupan beliau berubah 360 darjah beberapa tahun lalu apabila salah seorang anak perempuannya dijumpai di dalam bilik dengan tubuh yang tergantung bertali yang diikat di leher menggunakan telekung. Anak yang beliau sayang-sayang ini menamatkan kehidupannya semasa baru berumur 15 tahun waktu itu.

Suami beliau seorang tenaga pengajar, yang mana keputusan peperiksaan anak-anak pastinya menjadi nombor satu dalam kehidupan. Mana-mana anak-anak yang tidak ‘laju’ dalam pembelajaran, akan dihantar tuisyen, kelas-kelas khas untuk terus belajar.

Sampai satu tahap, anak-anak mereka ini sudah boleh membaca dengan lancar seusia empat tahun. Jurang permainan dan pembelajaran amat besar. Hingga ke tahap, anak-anak tak reti bergaul dengan rakan seumur. Yang pandai hanya dengan buku dan alat tulis.

Hinggalah pada tahun sekian-sekian, anak perempuannya ini tidak pernah tidak dapat nombor satu, mendapat nombor dua dalam ujian percubaan walaupun keputusan yang diperolehi semuanya A.

Beliau tidak fikir panjang, terus sahaja pulang ke rumah, tunaikan solat zohor dan menggantung diri. Saat beliau menggantung dirinya ini, suasana di dalam rumah kelab kabut, masing-masing mendengar bunyi dari dalam bilik, pintu bilik tidak dapat dibuka dan akhirnya dipecahkan. Waktu dapat memasuki ruang yang sudah penuh dengan kesedihan itu, jasad itu baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir.

Saya tidak puas hati, terus saya tanya “kenapa perlu gantung diri? Dia solat, dia sudah ambil wudhuk untuk solat, dia sudah solat! Kenapa gantung diri??”

Ibunya terus menangis puas-puas. Orang lain melihat Puan ini beriya-iya mengelap air mata dan tersangkut-sangkut mahu sambung perbualan.
Kisahnya, pada malam sebelum beliau ke sekolah. Dia bertanya kepada bapanya. Jika pada satu hari, takdir Tuhan kata dia tak pandai dan dah tak dapat nombor satu, apa yang ayah akan buat padanya?

Ayahnya jawab, “kau bukan anak aku lagi,”

Saya terus terdiam.

Waktu ini, walau Puan belum lagi bercerita kisah seluruhnya, saya pula sudah menanggung air mata yang penuh. Hanya tunggu mahu jatuh sahaja.
Dari kecil lagi, ayahnya tidak pernah sesekali bermanja-manja dengan anak. Tidak pandai, tidak mahu belajar dan tidak mahu memaksa diri bergaul dengan anak-anak. Yang penting anak-anak berjaya dan anak tahu bagaimana mahu hidup.

Jika ke kenduri, balik kampung dan sebagainya, anak-anak lebih suka bermanja dengan bapa-bapa saudara. Lebih suka bercerita dan bergaul kerana mereka jauh lebih mengerti. Anak yang seorang ini kaki meleset. Percubaan beliau hingga berumur 15 tahun untuk bermanja dengan ayahnya tak pernah berhenti.

Pernah dia menyiapkan kek hari jadi buat ayahnya, akhirnya ayahnya kata “aku tak pernah minta, beli lagi bagus jangan buang tenaga,pergi belajar!”
Pernah dia menyiapkan sarapan kesukaan ayahnya, ayahnya kata “kenapa kau nak jadi bibik macam Indon-indon ka?”
Dan macam-macam contoh lagi yang diceritakan oleh Puan ini.

Saya mohon untuk bangun dan ke tandas sekejap. Tak tahan menangis saat Puan tersebut beri saya gambar anak perempuannya itu. Ya Tuhan, terus saya sambung menangis dan membasuh muka di sana.

Saat anaknya mahu diuruskan pengebumiannya, ada sedikit pergeseran dengan jiran-jiran. Ada jiran yang mengatakan anak ini bukan lagi muslim. Bukan lagi orang kita. Kuburnya perlu diletakkan di luar tanah perkuburan. Ada juga yang menyokong dan memberi kata dua. Maka waktu itulah si ayahnya ini melutut dan merayu-rayu supaya kisah mereka ini tidak menjadikan darjatnya jatuh tersungkur.

Selepas sahaja urusan pengkebumian itu selesai (tidak diceritakan bagaimana selesainya itu), ayahnya hilang dan pulang kembali selepas hampir dua bulan.

Kepulangan suaminya ini disambut dengan kerinduan yang paling dalam. Anak-anak yang lain juga berkumpul dan melihat ayahnya ini sudah bukan lagi ayahnya yang dulu. Rupanya dalam tempoh dia hilang, dia hanya tinggal di masjid-masjid dan hidup ala gelandangan.

Katanya lagi, hampir berpuluh kali dia bermimpikan anaknya merayu-rayu diselamatkan dari tali cemeti yang sentiasa datang seperti ular dan mengikat leher dan kemudian menggantungnya dari dari sepohon pokok yang sangat tinggi dan dia tak pernah berjaya menyelamatkan anaknya itu. Perkara itu berlaku berkali-kali dan ia adalah mimpi yang serupa. Hingga pernah, dia sendiri takut untuk tidur.

Kini, dia sedar dia tidak boleh menolong anaknya itu. Tetapi dia boleh tolong dirinya sendiri. Dia sudah pandai berpeluk-peluk dengan anak-anaknya yang lain. Bergurau dengan cucu dan sering mengambil peluang keemasan untuk bergaul dengan anak-anak.

Puan ini berpesan kepada saya, dalam hidup ini kita jangan berlebih-lebih. Boleh tegas, tetapi tegasnya ada limit. Apa sahaja yang kita lakukan walaupun berprinsip, jangan berlebih.

Saya menggangguk.

Sebelum kami berdua berpisah, beliau mengatakan yang beliau ini datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa dengan saya dan mahu saya pastikan saya akan menulis kisah mereka ini di FB saya. Supaya ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua orang.

Setiap apa yang kita sayang, hargailah baik-baik. Kerana saat ujian itu datang, belum tentu lagi kita boleh hadapi atau tidak.
Kawan-kawan yang baik. Jujurnya saya tidak selesa dengan perjumpaan sebegini. Saya takut dan saya risau ianya tidak berapa baik untuk untuk saya.

Mendengar kisah Puan ini buat saya sendiri tidak boleh tidur. Sungguh. Betapa wajah anak perempuannya itu menjadi igauan buat saya. Bertudung litup, wajahnya suci Ya Tuhan. Tetapi menamatkan kehidupannya dengan cara yang sebegitu.

Sungguh, dunia hari ini senang sahaja mencipta awal, kemudian diri sendiri mencipta juga pengakhiran. Semuanya boleh dengan kependekan akal yang kita ada. Jujurnya juga, memang beliau menagih kasih sayang keluarga, ayah dan ibu dan itu beliau tidak pernah kecapi hingga beliau putus nyawa.

Tinggallah kita yang masih hidup ini dapat mendengar kisah mereka ini untuk dijadikan pengajaran. Semoga ia baik-baik sahaja buat kalian.

Buat Puan, suami Puan serta anak-anak yang lain. Hiduplah kalian dengan kisah tragis ini untuk berzaman-zaman. Untuk elak, tidak boleh. Untuk dilupakan juga mustahil. Tetapi jika kalian berubah dan menuju Tuhan dengan perubahan yang baik-baik, insya-Allah pengakhiran di hadapan Tuhan nanti juga baik-baik.

Kadang-kadang Tuhan datangkan peringatan yang menakutkan seperti ini. Ya Tuhan, nauzubillah. Jauhkanlah.

Sumber : Khairul Hakimin. Muhammad(FB)

Wednesday, 27 December 2017

Day 1 part 2 - shaklee incentives trip Star Libra cruise



Special sket sebab luggage kami staff cruise hantar sampai ke bilik.Kalau g sendiri kene drag luggage sampai ke bilik tau.


Sampai je Port Klang , pun macm nk naik flight gak tau.Korang standby ic ngan pssport sesiap kat poket bg supaya senang nak keluarkan.



Ada insiden yang tak best berlaku time ni , skrin henset pecah retak sejuta .wuaaa ! Tapi sebab tak nak rosakan mood bercuti ,pasrah je la ahaks !

Masuk je bilik , sejuk hati bila ada welcome note dari Shaklee plus dapat blue lagoon shaker ni yeayyy !


Ok sedikit tips nak share ngan korang

Naik cruise ni tak leh bawak iron tau , so bawakla baju dan tudung yang ironless

Tapi dun worry sebab ada laundry service , kami hantar baju untuk iron ritu banyak gak dalam 15 pcs kut caj nya RM35 je

Jangan lupa beli international adaptor ...kalau takde kene sewa ngan cruise dalam RM20 ..better beli la baru RM10.




Kat Cruise ni ada wifi free tapi kat deck 9 je tau...kami ritu beli wifi untuk 4 hari RM150 gitu...boleh pilih nak sehari ke dua hari ke atau pakej sepanjang cruise.Coverage ok sampai bilik pun dapat.

Bilik cabin agak kecik , bawak beg luggage satu dah cukup dengan back pack.
FS pack luggage cmni


Baju dan pant yang nak pakai gulung ..ni FS pack untuk 4 hari. Bawak baju sket pun takpe sebab, boleh hantar laundry .

Malam tu kami  dinner kat deck 10 , Restoran Marina..restoran ni halal plus banyak pilihan.Kat cruise ni ada tiga restoran yang halal iatu Restoran Marina , The 4 seasons dan The spices...



DAY 1 - Part 1 Shaklee incentive trip Star cruise Libra


Alhamdulillah , tahun ni dapat lagi sertai Incentive trip Shaklee.. Specialnya tahun ni , kami jalan jauh sket dengan Star Libra cruise.

22/11/2017


Dari Alor Setar ke KLIA2 , naik flight AirAsia.
Ha naik AirAsia ni luggage kene bayar tau tak macam Malindo.

Flight pukul 8.30 pagi ... anak-anak time hantar umi tu nampak macam ok je.

Bila dah nek flight , husband hantar gambar ni ..


Jangan kata anak yang nanges , mak dia pun menitik air mata sama haha! Tapi sebelum g trip ni , ummi dia dah masak sesiap lauk diorang and frozenkan so nanti abi just tinggal defrost je..stok kek untuk seminggu pun ummi buat.

Ok , sampai kat KLIA2 pukul 9.00 pagi.Mula la mencari kedai nak makan.Lastly kami makan nasi kat dunkin donut.Harga dia memang wow la.. nasi sosej ngan mocha total dalam RM30 gitu..tapi sebab dah lapo..hentam je



Kat sini ada citer lawak , janji nak jumpa sideline kami Mariam..tak jumpa jumpa..jenuh la tawaf sana sini..rupa-rupanya yang tak jumpa tu sebab kami ronda kat tempat yang sama.Mujur ada staff airport yang sudi tunjukan pintu untuk keluar.. gelak besar la masing-masing 😂

Waktu berkumpul ngn Shaklee pukul 4 petang.Nasib baikla dh jumpa team mate 



Kami sampi kat Port Klang pukul 7.30 malam..driver bas laju tak hengat sebab nak kejar cruise.









Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.